Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Terima kasih Pengerusi Majlis. Assalam mualaikum...


Yang Berusaha En Yusmizan Bin Yusoff Guru Besar Sk Chinchin
Yang dihormati,
Tn Hj Khairul Bin Ariffin Penolong Kanan HEM,
Pn Zainur Afizah Binti Ibrahim Penolong Kanan Kokurikulum
Cik Norhaslinda Binti Hamzah
guru-guru SK Chinchin dan yang disayangi rakan sekalian.

Saya ………………….. sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru. Pada tahun ini, “ Guru Tunjang Sekolah Sejahtera ”
dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan
sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kritis dan kreatif.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai
dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu
mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, namun
pelbagai sudut guru membantu kita.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. Guru banyak berkorban
masa demi kita,jadi kita sebagai murid haruslah menghargai pengorbanan ini dengan
sentiasa menghadirkan diri ke sekolah setiap hari tanpa ada alas an ponteng dalam diri.

Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga
kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah. Oleh kerana itu mengapa kita tidak mengambil peluang ini semasa di sekolah.
Berikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran nescaya ilmu yang diberikan guru suatu
yang sukar kita dapati ditempat lain.Tumpukan Perhatian ketika pembelajaran kurangkan
berbual kosong tanpa ilmu.

Wahai para guru yang kami sayangi,


Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar.
Jasamu sungguh bererti kepada kami semua.

Terima Kasih Cikgu / Kami Sayang Cikgu /


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai