Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar SK Sungai Burong, Encik Mohd Zakir b Masdar, Yang Berusaha, Encik Adib bin Amat
Mustakim, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Burong, Puan Salbiah Binti Saari NYDP PIBG SK Sungai
Burong, Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.

Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua
guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian, Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan
bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari
Guru. Pada tahun ini, GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI dipilih sebagai tema Hari
Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar
untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya bermula
daripada inspirasi seorang guru. Oleh itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa
guru.Rakan-rakan sekalian,Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita
dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik
kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah
jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan
sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.

Terima kasih cikgu-cikgu,

Dengan cara apapun kau berbakti di perantauan nun jauh dari yang dikasihi

di papan tulis jari jemari mu menari

di pancuran wuduk mengajarku bersuci

di balapan padang kau memacu lelah ku berlari

di dalam kereta mu menjadi nadi aktiviti

di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi

di bilik rawatan sakit demam ku kau ubati

di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu
mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu.

Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SK Sungai Burong ingin memohon
maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan “Selamat
Hari Guru kepada semua guru SK Sungai Burong. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat
dan hargai selagi hayat dikandung badan. Selamat Hari Guru,Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai