Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

UNIT KOKURIKULUM
Tajuk Projek

: Pembinaan

Lokasi Tapak

:Tepi Padang Sekolah (Sebelah

Parkir)
Balai Terbuka
Disediakan oleh

: Pn.Hjh.Shariaton Md Harris
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Tarikh

: 1 Oktober 2011

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Latar Belakang
Setiap tahun SK Seri Lalang, Kluang akan menyertai pertandingan permainan
terutamanya Bola Tampar, Hoki dan Sepak Takraw di peringkat zon, daerah,
negeri dan kebangsaan. Walau bagaimanapun setiap kali mengadakan
latihan para pemain terpaksa menjalani latihan dengan menggunakan
gelanggang yang kurang kondusif dan mempunyai prasarana yang sangat
mendukacitakan. Oleh itu, perlawanan persahabatan dan pertandingan yang
dikelolakan oleh pihak sekolah terpaksa diadakan di tempat lain. Justeru itu
pihak sekolah terpaksa memohon kebenaran menggunakan gelanggang di
sekolah-sekolah yang berhampiran atau menyewa stadium. Ketiadaan
kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan pelajar-pelajar
tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan. Oleh itu,
Unit Kokurikulum berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang serbaguna
ini bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan hoki, bola tampar tetap
ijuga permainan futsal dan bola jaring dapat juga dimainkan di gelanggang
ini. Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi
manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat
baru dalam permainan tersebut.

Matlamat
1. Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan
pelajar beriadah.
2. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.
3. Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru.
4. Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang
permainan.
5. Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan
terhadap aktiviti kokurikulum.
Objektif
Objektif Khusus :
1. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui kemudahan
prasarana aktiviti PJK.
2. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum SK Seri Lalang, Kluang
3. Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan dan
permainan.
4. Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar.
5. Melahirkan bakat-bakat baru yang berkualiti.
6. Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pelaksanaan Projek
1. Lokasi
- Lokasi yang strategic Hujung padang (berhampiran parkir)
- Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana
kemudahan sukan secara berpusat di mana kemudahan
kokurikulum yang telah ada di sekitar kawasan tersebut adalah
seperti tapak perkhemahan, gelanggang bola tampar, padang bola
sepak, gelanggang bola baling dan bola jarring.
2. Proses Pembinaan
- Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk
pembelian bahan-bahan binaan. (Sila rujuk lampiran bajet)
- Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu ciping
(kerikil), pasir, vrc, penyewaan JCB dan upah kerja.

KADAR KELUASAN 50 x 82

3. Jangkamasa siap

1 bulan

4. Sunmber Kewangan
Jangkaan Sumber Kewangan
- Sumbangan ADUN Semarang (YB Datuk Hj.Samsol Bari Bin Jamali)
- Sumbangan orang perseorangan dan masyarakat setempat

Penutup
Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan
menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang sebaguna akan
dapat menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan
manfaat kepada pembangunan diri pelajar.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi
perangsang kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan
baik di peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras
dengan penekanan yang diberikan oleh Kementerian pelajaran Malaysia
terhadap aktiviti dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

Lampiran Bajet Pembinaan


Bil
1
2
3
4
5
6

Item
Kuantiti
Simen
150 beg X RM18.00
Pasir
80 ela X RM35.00
Batu Ciping
40 ela X RM40.00
VRC (4X8)
26 keping X RM35.00
Sewa Jentolak,
1 hari X RM400.00
Traktor merata tapak
Peralatan permainan Tiang jarring bola tampar ( I
(Tiang jaring bola
pasang)
tampar, sepak
Tiang jarring sepak takraw
takraw dan tiang gol (I pasang)
hoki)
Tiang gol hoki (1 pasang)
Upah tenaga kerja
JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah
RM2700.00
RM2800.00
RM1600.00
RM910.00
RM400.00
RM1090.00

RM500.00
RM10 000.00

Anda mungkin juga menyukai