Anda di halaman 1dari 2

Raziq Bin Ahmad,

No 109,Jalan Simbang 18,

Taman Perling,

81200 Johor Bahru,

Johor.

Ketua Kampung,

No 257,Jalan Simbang 16,

Taman Perling,

81200 Johor Bahru,

Johor. 26 Jun 2021

Tuan,

Masalah Pendatang Asing telah Menimbulkan Pelbagai Kesan Negatif kepada Tempat Tinggal Kita.

Semoga Tuan berada dalam kesihatan yang baik dan sihat walafiat.Merujuk kepada perkara di
atas,saya Razir Bin Ahmad ingin membuat aduan tentang masalah pendatang asing. Malaysia kini
menjadi tumpuan pendatang asing untuk tinggal di negara kita.Akan tetapi,mereka telah
menimbulkan pelbagai masalah di taman ini.Saya mengemukakan beberapa masalah yang
wujud kepada tuan.Antaranya ialah kegiatan jenayah berlaku dan mengancam keselamatan
penduduk.Pendatang asing di kawasan kita tinggal di dalam pondok-pondok sementara dan
membuatkan penduduk sekitar berasa takut.Kesannya,kes-kes rompakan,pecah rumah
semakin berlaku.Umpamanya,seperti telur di hujung tanduk.

2.Yang kedua,Masalah pencemaran yang semakin teruk di kawasan kita.Mereka


mendirikan rumah secara haram sehinggai perumahan setinggan ini tidak teratur.Selain
itu,mereka juga melakukan akitiviti pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat dan
bau yang tidak menyenangkan.Seperti pepatah mengatakan,kerana nila setitik,rosak susu
sebelanga.

3.Yang terakhir,Bimbang penyakit-penyakit berbahaya yang akan tersebar di kawasan kita.


Mereka juga tidak membuat pemeriksaan kesihatan-penyakit berjangkit seperti AIDS dan
penyakit tibi.Semua penduduk berasa bimbang,terutamanya bagi kanak-kanak yang masih
kecil.Seperti orang dahulu kata,cegah sebelum parah.

4.Saya berharap tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pendatang asing
tersebut.Kerjasama yang menyeluruh sebagai satu jalan penyelesaian terbaik untuk
mengatasi masalah ini.Saya ingin memberikan ucapan terima kasih.
Sekian,

Yang benar,

(Raziq Bin Ahmad)

Anda mungkin juga menyukai