Anda di halaman 1dari 3

Punca Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin:

i.

Kekurangan pekerja di pelbagai sektor dalam Malaysia seperti sektor pertanian, perladangan
dan pembinaan.
Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perladangan dan pembinaan kerana
kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan.
Penduduk tempatan mempunyai pilihan untuk bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan
yang lumayan, selesa dan tidak bahaya.
Majikan tempatan terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja di sektor-sektor tersebut
supaya tidak berlaku kekosongan.

ii.

Majikan tempatan suka menggaji mereka disebabkan gaji mereka lebih rendah berbanding
dengan pekerja tempatan.

Dengan kos upah yang rendah, majikan tempatan boleh menjimatkan kos pengeluaran dan
mendapat keuntungan yang lebih lumayan.
Sebaliknya, pekerja tempatan meminta gaji yang tinggi dan kebajikan untuk melindungi mereka,
menyebabkan majikan tempatan perlu membelanjakan sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi
kepentingan pekerja dan mengurangkan keuntungan majikan.
iii.

Kemiskinan dan pengangguran di negara asal pendatang asing.


Mereka terpaksa bekerja di negara kita untuk menyara seisi keluarga di kampung mereka yang
miskin.
Kebanyakan pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan
wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka.
Disebabkan kemiskinan dan pengangguran di negara asal mereka, pekerja asing rela bekerja apa
saja dan tidak kira berapa yang dibayar kerana di dalam negera mereka tidak mempunyai
pekerjaan.
Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di
perkosa, sebahagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negara daripada menganggur
di kampung-kampung.
Kesan Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin:
Pada zaman yang lebih moden ini, ekonomi Malaysia kini turut berkembang pesat. Manakala
projek-projek pembangunan berjalan dengan lancar malah peluang pekerjaan bahagian projek
pembangunan turut meluas. Akibat daripada keadaan tersebut, maka timbuk masalah kekurangan
tenaga kerja. Oleh itu, Malaysia mencari jalan dengan banyak mengambil pekerja asing dan
menimbulkan juga masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI).

i.

Berlakunya kejadian jenayah

Kebanyakan pendatang asing melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat pelindungan setelah
melakukan jenayah. Apabila golongan ini berada di Malaysia, mereka turut melakukan perkara
yang sama contohnya yang kerap kita dengar ialah kes-kes rompakan, pembunuhan, pengedaran
dadah dan rogol yang sering berlaku. Mereka ini juga mendatangkan masalah di taman
perumahan terutama perumahan mewah yang sering menjadi sasaran dimasuki pencuri. Taman
perumahan yang kerap dimasuki pencuri ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk
perumahan tersebut kerana merasakan bahaya yang dilakukan oleh pendatang asing semata-mata
untuk mendapatkan wang. Pendek kata, kesab sosial pendatang asing yang merupakan
penjenayah membawa keburukan kepada negara.
ii. Isu penyebaran penyakit berbahaya
Pendatang asing tanpa izin memasuki negara ini tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Keadaan
ini menjadikan penyakit-penyakit yang terdapat pada diri mereka sukar dikesan. Terdapat di
antara mereka yang menghidap AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-lain. Manakala
rakyat kita yang bergaul bebas dengan pendatang tanpa izin ini menjadi mangsa penyebaran
penyakit berjangkit ini. Keadaan ini bukan sahaja terhadap seseorang individu sahaja malah
merebak ke dalam ahli keluarga mangsa, seterusnya ke dalam golongan masyarakat. Akhirnya ,
masyarakat negara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Jelaslah di sini bahawa,
penyakit-penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas akibat kedatangan pendatang asing.
iii. Masalah petempatan di negara kita
Kedatangan mereka yang mempunyai bilangan yang banyak menyebabkan mereka mendirikan
kawasan perumahan secara haram. Kawasan perumahan secara haram ini bukan sahaja
menimbulkan banyak masalah malah menyukarkan pihak kerajaan negara. Tambahan pula,
mereka juga membuka kawasan hutan sebagai kawasan tempat tinggal mereka. Keadaan ini
menjadikan mereka sebagai pesalah kerana menceroboh kawasan menjadi hak negara.
Pembukaan kawasan perumahan ini menimbulkan masalah setinggan yang tidak teratur dan
kurang kemudahan asas seperti air dan elektrik. Hal ini menunjukkan imej buruk kepada negara
lain kerana masalah pencemaran alam sekitar juga akan berlaku. Natijahnya di sini, kemasukan
pendatang asing mendatang masalah perumahan kepada negara kita.
iv. Hak rakyat sedikit sebanyak terjejas
Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan,
pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Situasi ini pasti
menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam
bidang pekerjaan ini. Tambahan pula, banyak antara mereka juga melibatkan diri dalam
perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan
sebagainya. Keadaan ini menyebabkan ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah
besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pernah pada ketika nilai wang kita jatuh dengan
teruknya, peluang pekerjaan rakyat kita juga semakin sempit. Hal ini turut menunjukkan
ketidakadilan kepada rakyat kita.Jelaslah di sini bahawa, kemasukan pendatang asing tanpa izin

ini sedikit sebanyak menjejaskan hak rakyat negara kita.


Negara kita amat memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara kita pada masa kini.
Namun, kehadiran mereka telah menimbulkan banyak masalah di negara ini terutamanya dalam
masalah sosial remaja. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan lebih serius bagi
kesejahteraan bersama.
Langkah Mengatasi Masalah Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin:
Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing
dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil
kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan
kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka
perlu dibendung dan diawasi.
i.

Pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan
sempadan negara kita.
Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk
menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan
sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan
pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.
ii.

Pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja


asing, terutamanya yang masuk tanpa izin.
Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan
pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat
termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan
undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
iii.

Semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan


dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin.
Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam
usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan
mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau
bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada
kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
iv.
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang
kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi
menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik
untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.
Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita
memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang
tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan
rakyat kita.

Anda mungkin juga menyukai