Anda di halaman 1dari 6

SMK TAMAN KLUANG BARAT

86000 KLUANG

KERTAS KERJA

PEMBINAAN GELANGGANG BOLA JARING BERSIMEN

TEMPAT

PADANG SMK TAMAN KLUANG BARAT

1.0 PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan
dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan pelajar-pelajar


tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan ini. Oleh sebab itu Unit
Kokurikulum SMK Taman Kluang Barat berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang
serba guna di mana gelanggang serba guna ini digunakan untuk permaianan bola jaring.
Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat kepada
pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut.

2.0 MATLAMAT

Matlamat projek pembinaan gelanggang bola jarring bersimen ini adalah untuk menyediakan
prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah serta melakukan aktiviti
kokurikulum. Projek ini merupakan jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru untuk
memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan selaras memenuhi
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menekankan aktiviti Kokurikulum

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif seminar pendidikan ini ialah :

1. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana- Aktiviti PJK


2. Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum
3. Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan & permainan
4. Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar
5. Melahirkan bakat baru yang berkualiti
6. Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.
7. Gelanggang bersimen y
4.0 PERNYATAAN MASALAH

4.1 Gelanggang bola jaring yang sedia ada di sekolah adalah


gelanggang rumput. Keadaan tanah yang tidak rata memyebabkan
air sentiasa bertakung apabila tiba musim hujan. Disamping itu,
format permainan bola jarring mssd memerlukan gelanggang
bersimen dalam pertandingan bola jaring. Oleh itu, kami sangat
memerlukan gelanggang bola jarring bersimen untuk meningkatkan
prestasi murid-murid SMK Taman Kluang Barat.

5.0 TAJUK PROJEK


4.1 Pembinaan Gelanggang Bola Jaring Bersimen

5.0 ANJURAN.

5.1 Unit Kokurikulum SMK Taman Kluang Barat

5.2 PIBG

6.0 JAWATANKUASA INDUK.

Penaung : En. Asnol Bin Mohd Ghani

(YDP PIBG SMK Taman Kluang Barat)

Penasihat : En. Azman Bin Mohd Zaini

(Pengetua SMK Taman Kluang Barat)

Penyelaras Program : Pn. Salmah Binti Hussin

Setiausaha : Mohd Amzari Bin Md. Yusof

Bendahari :En. Sukumaran Nair A/L C.K Nair

Ahli Jawatankuasa : Pn. Nurul Akma Binti Ahmad Naazli

Pn. Che Anita Binti Che Dir

7.0 PERLAKSANAAN PROJEK

7.1 LOKASI

Di kawsan padang

1. Lokasi yang strategik – Hujung tepi padang.


2. Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana kemudahan sukan
secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum yang telah ada di sekitar kawasan
tersebut adalah seperti tapak perkhemahan, Padang Bola Sepak dan Gelanggang Bola
Baling

7.2 PROSES PEMBINAAN


1. Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian bahan-bahan
binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)
2. Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil,pasir ,vrc, penyewaan
JCB dan upah kerja.
3. Kadar keluasan 17m X 32m
4. Ketebalan gelanggang 4 inci

32m

17m

8. 0 ANGGARAN BELANJAWAN.

8.1 PERBELANJAAN.

Bil Perkara Unit/Kuantiti Harga

1. Simen RM26/50 RM520

2. Pasir RM760/3 RM2280

3. Batu Kerikil RM800/3 RM2400

4. VRC 4’ x 8’ RM2000 RM2000

5. Sewa JCB RM500/ RM500

6. Upah Kerja RM2300


JUMLAH RM10000

8.2 SUMBER PENDAPATAN.

1. Sumbangan

9.0 PENUTUP.

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan
kerana dengan pembinaan gelanggang bola jaring bersimen akan dapat menyelesaikan masalah
kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan daerah
seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap
aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………………

(Mohd Amzari b. Md Yusof )


Setiuasaha Kokurikulum
SMK Taman Kluang Barat

Disahkan oleh,

…………………………………

Anda mungkin juga menyukai