Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU 2023

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.


Assalamualaikum wr.wb, salam sejahtera dan salam 1Malaysia .
Yang Berusaha, Puan Hajah Mahani binti Abdul Majid, Pengetua SMK Taman
Desa Jaya.
Yang dihormati, Puan Lam Swee Peng, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Soranam A/P Karupayah , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Zaiton binti Md Zin, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Salamah binti Mohamed, Penolong Kanan Petang, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekalian. Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan
bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah
dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Insani Pemangkin Generasi
Madani dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali
dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan
murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya bermula daripada
inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati
jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka
mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang
hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca,
menulis dan mengira.
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk kita rajin
belajar sehingga berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita
alami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat
berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Terima kasih kepada cikgu-cikgu
Dengan cara apapun kau berbakti
di perantauan nun jauh dari yang dikasihi
di papan tulis jari jemari mu menari
di pancuran wuduk mengajarku bersuci
di balapan padang kau memacu lelah ku berlari
di dalam kereta mu menjadi nadi aktiviti
di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi
di bilik rawatan sakit demam ku kau ubati
di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana
tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti buat
kami semua. Pada kesempatan ini juga wakil saya dari kalangan pelajar untuk
meminta maaf zahir dan batin dalam segala salah silap kami yang mengguris
hati cikgu-cikgu, terkasar bahasa sama ada ingat atau lupa. terima kasih buat
cikgu-cikgu juga kerana sudi mengajar kami secara ikhlas .Terima kasih lagi
saya ucapkan. Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap sajak

Dialah pelita, dialah perigi, dialah pelangi


Setiap ajarnya menemukan yang dicari
Setiap tuturnya diikuti jika mahu menjadi
Setiap tegurnya dipatuhi untuk membina diri
Setiap didiknya membantu peribadi

Selamat Hari Guru,


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai