Anda di halaman 1dari 1

运动秘书职务范围

BIDANG TUGAS SETIAUSAHA SUKAN


01. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan
rancangan MSSD, MSSWPKL dan MSSM sepanjang tahun.
02. Membantu PKKK membahagikan murid mengikut rumah sukan.
03. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru
rumah sukan serta membahagikan tugas sukan kepada guru.
04. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-
rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat,
gelanggang dan padang.
05. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut
ukuran betul.
06. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan
sekolah.
07. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk
tahun berkenaan.
08. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-
kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah
yang lain.
09. Mengawal dan menjaga alat sukan dengan keadaan yang baik.
10. Mengemas stor sukan dari semasa ke semasa dan mengemaskini
buku stok sukan.
11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah
sekiranya perlu.
12. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi
sukan sekolah.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan
yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut
keutamaan.
14. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan PK
Kokurikulum dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan
sukan
dan permainan.

KK 21

Anda mungkin juga menyukai