Anda di halaman 1dari 9

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

/
"'

STPM 2018
\.... ./

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PENGGAL 1

SKEMA
BAHASA MELAYU
910/1

Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana·mana bahagian dalam. modul ini
tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
1

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU SEMESTER 1 STPM 2019

SKEMA JAWAPAN BABAGIAN A (20 m)

NO JAWAPAN NO JAWAPAN
1 c 11 D
2 A 12 B
3 B 13 D
4 c 14 B
5 B 15 A
6 c 16 c
7 D 17 A
8 A 18 D
9 A 19 c
10 c 20 B

BABAGIAN B [30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.
Dianggarkan bahawa lebih kurang 25% daripada jumlah spesies marin bergantung pada
ekosistem terumbu karang. Oleh sebab itu, ekosistem ini dikatakan sebagai hutan hujan
tropika marin. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai estetikanya yang tidak ternilai dan
faedah sosial clan ekonominya yang sangat tinggi, terutamanya dari segi aktiviti perikanan dan
pelancongan. Keuntungan fiskal bersih tahunan yang dihasilkan oleh ekosistem ini
dianggarkan bernilai hampir RM 120 bilion. Kadar kepupusan karang yang makin tinggi ini
amat membimbangkan . Hal ini terjadi bukan sahaja pada aspek estetikanya, tetapi juga kesan
kehilangannya terhadap kesejahteraan sosioekonomi kehidupan manusia, khususnya dalam
bidang perikanan dan pelancongan yang berasaskan marin.

Kesan daripada kegiatan manusia, seperti pembangunan di kawasan pantai,


penangkapan ikan yang melampaui batas clan pencemaran, menyebabkan kehilangan 10%
ekosistem. Kehilangan 15% lagi disebabkan oleh pemanasan permukaan lautan. Fenomena
perubahan iklim, termasuklah pemanasan bumi, ialah faktor utama yang menyebabkan
kemerosotan populasi karang. Fenomena yang terjadi melalui proses pelunturan ini
mengancam kemandirian yang sangat sensitif terhadap perubahan suhu. Proses ini
menyingkirkan alga yang tumbuh secara simbiotik padanya Kehilangan alga secara beransur-
ansur akan menyebabkan karang mati.

Kerosakan dan risiko terhadap terumbu karang sedunia adalah besar dan makin
meruncing, manakala usaha pemuliharaan pula terlampau kecil. Namun begitu, ahli sains
menyedari bahawa dalam ekosistem karang, satu bahagian kecilnya boleh menghasilkan larva
yang banyak. Oleh sebab itu, tumpuan yang serius dan cekap terhadap zon ini boleh
mengubah keadaan secara positif dan ketara Jika perubahan ini boleh mengembalikan
keadaan semula jadi ekosistem karang, kemantapannya dalam penjanaan hasil sosial dan
ekonomi yang pemah dijananya secara global sebelum ini dapat dipacu semula.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Dewan Kosmik, Bil. 7 2018 )


2

21 Mengapakah kadar kepupusan karang semakin meningkat? [4]

22 Jelaskan proses yang menyebabkan kemerosotan populasi karang. [6]

23 Pad.a pandangan anda, apakah peranan yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk
memelihara ekosistem marin. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah
perkataan. [20]

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B

21 Sebab kepupusan karang [4]


- pembangunan di kawasan pantai [1]
- penangkapan ikan yang melampaui batas [1]
- pencemaran/ pencemaran laut [ 1]
- pemanasan permukaan laut [1]

22 Proses kemerosotan populasi karang [6]


- Perubahan suhu yang menyebabkan pemanasan bumi [1] mengancam kemandirian
karang. [1]
- Hal ini menyebabkan proses pelunturan berlaku.[1] Proses tersebut menyingkirkan
alga yang tumbuh secara simbiotik pad.a karang.[1]
- Kehilangan alga secara beransur-ansur [1] menyebabkan karang mati [1]

23 Peranan masyarakat untuk memelihara ekosistem marin.

IS 1 - Menyokong atau menyertai program kesedaran marin


Contoh : Y g dilakukan oleh NGO di Pulau Redang

IS2 - Menjaga kebersihan di sekitar hidupan marin/laut/pantai


Contoh : Tidak membuang sampah seperti plastik/pembungkus makanan

IS3 - Menanam pokok di sekitar tempat tinggal


Contoh : penanaman pokok bakau untuk mengurangkan pemanasan global

IS4 - Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan marin:.


Contoh : Tidak menggunakan pukat harimau/bom untuk menangkap ikan

ISS - Menjaga flora dan fauna di sekitar pantai


Contoh : Tidak melakukan aktiviti yang memberikan kesan kepada flora dan
fauna di sekitar pantai

IS6 - Menjaga kelestarian laut


Contoh : Tidak mengambil karang sesuka hati ketika aktiviti snorkeling
3

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN C

Bahagian C [50 markah]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah.

24 Kebelakangan ini, produk tiruan 5emakin banyak dijual di negara kita dan hal ini
membimbangkan semua pihak. Apakah punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesan yang akan
dialami oleh orang ramai dan negara kita?

Pendahuluan

• Produk tiruan dalam pasaran semakin banyak dijual pada hari ini.
• Barangan berjenama sering ditiru dan produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan
• Produk itu terdiri daripada pelbagai barangan pengguna seperti pakaian, alat ganti kenderaan,
makanan, ubat-ubatan, aksesori lelaki dan wanita, dan sebagainya.
• Terdapat banyak faktor barangan tiruan ini terus dijual di negara ini.
• Penjualan produk tiruan meninggalkan kesan yang buruk kepada orang ramai dan kepada
negara.

Isi : Punca produk tiruan banyak dijual di negara ini.

IS 1: Sikap buruk orang ramai terhadap barangan berjenama

• Ingin bergaya walaupun tidak berkemampuan


• Mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama menaikkan prestij mereka
• Mementingkan kuantiti daripada kualiti sesuatu barangan
• Orang ramai jahil tentang produk asli iaitu mereka tidak dapat membezakan barangan
tulen dengan barangan palsu.

IS 2 : Penguatkuasaan undang-undang yang longgar

• Hukuman yang ringan, tidak menakutkan penjual produk tiruan dan pembeli /orang ramai
• Kakitangan tidak mencukupi (JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), KPDNHEP, PDRM,
dan lain-lain).
• Sesetengah kakitangan penguatkuasaan di sempadan atau di pintu masuk negara ini
mengambil rasuah
• Sesetengan pegawai penguatkuasaan bertugas sambil lewa dan bertindak berdasarkan laporan

IS 3 : Sikap sesetengah peniaga yang tamak.

• Ingin mengaut keuntungan yang banyak


• Meletakkan label palsu pada produk tiruan.
• Mencampur-aduk barangan tulen bersama dengan barangan asli
• Membuat iklan palsu dan promosi tidak benar
4

IS 4 : Keadaan geografi negara kita yang luas dan bersempadan dengan negara-negara
lain
• Negara kita boleh dimasuki melalui jalan darat, jalan udara, dan jalan air.
• Sistem pengangkutan pada masa ini semakin canggih dan pantas
• Wujud banyakjalan tikus
• Rondaan adalah sukar dan kurang dijalankan

IS 5 : Barangan tiruan murah dan mudah diperoleh

• Harga yang ditawarkan adalah separuh daripada harga barangan tulen


• Boleh dibeli melalui perniagaan dalam talian
• Banyak pilihan dan banyak dijual di pasar-pasar malam
• Banyak diklankan dalam media sosial dan banyak tawaran menarik

IS 6 : Kesedaran orang ramai yang rendah terhadap ilmu kepenggunaan dan harta intelek

• Menganggap bahawa membeli dan menjual barangan tiruan bukanlah satu kesalahan yang
besar
• Menganggap hak cipta sesuatu produk tidak penting
• Mementingkan kuantiti daripada kualiti

Kesan kepada masyarakat dan negara.

IS 7 : Menjejaskan kesihatan I mengancam keselamatan rakyat

• Produk makanan tiruan boleh menyebabkan penyakit kronik (tinggi kandungan gula, garam,
bahan pewarna, pengawet, dan lain-lain)
• Produk tiruan seperti ubat-ubat boleh menyebabkan organ manusia rosak dan kematian
• Alat ganti tiruan terutamanya alat ganti kenderaan boleh menyebabkan kemalangan dan
kecederaan

IS 8 : Merugikan pengguna I orang ramai

• Pengguna tidak mendapat jaminan sesuatu produk dari segi kualaiti


• Pengguna tidak boleh membuat tuntutan apabila berlaku kerosakan
• Pengguna akan menanggung sendiri kos pembaikian

IS 9 : Peniaga barangan tulen akan mengalami kerugian

• Barangan tulen tiada sambutan


• Peniaga menanggung kos yang tinggi seperti pengiklanan, penyimpanan, penghantaran, dan
sebagainya
• Menanggung kerugian yang besar akhimya kedai terpaksa ditutup
5

IS 10 : Mencemarkan imej negara

• Kerajaan dianggap lemah kerana gagal membendung produk tiruan


• Pegawai penguat kuasa dituduh mengamalkan rasuah
• Pelabur asing enggan melabur di negara ini kerana takut mengalami kerugian
• Negara dianggap lubuk barangan tiruan
• Barangan buatan Malaysia yang asli terpalit sama dan akan dianggap tidak berkualiti

IS 11 : Menjejaskan pendapatan negara

• Kutipan cukai jualan barangan asli akan berkurangan


• Penyeludupan meningkat menyebabkan barangan asli tidak mendapat sambutan
• Pihak kerajaan menanggung kos operasi penguatkuasaan undang-undang

Penutup

• Kemasukan produk tiruan disebabkan oleh beberapa faktor, namun penguatkuasaan yang
longgar dianggap sebagai punca utama.
• Sebenarnya, penggunaan produk tiruan boleh mengancam nyawa orang ramai dan
menjejaskan reputasi negara.
• Langkah pengawalannya perlu dilakukan dengan segera.
• Semua pihak perlu berkerjasama untuk menyelesaikan kemelut ini.

25 Gejala buli dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin meningkat dan hal ini dikatakan
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan
tersebut?

Pendahuluan

• Aktiviti buli yang dilakukan oleh golongan pelajar kerap dilaporkan melalui media massa
• Antara aktiviti buli yang dilakukan oleh golongan pelajar seperti buli fizikal contohnya
memukul, menendang, menampar, dan sebagainya, manakala buli mental seperti memanggil
seseorang dengan gelaran buruk, lucah, memulau, dan sebagainya.
• Sesetengan kegiatan negatif ini dilakukan secara berkumpulan.
• Gejala ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
• Namun begitu, terdapat punca-punca lain yang menyebabkan golongan remaja terlibat dalam
aktiviti buli.

IS 1 : Pengaruh rakan sebaya

• Mengikut rakan supaya diterima di dalam sesuatu kumpulan


• Dipaksa sebagai syarat untuk menjadi ahli kumpulan samseng
• Mulanya untuk mencuba kemudian aktiviti buli menimbulkan keseronokan
6

IS 2: Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

• Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan anak-anak menjadi liar
• Ibu tidak memberikan didikan agama
• Ibu bapa yang berpisah

IS 3 : Pengaruh media massa

• Mempromosi banyak cerita yang berunsurkan keganasan dan samsengjalanan


• Menjadi ikutan golongan remaja
• Menganggap aktiviti buli sebagai amalan biasa pelajar pada masa hari ini.

IS 4 : Persekitaran tempat tinggal remaja yang tidak kondusif

• Rumah yang kecil menyebabkan mereka berasa tidak selesa berada di rumah
• Kawasan setinggan yang banyak amalan negatif; mempengaruhi pergaulan anak-anak
• Persekitaran mereka yang penuh dengan aktiviti negatif seperti pergaduhan, pelacuran,
perjudian, dadah dan lain-lain lagi

IS 5 : Kelemahan pihak sekolah dalam mengawal gejala buli

• Peraturan sekolah yang longgar


• Guru-guru terikat dengan pelbagai peraturan
• Guru-guru takut sekiranya harta benda dan nyawa mereka diancam jika mereka mengambil
tindakan
• Murid-murid takut untuk melaporkan kegiatan buli kerana mereka takut akan dipulau dan
dipukul

Kesimpulan

• Gejala buli dalam kalangan pelajar semakin berleluasa dan hal ini perlu dibendung.
• Jika pelajar disabitkan dengan kesalahan membuli pelajar yang lain, masa depan mereka akan
musnah.
• Sesetengah aktiviti buli boleh menyebabkan kecederaan kekal atau nyawa pelajar itu
me layang.
• Pelajar perlu bijak memilih rakan kerana rakan yang baik akan membimbing mereka ke arah
hidup yang lebih baik, begitulah sebaliknya.
• Ibu bapa dan anggota masyarakat perlulah mendidik dan membimbing anak-anak remaja
supaya mereka menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.
7

26 Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IK.S) banyak memberikan kesan positif terhadap
kehidupan masyarakat yang tinggal di bandar dan di luar bandar. Huraikan kesan-kesan positif yang
dimaksudkan.

Pendahuluan

• Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermaksud perusahaan perkilangan atau syarikat yang
menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan.
• Modal pusingan tidak melebihi RM25 juta ringgait dan menggaji kakitangan sepenuh masa
tidak melebihi 150 orang.
• Antara contoh kegiatan IKS ialah perusahaan yang berasaskan sumber, logam, plastik,
komponen automatif, elektrik dan elektronik, serta industri yang berkaitan pemprosesan
makanan.
• Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) banyak mernberikan kesan positifterhadap
kehidupan rnasyarakat yang tinggal di bandar dan di luar bandar.

IS 1. Menyediakan peluang pekerjaan

• Kaurn wanita I ibu tunggal di desa bekerja untuk menyediakan bahan untuk perusahaan
rnenghasilkan produk rnakanan, kraftangan, dan lain-lain lagi
• Belia di kampung yang rnenganggur bekerja di kilang IKS
• Golongan siswazah yang rnenganggur boleh rnernulakan perusahaan secara kecil-kecilan

IS 2. Meningkatkan sektor hiliran seperti pertanian dan perikanan

• Mernajukan aktiviti pertanian rnakanan sebagai surnber untuk rnenghasilkan produk rnakanan
• Menggalakkan kegiatan perikanan untuk produk rnakanan laut
• Memajukan penerokaan basil perhutanan untuk industri kraf tangan

IS 3. Memaksimumkan penggunaan bahan mentah tempatan

• Industri kraf tangan daripada sumber hutan seperti kayu, rotan, buluh, rnengkuang, dan
sebagainya
• Industri pemprosesan makanan laut seperti ikan, sotong, siput, dan sebagainya
• Industri automatif dan industri elektronik menggunakan bahan mineral seperti bijih timah,
bijih besi, bauksit, silika, dan sebagainya

IS 4. Mengurangkan import negara

• Mengurangkan pergantungan kepada barangan import tertentu


• Menghasilkan barangan tempatan yang bermutu
• Mengurangkan pengaliran wang keluar negara

IS 5. Meningkatkan sektor pelancongan

• Meningkatkan sektor pelancongan domestik seperti industri batik dan songket di Terengganu,
Industri makanan laut di Sabah, industri kraf tangan di Perak
• Meningkatkan kehadiran pelancong asing untuk membeli produk IKS
8

IS 6. Memenuhi pasaran tempatan

• Produk makanan seperti sos, budu, belacan, kerepek, keropok, dan sebagainya
• Industri automatif seperti penghasilan alat ganti kenderaan dan eksesori kenderaan
• Barangan kraf tangan seperti bakul, perabot, ukiran, dan sebagainya

IS 7. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R & D), kreativiti I penghasilan produk


baharu

• Produk makanan yang tahan lama disimpan (untuk tujuan eksport)


• Inovasi dalam cara pembungkusan, pelabelan, dan hiasan
• Strategi pemasaran seperti menggunakan aplikasi media sosial I pemasaran dalam talian

IS 8. Menaikkan imej negara

• Mengharumkan nama negara di luar negara seperti penghasilan produk kraf tangan iaitu batik
dan songket telah digunakan dalam fesyen antarabangsa
• Menaikkan nama IKS automatif tempatan seperti penghasilan eksesori kenderaan buatan luar
negara

Penutup

• IKS di negara Malaysia semakin maju dan berkembang


• Banyak inovasi baharu direka untuk produk IKS
• Faedah IKS yang paling besar ialah mewujudkan peluang pekejaan dalam kalangan penduduk
di luar bandar dan di bandar
• Agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD),
Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah , MOSTI, dan lain-lain perlu agresif untuk
melahirkan pengusaha IKS yang berjaya
• Insentif dan geran bantuan boleh diberi kepada pemaju IKS yang cemerlang

Anda mungkin juga menyukai