Anda di halaman 1dari 1

Hari Jadi Saya

Pada 22 Januari yang lepas , saya dan keluarga membuat majlis kesyukuran sempena hari
lahir saya. Saya menjemput semua rakan sekolah bagi meraikan majlis tersebut. Pada hari tersebut ,
ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu dengan belon dan reben yang beraneka warna.
Ayah saya telah menyediakan menu istimewa iaitu nasi beriani manakala ibu dan kakak pula
membantu menyediakan makanan di dapur. Antaranya ialah kerabu mangga , keropok lekor dan lain-
lain lagi. Ibu juga membuat kek yang berperisa coklat. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas
meja.
Kira-kira pada pukul 8.00 malam , semua rakan tiba memakai baju mengikut tema sambil
membawakan hadiah untuk saya. Kami sekeluarga menyambut kedatangan dengan hati terbuka.
Selepas bacaan doa, kami menikmati makanan yang dihidangkan di atas meja. Selepas menjamu
selera , kami mengambil gambar sebagai kenangan. Pada pukul 10.00 malam , majlis pun berakhir.
Saya berasa gembira kerana mendapat banyak hadiah.

Anda mungkin juga menyukai