Anda di halaman 1dari 1

SENARAI TUGAS KETUA GURU DISIPLIN SEKOLAH

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang
akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya
kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir
dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh
dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga
pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di
sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan
yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para
pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di
dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar
yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara
atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di
sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah
pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan
kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang
diadakan oleh pihak sekolah.
15.Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.

Anda mungkin juga menyukai