Anda di halaman 1dari 8

SK SERI KENANGA

JKR 5203, JALAN KACUNG 81200


JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA CADANGAN

“MEMBINA DEWAN TERBUKA BARU”


1. LATAR BELAKANG PROJEK

SK Seri Kenanga telah dibuka secara rasminya pada tahun 1984. Setelah
sekolah ini dirasmikan, sekolah ini masih tidak memiliki dewan terbuka yang
sesuai untuk mengadakan aktiviti. Sebelum ini aktiviti seperti perhimpunan
mingguan, aktiviti sukan dan program-program sekolah dijalankan di tapak
perhimpunan dan aktiviti ini terganggu jika berlakunya hari hujan. Dengan
kapasiti murid mencecah 704 orang, SK Seri Kenanga amat memerlukan
dewan terbuka ini agar segala aktiviti dapat dilaksanakan tanpa perlu
memikirkan keadaan cuaca. Dengan adanya dewan terbuka ini juga, murid-
murid dan guru-guru dapat menjalankan aktiviti dengan kondusif. Komuniti
luar juga dapat manfaat daripada pembinaan dewan terbuka ini. Hal ini
kerana sekolah ini sering dijadikan tempat pertandingan, mesyuarat dan
aktiviti luar. Antara badan yang sering menjadikan sekolah ini sebagai tempat
pertandingan dan mesyuarat adalah seperti KEMAS, Sekolah dan tadika
swasta, Komuniti setempat dan banyak lagi. Dengan adanya dewan terbuka
ini sememangnya dapat memberi banyak kelebihan kepada warga sekolah
dan komuniti.
2. OBJEKTIF PROJEK

2.1 Menyediakan tempat berhimpun yang lebih selesa, kondusif, selamat


dan lengkap untuk murid-murid dan guru-guru.

2.2 Menyediakan tempat untuk mesyuarat atau berhimpun yang jauh lebih
selesa daripada sekarang kepada komuniti guru dan masyarakat
setempat.

2.3 Menyediakan satu tempat yang selesa bagi menghimpunkan warga


sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti menjalankan pdp
luar bilik darjah, aktiviti sukan, mesyuarat dan lain-lain lagi.

2.5 Menyediakan tempat guna sama seperti untuk tempat letak kenderaan
dan lain-lain.

3. KOMPONEN PROJEK

Projek dewan terbuka ini, yang dicadangkan merangkumi kemudahan-


kemudahan berikut:-

Bil Brif Projek Unit Ukuran


1. Pentas kekal 1 buah 20’ x 16’
2. Kipas angin (ekzos) 12 buah
3. Lampu 12 buah
4. Keluasan lantai - 17 x 38 meter

4. ANGGARAN KOS
Anggaran kos bagi projek dewan terbuka ini diangggarkan berjumlah
RM250,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus lima puluh ribu sahaja)
5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARIPADA PROJEK

5.1 Dewan terbuka ini akan memberikan banyak keselesaan dan sangat
kondusif terutama kepada guru-guru dan murid-murid semasa
menjalankan program perhimpunan mingguan walaupun ketika hari
hujan.

5.2 Dewan ini juga boleh dijadikan sebagai dewan serbaguna untuk aktiviti
sukan seperti futsal, badminton, bola jarring, bola tampar, takraw

5.3 Dapat menyelesaikan pertindihan penggunaan tempat selama ini yang


sangat mengganggu.

5.4 Komuniti setempat dapat menggunakan dewan ini. Sekolah ini juga
dijadikan pusat mengundi setiap kali pilihan raya. Jadi dengan adanya
dewan terbuka ini dapat memberi keselesaan kepada semua.
Lampiran
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA, JKR 5203 JALAN KACUNG 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
PELAN SEKOLAH (PANDANGAN ATAS)

Lokasi cadangan pembinaan


dewan terbuka SK Seri
Kenanga, Johor Bahru
Lampiran
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA, JKR 5203 JALAN KACUNG 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
GAMBARAN SEMASA LOKASI PEMBINAAN DEWAN TERBUKA.
Lampiran
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA, JKR 5203 JALAN KACUNG 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
GAMBARAN SEMASA LOKASI PEMBINAAN DEWAN TERBUKA.
Lampiran
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA, JKR 5203 JALAN KACUNG 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
CADANGAN MODEL DEWAN TERBUKA,SKSERI KENANGA

Anda mungkin juga menyukai