Anda di halaman 1dari 2

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB WARDEN ASRAMA

SK SELAT BAGAN NYIOR

1.Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal
berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

2.Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan HEM.

3.Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala; contohnya:


3.1 Kelas persediaan
3.2 Waktu Solat
3.3 Waktu makan
3.4 Kelas fardhu ain/kelas agama
3.5 Aktiviti gotong- royong
3.6 Pertandingan antara dormitori
3.7 Majlis Makan Beradab
3.8 Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

4. Mengadakan pemeriksaan dan ’roll-call’ .

5. Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.

6. Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air,
persekitaran serta dewan makan.

7. Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya.

8. Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil tindakan susulan yang
sesuai.

9. Membantu mengurus kemasukan murid asrama.


9.1 Penyediaan borang/dokumen
9.2 Taklimat kemasukan
9.3 Sesi suai kenal murid baru

10. Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.

11. Mengumpul data/maklumat murid untuk:


11.1 Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan
11.2 Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri.

12. Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.

13. Mengadakan perjumpaan dengan waris.

14. Mengadakan Latihan kecemasan.

15. Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.
16. Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan:
16.1 Makanan
16.2 Keselesaan di asrama
16.3 Kesihatan
16.4 Keselamatan
16.5 Biasiswa

17. Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :


17.1 Pungutan yuran asrama
17.2 Perkhidmatan pembersihan kawasan
17.3 Kawalan keselamatan
17.4 Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama

18. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan HEM. .

Anda mungkin juga menyukai