Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA HARI GURU 2012

Yang Dihormati Pengerusi Majlis,


Yang berusaha, Cikgu Zabani bin Mansah, Guru Besar SK LKTP Palong Timur 2,
Yang dihormati barisan Guru-guru Penolong Kanan,
Yang dihormati Yang Dipertua PIBG, En. Abdul Karim bin Ibrahim dan Ahli Jawatan
Kuasanya,
Yang dikasihi warga guru-guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan seperjuangan
sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Wajah guru tampak ceria,


Hari bermakna kita raikan,
Salam dihulur pembuka bicara,
SELAMAT HARI GURU SAYA UCAPKAN.

Hadirin sekalian,
Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bersama
meraikan hari yang penuh erti bagi warga pendidik pada hari ini. Ribuan terima kasih
saya ucapkan kerana diberi ruang menyampaikan ucapan mewakili rakan-rakan dalam
majlis sambutan Hari Guru Peringkat sekolah kali ini.

Hadirin sekalian,

Ada anak, ada ibunya,


Ada ibu, ada harinaya,
Ada murid, ada gurunya,
Ada guru, ada harinya.

Hari Guru yang disambut pada 16 Mei saban tahan merupakan tarikh keramat
yang penuh erti bagi warga pendidik, di mana bakti dan pengorbanan guru dihargai
dan diiktiraf oleh masyarakat dan negara. Sambutan hari guru diraikan bertujuan
untuk menghargai peranan serta kepentingan guru dalam pembangunan Negara..
Tanpa guru siapalah kita, tanpa guru entah di mana kejayaan kita. Guru ibarat
srikandi pembimbing anak bangsa yang tanpa noktah menabur jasa, biar tugas
dipanjat usia.

1
Hadirin yang dihormati,

Jasanya tidak terbalas. Biarpun siapa kita hari ini sejarahnya diakui bermula
daripada tunjuk ajar seorang guru. Guru bukan sahaja mengajar dan mendidik kita,
malah merupakan pembentuk sahsiah dan rohani diri murid-murid. Di bahu gurulah
terletak harapan kita yang begitu tinggi agar dapat mewariskan satu generasi yang
bakal membina masyarakat madani suatu hari kelak.

Betapa besar peranan guru kepada kita semua. Oleh itu hormatilah guru-guru
kita. Seharusnya kita bersyukur kerana mempunyai guru-guru yang dedikasi dan
sanggup berkorban demi kemajuan dan kegemilangan sekolah ini. Terima kasih
diucapkan di atas segala jasa dan pengorbanan guru kepada kami. Doa kami, semoga
Allah memberi kesejahteraan kepada warga guru sekolah ini.

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi kepada semua guru di sekolah ini,
saya mewakili semua murid mengucapkan

‘Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu’.

Orang muara menarik kemudi,


Hanyut selasih berdaun muda,
Guru semua ibarat srikandi,
Jasa ditabur, tidak dilupa.

Awan larat angin puputan,


Gugur melayang si bunga sena,
Guru ibarat permata intan,
Kami murid, tumpang sinarnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai