Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.

Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.

Teh Zawani Azizul Fata

Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat madani
yang harmonis. Sebuah keluarga yang bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu yang
menjadi penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah negara hanya akan
melonjakkan namanya di persada antarabngsa jika setiap ahli dalam institusi kekeluargaan itu
bertanggungjawab, berdaya saing dan intelektual. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu kekeluargaan
sering dipandang enteng dan hanya menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan ahli masyarakat.
Dunia tidak lagi mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada hakikatnya, institusi
keluarga amat penting bagi kehidupan manusia sejagat. Natijahnya, keluarga menjadi goyah, porak-
peranda dan seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela dalam arus kemodenan dunia. Gaya hidup
masyarakat yang sudah berubah ke arah yang tidak mementingkan kasih sayang menjadi salah satu
faktor utama kepada kebobrokan institusi kekeluargaan pada hari ini.

Wang dan harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan
seseorang. Walaupun begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam
sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rata-rata manusia berfikiran materialistik dan
menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang. Inilah yang menjadi faktor utama kepada
kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tidak lagi ‘bagai menatang minyak yang penuh’
terhadap anak-anak mereka. Sebaliknya sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara. Mereka
rerlalu leka mencari wang untuk kepuasan diri sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka yang
paling penting iaitu sebagai peneraju utama keluarga. Peraana sebagai ibu bapa hanya dilaksanakan
bak ‘melepaskan batuk di tangga’ seolah-olah sebagai kerja sampingan yang tidak berfaedah.
Keghairahan ibu bapa mencari kekayaan material menghalang mereka untuk memberi kasih sayang
dan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak menjadi seperi hamba yang kehausan kasih
sayang dan diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan mas ibu bapa dihabiskan ditempat kerja dan lebih
menyedikan, ada ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa cutinya di rumah untuk pergi bekerja.
Jika diimbas kembali pada masa silam, hubungan kekeluargaan menjadi kukuh kerana ibu bapa banyak
meluangkan mas bersama anak-anak, contohnya makan bersama, bekerjasma membersihkan rumah
dan beriadah bersama. Namun kini, semua gaya hidup ini semakain pudar dan ditinggalkan walaupun
masih ada segelintir manusia yang masih sedar kepentingan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, jelaslah
bahawa cara hidup ibu bapa yang terlalu mementingkan material telah menyebabkan kemerosotan
dalam hubungan kekeluargaan.

Selain itu, institusi keluarga pada hari ini mengamalkan cara hidup yang tidak mementingkan
pendidikan agama dan kerohanian. Ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan bercorak duniawi tanpa
menitikberatkan oengetahuan agama yang menjadi cara hidup yang sepatutnya diamalkan. Anak-anak
lebih didedahkan kepada dunia terknologi berbanding kepada ajaran agama. Akhirnya, anak-anak
menjadi tidak bermoral, bersikap liar dan tidak lagi menghormati ibu bapa. Sikap hormat kepada orang
yang lebih tua kurang diamalkan oleh anak-anak kerana anak-anak tidak diajar dan diberi didikan
agama yang sempurna. Sesebuah keluarga hanya dapat hidup sejahtera dan bahagia sekiranya setiap
anggota keluarga memahami prinsip agama yang sebenar. Ibu bapa yang cetek dalam pengetahuan
agama juga akan kurang bertanggungjawab kerana mereka tidak berasa bahwa amanah yang dipikul
itu adalah sesuatu yang berat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, keluarga yang
dibentuk tidak sempurna dan ikatan kekeluargaan yang dijalin menjadi tidak kukuh dan renggang. Oleh
itu, oendidikan agama yang kurang sempurna akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kucar-kacir
dan tidak aman.

Pada hari ini, ibu bapa dilihat terlalu sibuk dengan aktivit kemasyarakatan ataupun sosila.
Cara hidup sebegini banyak berlaku terutamnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.
Kebanyakan ibu bapa gemar melibatkan diri secara aktf dalam kegiatan sosial, contohnya kelab-kelab,
persatuan atau badan-badan sukarela. Usaha melibatkan diri dalam kegiatan sosial sememangnya
suatu amalan yang baik dan digalakkan namun, ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini
menyebabakan masa bersama anak-anak menjadi kurang. Mereka sewajarnya mengimbangkan masa
mereka antara keluarga dan ativiti luaran. Sekiranya masa banyak dihabiskan luar rumah, maka
mereka tidak berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak agar hubungan kasih sayang dapat
diwujudkan. Akibatnya, anak-anak kekurangan kasih sayang dan didikan yang menjadi aset utama
kepada anak-anak yang membesar. Mereka akan berasa terasing dan kesunyian makah lebih malang
lagi jika mereka terlibat dalam gejala sosial. Terbuktilah bahawa gaya hidup ibu bapa pada hari ini yang
terlalu aktif dalam kegiatan sosial boleh meruntuhkan institusi keluarga.

Selain itu, anak-anak kini lebih suka tinggal secara berasingan dengan ibu baoa untuk
membina kehidupan sendiri. Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga
menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka sukar untuk menemui ibu
bapa mereka dan hanya berpeluang untuk pulang ke rumah ibu bapa pada hari-hari cuti khususnya
hari perayaan. Ada juga anak-anak yang terus menghilangkan diri setelah berpindah ke tempat lain.
Mereka terus leka dan lalai dengan kehidupan sendiri hingga melupakan jerih lelah ibu bapa mereka
yang telah membesarkan mereka hingga berjaya. Ikatan kekeluargaan yang terjalin menjadi linggar
akibat kurangnya hubungan mesara dan komunikasi bersama ibu bapa. Sikap anak bak ‘kacang
lupakan kulit’ semakin berleluasa di kalangan masyarakat dan menjadikan institusi keluarga tidak lagi
bahagia. Oleh itu, kurangnya komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dan anak yang tinggal
berjauhan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.

Anda mungkin juga menyukai