Anda di halaman 1dari 4

PEMBINAAN PENTAS DI DEWAN …..

2016

SK KEMAHANG, BENTA (CBA 3012)


27310 Benta, Pahang Darul Makmur
No . Telefon : 09-3121806 No.Faks : 09-3121806

KERTAS KERJA
PEMBINAAN PENTAS DI DEWAN 2016
1. TAJUK

Pembinaan Pentas di Dewan Ibn Sina SK Kemahang.

2. DIKEMUKAKAN OLEH

Unit Pentadbiran SK Kemahang

3. TUJUAN

Projek membina pentas di dewan ini amat perlu dalam usaha menyediakan suasana yang kondusif
kepada murid mahupun guru dan jemputan lainnya yang menggunakan dewan tersebut.
Diharapkan agar dengan pembinaan pentas tersebut akan lebih melengkapkan dewan dan secara
tidak langsung meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat.

4. PENGENALAN

Dewan Ibn Sina SK Kemahang merupakan sebuah dewan yang sering digunakan untuk kegunaan
murid di sekolah ini. Ceramah-ceramah, teknik pemantapan ilmu dan aktiviti bercorak keilmuan
sering diadakan di dewan ini. Dewan ini juga digunakan untuk mengadakan kelas gabungan bagi
memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid dalam skala yang besar. Pada masa-masa
tertentu, ia juga digunakan sebagai tempat mengambil peperiksaan termasuk Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Kesesuaian dewan ini untuk tujuan meningkatkan dan memantapkan
tahap keilmuan murid amat tinggi memandangkan keluasannya yang selesa dan boleh
menempatkan ramai murid dalam satu-satu masa. Ini merupakan satu-satunya dewan tertutup di
SK Kemahang. Murid lebih fokus bila berada di dewan tertutup ini kerana tiada gangguan daripada
luar. Oleh itu, sewajarnyalah dewan ini dilengkapi dengan satu pentas yang baik dan sesuai untuk
program dan aktiviti kemenjadian murid.

1
PEMBINAAN PENTAS DI DEWAN ….. 2016

5. OBJEKTIF

5.1 Menyediakan dewan yang lebih lengkap dan sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti ceramah,
kelas bergabung, kursus kepimpinan pelajar, program dalaman sekolah dan tempat kursus
atau bengkel kecemerlangan UPSR.

5.2 Program tahunan acara rasmi sekolah seperti Majlis Anugerah Cemerlang, Medan Mesyuarat
PIBG, Kursus Perkembangan Staf dan Majlis Graduasi Pra Sekolah; boleh dijalankan dengan
sempurna.

5.3 SK Kemahang sentiasa diberikan kepercayaan menganjurkan pertandingan Nasyid dan


Tilawah Peringkat Zon Benta setiap tahun. Kita terpaksa menggunakan pentas diperbuat
daripada kayu sepenuhnya.

5.4 SK Kemahang telah dipilih sebagai wakil Pertandingan Nasyid dan Tilawah Peringkat Negeri.

5.5 Menjadi tempat pilihan untuk aktiviti murid dijalankan ketika hari terlalu panas atau hujan

5.6 SK Kemahang menjadi tumpuan masyarakat kampung Kemahang Hulu dan Kemahang Hilir.

5.7 Pusat mengundi dan Pusat pemindahan banjir setiap tahun.

5.8 Meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat luar dalam aspek yang mementingkan
warganya.

5.9 Kedudukan SK Kemahang yang strategik pula boleh dan telah dimanfaatkan secara intensif
oleh agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk mengadakan pertemuan,
kursus, seminar dan hal-hal lain yang berkaitan.

5.10 Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar pentas kekal dibina
bagi memenuhi aspirasi pembangunan modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti
bestari yang boleh digunakan bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-budaya
negara bertaraf dunia. Pentas itu juga akan menjadi venue untuk Majlis Graduasi Pra Sekolah
setiap tahun. Realitinya, pentas itu nanti akan dimanfaatkan kepada pelajar bagi penerimaan
hadiah hari anugerah kecemerlangan.

2
PEMBINAAN PENTAS DI DEWAN ….. 2016

6. ANGGARAN KOS

BIL KOMPONEN PERUNTUKAN

Pentas Utama
1. - Lantai dan Dinding Mozek RM 8 500.00
- 2 Pintu ke Bilik Persalinan

2. Kemudahan Tirai dan Hiasan Pentas RM 1 000.00

Kemudahan PA Sistem Moden


3. - Mikrofon RM 6 000.00
- Pembesar suara

4. Kemudahan LCD dan layar RM 4 000.00

5. Rostrum RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 20 000.00

7. KELULUSAN DIPOHON

Kelulusan dipohon daripada pihak sekolah untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM 20 000.00
untuk melaksanakan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kemahang bagi tahun 2017.

8. PENUTUP

Pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu menyelesaikan masalah ini dari
segi kewangan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa baik pihak
tuan. Semoga bantuan dan sokongan daripada pihak tuan ini dapat memberi keselesaan kepada
murid dan menaikkan imej sekolah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………..….. ....................................................
(NOOR SAIDI BIN ABDULLAH) (SALWA BINTI HAJI MOHD AMIN)
GPK KOKURIKULUM GURU BESAR
SK KEMAHANG SK KEMAHANG

3
PEMBINAAN PENTAS DI DEWAN ….. 2016

LAMPIRAN

GAMBAR PENTAS SK KEMAHANG

PENTAS SEMENTARA KAKI PENTAS YANG SEMAKIN UZUR

LANTAI DIPERBUAT DARIPADA ‘PLYWOOD’

DINDING DIPERBUAT DARIPADA ‘PLYWOOD’

Anda mungkin juga menyukai