Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA HARI GURU 2022

Terima kasih, tuan pengerusi majlis.


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Yang dihormati, Cikgu Drahman bin Kerma selaku guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Sidek bin Kusang, guru Penolong Hal Ehwal Murid, Cikgu Sweton bin Laberi, guru
Penolong Kanan Kokurikulum, barisan para guru yang berdedikasi dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ruang dan peluang
yang diberikan untuk saya berucap dalam majlis yang sungguh bermakna ini. Dalam
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di
sekolah yang saya sayangi ini.

Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei pada setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Sekolah-sekolah di
Malaysia menyambutnya untuk menghargai jasa guru-guru kita yang telah banyak
mendidik kita. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.
Jika diperhatikan secara teliti, perkataan SEJAHTERA ditulis dengan huruf besar.
Perkataan SEJAHTERA merupakan akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai
murni iaitu :
S- Selamat, seronok dan sihat
E- Etika dan empati
J- Jati diri
A- Adab sopan
H- Harmoni
T- Tekun, teliti dan terampil
E- Eksplorasi
R- Rasional
A- Artikulasi

Tema ini amat bersesuaian dengan dunia pendidikan sekarang yang mencabar untuk
melahirkan murid berinovasi dan berakhlak mulia.

Rakan-rakan sekalian,
Insan-insan inilah yang telah mendidik dan membimbing kita agar kita dalam mencapai
kejayaan. Seharusnya jasa itu harus dikenang sepanjang hayat kita. Guru bukan sahaja
mengajar kita agar dapat menulis, membaca dan mengira semata-mata, malah gurulah
orang yang dapat melihat potensi yang ada dalam setiap diri kita. Mereka tidak pernah
berputus asa. Selagi terdaya, selagi itulah mereka sentiasa memberi semangat dan
dorongan kepada kita.

Wahai, guru-guru yang kami sayangi. Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sentiasa
sabar dalam mendidik dan mengajar kami. Jutaan kemaafan juga kami mohon jika ada
perkara yang kami lakukan tidak menyenangkan hati para guru sekalian. Semoga guru-
guru SK Sungai Penipah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Akhir kata, halalkanlah segala ilmu yang diberikan kepada kami dan doakanlah kami
semua semoga berjaya di dunia hingga akhirat. Terima kasih, Cikgu!

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai