Anda di halaman 1dari 2

TUGAS-TUGAS GURU PENYELARAS

PERMAINAN, UNIT UNIFORM DAN PERSATUAN

1. Menyediakan dan menyelia peralatan yang digunakan dalam aktiviti.


2. Mengawal dan menyediakan pelajar pada masa sebagaimana jadual sebelum
aktiviti bermula.
3. Menyelaras dan memantau semua aktiviti di bawah kawalannya.
4. Membantu guru-guru unit di bawah kawalannya dalam hal pelaksanaan aktiviti
dan sebagainya.

TUGAS-TUGAS GURU PERMAINAN

1. Merancang aktiviti yang akan dilaksanakan untuk tahun semasa.


2. Menyediakan peralatan dan tempat latihan pada waktu yang ditetapkan.
3. Merekod dan menandatangani Buku Kokurikulum pelajar.
4. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan
5. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
6. Memastikan undang-undang permainan difahami dan dipatuhi oleh setiap pemain.
7. Mencatatkan aktiviti yang telah dilaksanakan dan berusaha untuk meningkatkan prestasi
pelajar di bawah kawalannya.
8. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
9. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas atau sekolah.
10. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah kepertandingan luar.
11. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan di luar sekolah.
12. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
13. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
14. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
15. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
16. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan
17. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
18. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang.
19. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kehidupan dan Sukan,
Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan / Sukan.
20. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
TUGAS-TUGAS GURU UNIT UNIFORM DAN PERSATUAN

1. Mengawal dan menyelia peralatan persatuan atau unit beruniform.


2. Mematuhi jadual waktu untuk aktiviti dan mesyuarat.
3. Mendaptarkan unit kepada Guru Besar.
4. Melaksanakan semua aktiviti yang dirancangkan.
5. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar memasuki perrsatuan
atau unit beruniform.
6. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
7. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agong direkodkan dan
difailkan.
8. Memastikan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh
yang ditetapkan.
9. Menguruskan Buku / Kad Kokurikulum. Menandatangani dan merekod setiap kali
diadakan perjumpaan.
10. Menyediakan laporan di dalam buku aktiviti.
11. Menyediakan laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian unit masing-
masing.

Anda mungkin juga menyukai