Anda di halaman 1dari 2

Kau inspirasiku

Entah kenapa, setiap hari aku malas hendak ke sekolah. Aku seringkali dimarahi ibu,
ayah dan cikgu di sekolah. Sekolah aku rasakan tempat yang membosankan.

Hari ini seperti biasa aku yang paling lambat ke sekolah. Cikgu Rokiah menunggu
aku di pagar sekolah.

“Ali, nanti lepas sekolah awak terus ke bilik guru ya” kata Cikgu Rokiah.

"Baiklah cikgu" kataku dengan sinis.

Selepas loceng balik berbunyi, aku teringat pesan Cikgu Rokiah pagi tadi supaya ke
biliknya.

“ Bosan, macam biasalah Cikgu Rokiah akan membebel sahaja” kataku dalam hati.
Geram.

Apabila aku sampai , Cikgu Rokiah sudah ada menunggu aku di mejanya.

“ Saya ingat kamu tidak datang” Katanya sambil tersenyum sinis.

Cikgu Rokiah membuka komputer ribanya dan menunjukkan beberapa gambar lama.

"Ali, tahu siapa dalam foto ni ?" Tanya Cikgu Rokiah.

“Tidak cikgu”

“Ini saya semasa bersekolah dulu,” jawab Cikgu Rokiah.

“ Cikgu bukan orang senang, Ali. Ayah cikgu terlantar sakit. Ibu cikgu pula hanya
seorang surirumah. Tidak boleh bekerja kerana menjaga ayah yang sakit. Ibu cikgu
akan mengambil upah membuat kuih. Dengan duit jualan kuihlah cikgu dan adik-adik
cikgu membesar” Ceritanya dengan nada yang sedih.

Entah kenapa aku turut sedih mendengar cerita Cikgu Rokiah.

“Hanya bekalan nasi kosong sahaja cikgu bawa setiap hari. Cikgu terpaksa bangun
awal kerana cikgu perlu berjalan kaki ke sekolah. Tetapi cikgu sentiasa bersemangat
Ali kerana cikgu fikir dengan cara itu sahajalah cikgu dapat mengubah nasib keluarga
cikgu.“ Sambungnya lagi.
Cikgu Rokiah menyambung lagi ceritanya tentang suka duka hidupnya ketika
bersekolah dahulu sehinggalah beliau berjaya hingga menara gading.

“Cikgu tunjukkan foto ini kepada kamu supaya kamu bersemangat untuk belajar
bersungguh-sungguh. Kamu orang senang tak perlu susah-susah. Tetapi bagaimana
nasib kamu kelak jika ayah dan ibu kamu telah tiada,” sambung Cikgu Rokiah.

Mendengar pertanyaan Cikgu Rokiah, membuat aku tersentak. Aku sangat terkejut
dan malu. Mendengar semua itu, aku benar-benar rasa bersalah. Aku segera meminta
maaf kepada Cikgu Rokiah dan berjanji untuk menjadi anak yang rajin, belajar
bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk belajar.

Sejak hari itu aku bertekad untuk ke sekolah setiap hari. Kalau rasa berat ujianku ini,
lagi berat lagi dugaan Cikgu Rokiah. Jika nak dibanding, Bagai langit dengan bumi.
Cikgu Rokiah menjadi penguat semangat dan membuka sudut pandangku yang dulu
bosan dan malas hendak ke sekolah, kini bertukar kepada bersemangat dan seronok.
Kau Inspirasiku Cikgu!

Anda mungkin juga menyukai