Anda di halaman 1dari 2

Karangan 8

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Asing di kawasan Kampong Lumapas

Merujuk perkara di atas, saya Hassan bin Ali , selaku setiausaha persatuan penduduk Kampong Lumapas,
ingin membuat aduan mengenai masalah pendatang asing yang begitu ramai menetap di kawasan kami.
Kami mendapati kehadiran mereka mendatangkan beberapa masalah dan mengganggu ketenteraman
hidup penduduk di kawasan ini.

Untuk makluman pihak tuan, pendatang asing mula bertapak dikawasan kami semenjak beberapa projek
pembangunan rumah kedai di sekitar kawasan yang berdekatan dengan kawasan iaitu di kawasan Damai
dan kawasan Bahagia. Oleh yang demikian, semakin ramai pendatang tanpa izin mula menduduki
pondok-pondok kecil yang disediakan oleh pihak pemaju di sekitar tapak pembinaan dan terdapat
segelintir diantara mereka menyewa beramai-ramai di sekitar kawasan kampung ini. Kami khuatir jika
pendok-pondok tersebut menjadi sarang kegiatan tidak bermoral seperti perjudian.

Sebelum kedatangan mereka, kehidupan kami amat aman dan selesa. Namun begitu, kehadiran mereka
sejak tiga bulan lalu telah merubah kehidupan kami. Sejak akhir-akhir ini, kami banyak mendengar
aduan penduduk mengenai ragut dan pecah rumah. Kami mengesyaki bahawa kejadian tersebut
melibatkan pendatang asing melalui pertuturan mereka semasa kejadian pecah rumah yang dilaporkan.
Pakaian dan kasut yang berada di luar rumah turut hilang sejak kebelakangan ini.

Selain itu, sikap dan moral yang ditunjukkan oleh pendatang asing amat membimbangkan kami. Mereka
seringkali dilihat menjalankan kegiatan minum arak dan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan
sambil bermesra tanpa segan dan silu terhadap penduduk tempatan. Botol-botol dan tin-tin arak sering
bergelimpangan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Kami khuatir tindak-tanduk mereka
mempengaruhi kanak-kanak tempatan yang sedang membesar di kawasan kami.

Untuk makluman pihak tuan juga, kami mendapati ramai wanita tempatan di kawasan kami sering
diganggu oleh pendatang asing. Sebagai ibu bapa, kami amat bimbang jika anak-anak gadis kami tewas
dengan pujukkan pendatang asing dan mula menjalinkan hubungan dengan mereka. Kami juga bimbang
akan keselamatan kaum wanita di kawasan kami. Pendatang asing di sini juga tidak menghiraukan
teguran dan nasihat kami bahkan pernah terjadi pergaduhan kecil antara pendatang asing dengan
penduduk tempatan kerana cuba mengganggu wanita tempatan. Ini jelas bahawa mereka tidak
menghormati sensitiviti penduduk tempatan di kawasan kami.
Bukan itu sahaja, pendatang asing di sekitar kawasan ini juga pernah bergaduh dikalangan mereka
sendiri dan melibatkan senjata tajam, besi dan kayu. Kami khuatir jika perkara ini dibiarkan berlarutan
akan melibatkan kecederaan dan korban nyawa samada di kalangan pendatang asing mahupun
penduduk tempatan. Kami juga tidak pasti samada pendatang asing yang berada di kawasan ini adalah
pendatang tanpa izin atau tidak. Kami berharap agar pihak tuan dapat membuat siasatan terperinci
mengenai hal ini.

Kami juga berharap agar pihak tuan dapat membuat tindakan segera bagi menyelesaikan masalah-
masalah yang sedang kami hadapi kini. Segala tindakan daripada pihak tuan kami dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Yang Benar,

Hassan

(Hassan Bin Ali)

Setiausaha Persatuan Penduduk Kampong Lumapas.

[ 454 patah perkataan ]

Anda mungkin juga menyukai