Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN AEROBIKTON

Selamat petang , selamat sejahtera dan salam perpaduan kepada warga SK (2) Jalan
Batu Tiga,
Yang Berusaha, En Roslan bin Zakaria, Guru Besar SK2JBT, Yang dihormati En
Raymond selaku NYDP PIBG, barisan penolong kanan SK2JBT, guru-guru, AJK PIBG,
ibu bapa penjaga serta murid-murid yang dikasihi sekelian.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul
pada hari ini sempena Majlis pelancaran Penutupan Aerobikton SK (2) Jalan Batu
Tiga.

Hadirin sekalian,

Program Aerobikton yang dilancarkan pada bulan November 2017 adalah satu
program serampang dua mata. Progam ini bukan sahaja untuk mencari dana untuk
memenuhi tabung PIBG sekolah untuk pembangunan akademik dan prasarana
sekolah, program ini juga untuk memupuk gaya hidup sihat dengan melakukan
aktiviti aerobikton.

Program aerobikton ini juga memupuk dan mewujudkan semangat kerjasama dan
saling membantu dan seterusnya mewujudkan hubungan yang harmonis di antara
warga sekolah dengan masyarakat setempat.

Hadirin sekelian,
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga SK 2 Jalan Batu
Tiga kerana berjaya melaksanakan program hari ini yang dikenali sebagai Majlis
Pelancaran Penutup AEROBIKTON . Penglibatan para murid khususnya amat dipuji
kerana berusaha untuk mengutip sumbangan yang akan digunakan untuk kegunaan
bersama di sekolah. Jumlah kutipan yang hampir mencapai sasaran amatlah
dihargai. Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, guru-guru serta barisan AJK
PIBG yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Semoga dengan wang kutipan ini, kita akan dapat menaik taraf kualiti SK2JBT dan
pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Salah satu aktiviti yang
dirancang adalah lawatan sekolah. Semua murid yang mencapai kutipan minimum
sumbangan layak untuk mengikuti lawatan ini yang dijadualkan akan dibuat pada
akhir April atau awal May tahun ini.

Di akhir kata, sekali lagi terima kasih dan tahniah kepada semua warga SK2JBT yang
telah menyumbangkan masa tenaga dan wang untuk menjayakan program
aerobikton ini. Hari ini, sama-samalah kita beraerobik untuk sebagai simbol
penutup Aerobikton.

Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan majlis penutup Aerobikton SK(2)
Jalan Batu Tiga.

Anda mungkin juga menyukai