Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan


kepadaYang Berbahagia Yang Dihormati,Tuan Haji Asseri Bin
Kassim,YDP Pibg Smk Lubok Merbau
Yang Berusaha,Tuan Haji Asri Bin Said, Pengetua Smk Lubok
merbau,
Guru-guru kanan, guru-guru yang diraikan dan rakan sekalian.

Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkanselamat


menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,Hari ini merupakan hari yang amat sesuai
untuk kita mengadakansambutan bagi mengenang dan
menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Insani Pemangkin
Generasi Madani dipilih sebagai tema Hari Guru.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan
sekarangyang amat mencabar untuk melahirkan murid yang
lebih berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya bermula
daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan
membimbing kita sehingga kitadapat mencapai kejayaan
haruslah kita sanjung. Kesabaran dankesungguhan mereka
mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnyajasa itu
dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu
mengajarkita supaya kita dapat membaca, menulis dan
mengira.
Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh
itu, kitamestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk
ajar gurumestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita
abaikan segalanasihat dan bimbingan mereka.
Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi
semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya.
Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami
dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi
semasa mengajar kita di sekolah. Terima kasih cikgu-
cikguDengan cara apapun kau berbakti di perantauan nun jauh
dari yang dikasihi di papan tulis jari jemari mu menaridi
pancuran wuduk mengajarku bersucidi balapan padang kau
memacu lelah ku berlari di dalam kereta mu menjadi nadi
aktivitidi saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasidi bilik
rawatan sakit demam ku kau ubatidi pentas hari kecemerlangan
kejayaan ku dirai
Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami
ucapkankerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar.
Jasamusungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih,
cikgu.
Cikgu, Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu, Kalau
harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu, Terima
kasih cikgu. Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua
murid ingin memohon maaf atas segala kesalahan
dankesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan
“Selamat Hari Guru 2023” kepada semua guru. Segala
pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat
dikandung badan.
Selamat Hari Guru,

Anda mungkin juga menyukai