Anda di halaman 1dari 13

SELAMAT

Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara dari


ancaman dan bahaya

SERONOK
Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan

SIHAT
Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek
pemakanan serta kebersihan diri dan persekitaran

ETIKA
Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral
khususnya dalam aspek integriti

EMPATI
Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang
lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka

JATI DIRI
Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam
mencorak keperibadian unggul

ADAB SOPAN
Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi
bahasa, pertuturan dan kelakuan baik
HARMONI
PeSuasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang

TEKUN
Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha
dalam mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab

TELITI
Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan
tanggungjawab

TERAMPIL
Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab

EKSPLORASI
Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha
meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan

RASIONAL
Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan
maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka

ARTIKULASI
Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau
huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan
fakta
KONSEP SEKOLAHKU SEJAHTERA
'Sekolahku SEJAHTERA adalah amalan
baik yang perlu sentiasa diterap dan
dididik oleh semua guru dan semua
pemegang taruh untuk diamal dan
dihayati oleh murid sehingga menjadi
budaya dalam kehidupan mereka di
sekolah dan juga di luar sekolah.
Penerapan amalan baik ini memberi
penekanan kepada pembudayaan nilai
murni, kemahiran dan sikap positif
dengan memberi tumpuan kepada 14
elemen SEJAHTERA'.

"SEKOLAHKU SEJAHTERA SHOULD BE PRINCIPLE-BASED AND


NOT RULE-BASED"
-DATUK DR MOHD RADZI MD JIDIN
Lagu Sekolahku SEJAHTERA
Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga


Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Selamat, Seronok &
Sihat
etika & empati
jati diri
adab sopan
harmoni
tekun, teliti &
terampil
eksplorasi
rasional
artikulasi

Anda mungkin juga menyukai