Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih pengerusi majlis.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera saya


ucapkan kepada Yang Dihormati, Ustaz Nur Azam bin Amirudin, Guru Besar
Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah Tahfiz.

Yang Berusaha, Ustaz Mohd Firdaus bin Mohtar, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,

Ustazah Renni binti Miskan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Ust Ahmad Dhia’uddin bin Mohd Yusof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

barisan guru – guru dan rakan – rakan sekalian.

Saya Muhammad Haziq Luqman bin Fahrorrozi, sebagai wakil murid, ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua ustaz dan
ustazah di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan
bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah
dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Insani Pemangkin Generasi
Madani dipilih sebagai tema Hari Guru.

Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang
amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah
mulia. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu,
marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian, insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita


sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran
dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya
jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita
supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita
mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita
dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan
bimbingan mereka.

Rakan sekalian, guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita
untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala
masalah yang kita fahami dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa
mengajar kita di sekolah. Terima kasih ustaz dan ustazah. Dengan cara
apapun kau berbakti di perantauan nun jauh dari yang dikasihi, di papan tulis
jari jemari mu meniadi pancuran wuduk mengajarku bersuci, di balapan
padang kau memacu lelah ku berlari, di dalam kereta mu menjadi nadi
aktiviti, di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi, di bilik rawatan sakit
demam ku kau ubati, di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh
bererti kepada kami semua. Terima kasih, ustaz. Terima kasih, ustazah.

Guru ku, kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu. Kalau dalam lautan
Atlantik, dalam lagi jasamu. Kalau harum bau kasturi, harum lagi
pengorbananmu. Terima kasih cikgu. Sebelum saya menutup tirai, saya
mewakili semua murid Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah Tahfiz ingin
memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya
ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru 2023” kepada semua ustaz dan
ustazah. Segala pengorbanan ustaz ustazah akan kami semat dan hargai
selagi hayat dikandung badan.

Selamat Hari Guru.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai