Anda di halaman 1dari 3

Pada cuti sekolah yang lalu kamu dan keluarga telah menghadiri suatu majlis

perkahwinan.Ceritakan pengalaman kamu menghadiri majlis tersebut.

PENGALAMAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Pada hari Ahad yang lalu, aku dan keluargaku pergi ke rumah datuk dan nenekku
untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Aku mengenakan sepasang baju kurung
yang cantik pada tubuhku. Aku dan keluargaku pergi ke sana dengan menaiki kereta
untuk meraikan majlis kenduri kahwin sepupuku.

          Beberapa minit kemudian, kami sampai di lokasi majis tersebut. Terdapat


banyak khemah, kerusi dan meja di hadapan rumah datukku. Nenek menyambut
kedatangan kami dengan gembira kerana sudah lama kami tidak menjenguknya di
kampung. Aku berasa bersyukur kerana dapat berjumpa nenek lagi.

          Selepas itu, aku menikmati juadah yang disediakan seawal pukul 12.00
tengah hari kerana sebentar lagi aku akan melakukan pelbagai aktiviti. Antara sajian
yang aku nikmati termasuklah nasi berlauk ayam masak merah. Aku juga menikmati
hidangan tambahan seperti ais batu campur, bubur kacang dan laksa. Setiap
hidangan yang aku nikmati sedap-sedap belaka.

          Pada pukul 3.00 petang, ramai pengunjung datang bagi memeriahkan lagi
majlis tersebut. Tiba-tiba, aku terdengar paluan kompang yang dipalu dengan
gemuruh menandakan pasangan mempelai sudah tiba. Pasangan pengantin datang
diikuti iram-iram dan rombongan pengantin lelaki dari pantai timur. Raja sehari
memakai pakaian yang lengkap berserta tanjak dan menyinsipkan sebilah keris
pada sampingnya.

          Mereka pun masuk ke dalam rumah dan duduk di bawah pelamin yang cantik.
Bagiku mereka kelihatan secocok bagai cincin dengan permata. Sahabat handal,
kaum keluarga dan saudara-mara mereka melakukan acara menepung tawar.
Mereka menyempurnakan majlis menepung tawar dengan menaburkan sejemput
bunga rampai di atas tangan pasangan mempelai.

          Kemudian, pasangan pengantin menikmati hidangan istimewa di meja yang


disediakan kepada mereka bersama-sama bonda dan ayahanda mereka. Pengantin
juga saling menyuap makanan itu sesama mereka. Selepas itu, mereka memotong
kek yang dihadiahkan oleh ibu dan bapa mereka. Semasa makan, mereka
menyaksikan persembahan silat di hadapan meja tersebut. Peserta silat terdiri
daripada murid-murid Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera. Aku berasa
sungguh kagum menyaksikan persembahan tersebut.

          Pada pukul 6.00 petang, majlis perkahwinan pun berakhir. Terdapat beberapa
jenis lauk-pauk yang berlebihan. Jadi, nenek membuat keputusan untuk
membahagikan lauk tersebut kepada setiap keluarga anak-anaknya. Nenek
membungkus makanan tersebut ke dalam plastik dan mengagihkannya. Setelah itu,
aku bersalaman dengan datuk, nenek dan saudara-saudaraku sebelum pulang ke
rumah. Walaupun penat, aku berasa sungguh gembira. Aku berharap agar majlis
seperti ini dan lebih menarik akan diadakan lagi.
Pada cuti sekolah yang lalu kamu dan keluarga telah menghadiri suatu majlis
perkahwinan.Ceritakan pengalaman kamu menghadiri majlis tersebut.

Susun semula Idea karangan (Jenis Keperihalan)

Pada pukul 6.00 petang, majlis perkahwinan pun berakhir. Terdapat beberapa jenis lauk-pauk yang
berlebihan. Jadi, nenek membuat keputusan untuk membahagikan lauk tersebut kepada setiap
keluarga anak-anaknya. Nenek membungkus makanan tersebut ke dalam plastik dan mengagihkannya.
Setelah itu, aku bersalaman dengan datuk, nenek dan saudara-saudaraku sebelum pulang ke rumah.
Walaupun penat, aku berasa sungguh gembira. Aku berharap agar majlis seperti ini dan lebih menarik
akan diadakan lagi.

          Mereka pun masuk ke dalam rumah dan duduk di bawah pelamin yang cantik. Bagiku mereka
kelihatan secocok bagai cincin dengan permata. Sahabat handal, kaum keluarga dan saudara-mara
mereka melakukan acara menepung tawar. Mereka menyempurnakan majlis menepung tawar dengan
menaburkan sejemput bunga rampai di atas tangan pasangan mempelai.

Pada hari Ahad yang lalu, aku dan keluargaku pergi ke rumah datuk dan nenekku untuk menghadiri
satu majlis perkahwinan. Aku mengenakan sepasang baju kurung yang cantik pada tubuhku. Aku dan
keluargaku pergi ke sana dengan menaiki kereta untuk meraikan majlis kenduri kahwin sepupuku.

     
Selepas itu, aku menikmati juadah yang disediakan seawal pukul 12.00 tengah hari kerana
sebentar lagi aku akan melakukan pelbagai aktiviti. Antara sajian yang aku nikmati termasuklah nasi
berlauk ayam masak merah. Aku juga menikmati hidangan tambahan seperti ais batu campur, bubur
kacang dan laksa. Setiap hidangan yang aku nikmati sedap-sedap belaka.

     
Pada pukul 3.00 petang, ramai pengunjung datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Tiba-
tiba, aku terdengar paluan kompang yang dipalu dengan gemuruh menandakan pasangan mempelai
sudah tiba. Pasangan pengantin datang diikuti iram-iram dan rombongan pengantin lelaki dari pantai
timur. Raja sehari memakai pakaian yang lengkap berserta tanjak dan menyinsipkan sebilah keris pada
sampingnya.

Pada pukul 3.00 petang, ramai pengunjung datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Tiba-
tiba, aku terdengar paluan kompang yang dipalu dengan gemuruh menandakan pasangan mempelai
sudah tiba. Pasangan pengantin datang diikuti iram-iram dan rombongan pengantin lelaki dari pantai
timur. Raja sehari memakai pakaian yang lengkap berserta tanjak dan menyinsipkan sebilah keris pada
sampingnya.

          Beberapa minit kemudian, kami sampai di lokasi majis tersebut. Terdapat banyak khemah, kerusi
dan meja di hadapan rumah datukku. Nenek menyambut kedatangan kami dengan gembira kerana
sudah lama kami tidak menjenguknya di kampung. Aku berasa bersyukur kerana dapat berjumpa nenek
lagi.

Anda mungkin juga menyukai