Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A [20 markah]

1 Yang manakah padanan yang betul bagi cabang bahasa dan contoh bahasa dalam rumpun bahasa
Austronesia?

Cabang bahasa Contoh bahasa


A Polinesia Tahiti, Tonga dan Karolina
B Melanesia New Guinea, Bali dan Jawa
C Nusantara Sulu, Lubu dan Sumbawa
D Mikronesia Bisaya, Maori dan Gilbert

2 Pernyataan yang berikut benar tentang batu-batu bersurat di Sumatera kecuali

I Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 683M menggunakan tulisan Palava.
II Batu Bersurat Karang Brahi menceritakan kemaraan angkatan tentera Sriwijaya yang
melalui jalan laut dan jalan darat.
III Batu Bersurat Karang Brahi mempunyai kandungan yang lebih kurang sama dengan
Batu Bersurat Kota Kapur.
IV Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai di kaki Bukit Seguntang.

A I dan II C. II dan IV
B I dan III D. III dan IV

3 Yang manakah pernyataan yang benar tentang ciri-ciri bahasa Melayu kuno ?

A Tiada bunyi vokal e-taling


B Konsonan /n/ menjadi /ɳ/ dalam bahasa Melayu moden
C Konsonan /v/ menjadi konsonan /b/ dalam bahasa Melayu moden
D Terdapat bunyi konsonan yang dihasilkan dan dieja dengan aspirasi atau hembusan

4.
Adapun Sang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai, dan rakyat pergi berburu. Maka terlalulah
banyak beroleh perburuan. Hatta maka lalu seekor rusa di hadapan Sang Nila Utama, maka ditikam
baginda sekali lagi, kena rusuknya, terus lalu mati. Maka Sang Nila Utama datang pada suatu batu, terlalu
besar dengan tingginya, maka baginda naik ke atas batu itu memandang ke seberang. Pasirnya terlalu
putih seperti kain terhampar. Maka baginda pun bertanya pada Indera Bupala , “Pasir yang kelihatan
itu tanah mana?” Maka sembah Indera Bupala, “Itulah ujung tanah besar, Temasik namanya.” Maka titah
Sang Nila Utama, “Mari kita pergi ke sana.”
(Disesuaikan daripada Sejarah Melayu)

Petikan di atas memperlihatkan ciri bahasa Melayu klasik yang berikut kecuali penggunaan

A ayat pasif C. kata pangkal ayat


B ayat songsang D. kosa kata Bahasa istana
3

5 P
Bahasa Melayu Klasik
Q

Banyak menggunakan bahasa dalam

Yang manakah yang boleh ditempatkan pada P dan Q?

P Q
A Banyak meminjam kosa kata bahasa Arab Bahasa yang digunakan antara abad
ke -14 hingga awal abad ke-20.
B Menggunakan tulisan Palava Bahasa yang digunakan pada batu bersurat
Talang Tuwo
C Antara kosa katanya ialah dhuka dan tathapi Ayatnya meleret-leret
D Ada unsur pengaruh bahasa Inggeris Menggunakan tulisan Kawi dan Rencong

6.

Yang manakah aktiviti perancangan dan pembinaan bahasa yang dilakukan pada X?
A Menilai penerimaan pengguna bahasa
B Menyebarluaskan penggunaan korpus
C Menambahkan korpus bahasa
D Mengumpul data

7. Yang manakah susunan yang betul tentang perkembangan sistem ejaan Rumi yang digunakan di Malaysia ?
I Ejaan Za’ba
II Ejaan Rumi Kongres
III Sistem Ejaan Fajar Asia
IV Sistem Ejaan Wilkinson
A I, III, II dan IV C. III, II, IV dan I
B II, I, IV dan III D. IV, I, III dan II
8.
Bahasa sumber Contoh perkataan
I Tamil P lobak
II Portugis Q apam
III Cina R nanas
IV Parsi S garam

Yang manakah padanan yang betul antara bahasa sumber dengan contoh perkataannya?

I II III IV
A R Q S P
B S P Q R
C Q R P S
D P S R Q

9 Yang manakah padanan keterangan yang betul tentang titik artikulasi dan artikulator?

Titik artikulasi Artikulator


I Tempat berlakunya sekatan udara Hujung lidah ialah artikulator yang paling aktif
II Alat pertuturan yang tidak digerakkan Berfungsi menentukan bunyi bersuara dan bunyi
tidak bersuara
III Antara contohnya ialah gigi Alat pertuturan yang boleh digerakkan
IV Menjadi ruang laluan udara Alat pertuturan yang menghalang laluan udara

A I dan II C. II dan IV
B I dan III D. III dan IV

10 Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

Yang berikut ialah vokal yang terdapat dalam peribahasa di atas kecuali

A vokal depan luas C. vokal belakang sempit


B vokal depan sempit D. vokal belakang separuh sempit

11 Vokal depan luas disebut dahulu, kemudian diikuti oleh bunyi vokal belakang sempit
Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi seperti yang dinyatakan di
atas?

A Pantul, status C. Lentuk, sanjung


B Mandi, lintah D. Cangkul, pangsa
12.

P S
R

Q
Rajah Kedudukan Vokal

I - [ selaɁ] II
- [ rƏndaŋ ]

Berdasarkan rajah di atas, vokal pada suku kata pertama dalam perkataan I dan II ialah vokal yang
ditandai oleh
A P dan Q C. Q dan S
B P dan R D. R dan S

13 X - Pelaut
Y - Biawak

Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat pada perkataan X dan Y?

X Y
A Glotalisasi Palatalisasi
B Labialisasi Nasalisasi
C Labialisasi Palatalisasi
D Nasalisasi Glotalisasi

14  Hujung lidah dinaikkan ke gusi


 Lelangit lembut diturunkan
 Udara dari paru-paru terus keluar melalui rongga hidung
 Pita suara bergetar

Konsonan yang terhasil dengan cara di atas terdapat pada perkataan


I sangka
II tingkap
III nangka
IV menang
A I dan II C. II dan III
B I dan IV D. III dan IV
15. Daerah Sebutan
Cara Sebutan Bibir Lelangit Lelangit
keras Lembut
Letupan tak bersuara 1 4
Letusan bersuara 2
Letusan tak bersuara 3

Berdasarkan carta konsonan di atas, konsonan yang terdapat pada perkataan /jatuh/
terletak pada ruangan yang bertanda

A 1 C. 3
B 2 D. 4

16 Yang manakah padanan yang betul bagi contoh perkataan yang mempunyai konsonan rangkap dan
digraf?

Konsonan rangkap Digraf


A Syarikat Kompleks
B Krew Kritik
C Plan Naskhah
D Nganga Syampu

17.
Tujuh peria bermain tombak,
Dua tombak diikat rantai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

Yang manakah perkataan yang mengandungi diftong dalam pantun di atas?

A Rantai, kalau
B Bermain, peria
C Pantai, peria
D Dua, kalau

18. Yang manakah perkataan yang mempunyai suku kata praakhir tertutup dan suku kata akhir tertutup?

I Ilmiah
II Lengkuas
III Kelompok
IV Sumbangsih

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
19. Khabar gembira dari kampungnya sudah tidak bermakna lagi.

Yang manakah transkripsi fonetik yang keseluruhannya betul bagi ayat di atas?
A [xabar gembira dari kampuƞƞa sudah tidak bərmaʔna lagi]
B [xabar gəmbira dari kampuƞƞa sudah tidaʔ bərmaʔna lagi]
C [ðabar gəmbira dari kampuƞƞa sudah tidaʔ bərmakna lagi]
D [ðabar gembira dari kampuƞƞa sudah tidak bərmakna lagi]

20 Yang manakah ayat yang menggunakan tanda baca yang betul?


A Terdapat tiga warna pada air minuman tiga rasa itu, putih, coklat dan krim.
B Motto mereka ialah SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.
C Mohd Khir bin Kassim, M.A., Ph.D. (U.K.)
D Program in-situ dapat mengurangkan kos.

Bahagian B [30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

“Andai ibu tiada, peliharalah dusun pusaka ini. Ini tanah pembelian ayah. Tanah ini subur dengan aneka pohon.
Pohon buah-buahan tumbuh membesar dari tahun ke tahun. Ibu bimbang ada cucu dan cicit ibu tidak dapat
merasai keenakan buah-buahan tempatan yang masak ranum di celah dahan,” pesan ibu.

Kami adik-beradik yang berada di sekeliling ibu hanya mendengar setiap bait kata ibu.
“Imran, Ilham, Izrina, dan Iznisa perlulah hindari perasaan hasad dengki dalam diri. Perasaan negatif itu boleh
memusnahkan hubungan kekeluargaan. Peliharalah keharmonian dan kestabilan hubungan keluarga kita.
Bersatu padulah. Ibu tidak mahu ada dalam kalangan kita yang menjadi dalang dan menghasut ahli keluarga
dengan menggunakan tipu muslihat. Pastikan fikiran dan nurani kita tidak dijajah.” Tambah ibu.

Mulut kami terlopong. Tiada kata-kata. Hairan. “Fikiran dijajah?” tanya Iznisa.

Wajah ibu yang kekal anggun jelita pada usia 56 tahun kami renungi. “Akal, hati dan jiwa ialah anugerah
Tuhan. Isikanlah akal, hati dan jiwa kita dengan jati diri yang mulia dan budi yang tinggi. Berakhlaklah
dengan luhur, beramallah dengan rukun kebaikan, dan bertuturlah dengan bahasa yang santun. Jika kamu
berbuat begitu, nescaya kamu terhindar daripada penjajahan fikiran,” jelas ibu.

Saat keluarga kami menjalani rukun kehidupan seharian dengan sifat saling memahami dan bertolak ansur,
terdengar bisik halus di telinga ibu tentang khabar yang tidak enak. Kami sekeluarga hidup dengan penuh
pancaroba sejak kematian ayah. Ada segelintir ipar duai cuba mempertikaikan cara ibu memiliki dusun pusaka
itu. Mereka kata, ibu memalsukan dokumen, tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Ibu haloba.
Sebenarnya, pada wajah mereka, ada agenda yang tersembunyi. Ibu tidak melatah. Ketika tuduhan tersebar,
ibu sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk. Dulu, ibu pernah berhadapan dengan kemelut paling sukar.
Berlinangan air matanya kerana terpaksa melepaskan tanah lain peninggalan ayah yang paling berharga di
bahagian selatan. Ibu tiada pilihan.
“Sebagai ibu kandung dan ketua keluarga, ibu hanya mahu kamu melihat cabaran pada masa depan. Ada
musuh dan petualang di sekeliling kita yang cuba memusnahkan keutuhan hubungan keluarga kita. Sejarah
tentang kehilangan tanah pusaka di bahagian selatan seharusnya menjadi iktibar kepada kamu adik beradik,
dan yang pasti, ibu tak mahu tanah pusaka yang ada ini menerima nasib yang sama.” Wajah ibu tenang.

(Disesuaikan daripada Hikayat Pesan Ibu, Mingguan Malaysia 27 Ogos 2017)

21 Berdasarkan petikan berkenaan, jelaskan maksud frasa.

(i) ... menjadi dalang.... (baris 9 - 10) [2]


(ii) ... berhadapan dengan kemelut paling sukar... (baris 25) [2]

22 Mengapakah ibu meminta anak-anaknya menjaga tanah pusaka? [3]

23 Apakah petua yang diberikan ibu agar anak-anak dapat mengelakkan diri daripada penjajahan
fikiran? [3]

24 “Sebagai ibu kandung dan ketua keluarga, ibu hanya mahu kamu melihat cabaran pada masa depan.”
(Baris 27 – 28)

Setiap manusia, termasuklah pelajar pasti menghadapi cabaran dalam kehidupan. Sebagai pelajar,
bincangkan cara yang dapat anda lakukan untuk mengatasi cabaran dalam aspek pembelajaran di sekolah.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.
[20]
1
Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan
Bahasa Melayu (910/1) P1 2018
Negeri Selangor

Bahagian A:
1 C 11 A
2 B 12 B
3 D 13 C
4 B 14 D
5 A 15 B
6 A 16 C
7 D 17 A
8 C 18 D
9 B 19 B
10 D 20 C

Bahagian B
21 Berdasarkan petikan berkenaan, jelaskan maksud frasa.
Skema jawapan

(i) ... menjadi dalang.... (baris 9 - 10) [2]


- menjadi orang/pihak yang mengatur agenda/ tindakan [1] secara sembunyi/ rahsia [1]

(ii) ... berhadapan dengan kemelut paling sukar... (baris 25) [2]
- menghadapi masalah/ keadaan/ krisis [1] yang amat menyusahkan kehidupan [1]

22 Mengapakah ibu meminta anak-anaknya menjaga tanah pusaka? [3]


Skema jawapan – setiap isi= 1m. Terima mana-mana 3 jawapan.
 Tanah subur dengan aneka pohon
 Tanah itu pembelian ayah
 Pohon buah-buahan tumbuh membesar seetiap tahun.
 Ibu bimbang ada cucu dan cicit ibu tidak dapat merasai keenakan buah-buahan
tempatan yang masak ranum di celah dahan

23 Apakah petua yang diberikan ibu agar anak-anak dapat mengelakkan diri daripada penjajahan [3]
fikiran?
Skema jawapan – setiap isi= 1m. Terima mana-mana 3 jawapan.
 Isikanlah akal, hati dan jiwa kita dengan jati diri yang mulia dan budi yang tinggi.
 Berakhlaklah dengan luhur
 Beramallah dengan rukun kebaikan, dan
 Bertuturlah dengan bahasa yang santun.

24 “Sebagai ibu kandung dan ketua keluarga, ibu hanya mahu kamu melihat cabaran pada masa
depan. (Baris 27 – 28)

Setiap manusia, termasuklah pelajar pasti menghadapi cabaran dalam kehidupan. Sebagai pelajar,
bincangkan cara yang dapat anda lakukan untuk mengatasi cabaran dalam aspek pembelajaran di sekolah.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. ]

Percubaan 910/1/2018
Skema jawapan soalan 24
Setiap manusia, termasuklah pelajar pasti menghadapi cabaran dalam kehidupan. Sebagai pelajar,
bincangkan cara yang dapat anda lakukan untuk mengatasi cabaran dalam aspek pembelajaran di
sekolah.
IU 1 : Membaca bahan bacaan tambahan
HIU : agar tidak dipandang sebagai pelajar yang cetek ilmu

C : Majalah ilmiah, seperti Dewan Masyarakat dan Dewan Ekonomi

HC : untuk mengetahui isu semasa, sama ada isu di dalam negara atau di luar negara

IU 2 : Membentuk kumpulan belajar


HIU : untuk mengulang kaji pelajaran, terutama topik yang kurang difahami

C : Kumpulan rakan sekelas antara tiga hingga empat orang

HC : yang ada kepakaran dalam mata pelajaran yang berbeza

IU 3 : Mengehadkan penggunaan media sosial


HIU : kerana media ini boleh melalaikan diri/ membazirkan masa dan wang pelajar

C : Facebook, Instagram dan Wechat

HC : dilayari pada hujung minggu atau pada masa senggang sahaja/digunakan untuk mencaari
bahan pelajaran
IU 4 : Membincangkan masalah pembelajaran dengan ibu bapa
HIU : agar ibu bapa memahami kesulitan dalam pembelajaran dan membantu pelajar
menyelesaikan masalah

C : Masalah kekurangan bahan rujukan/ buku tambahan perlu diatasi/ dibeli

HC : untuk memastikan maklumat yang banyak diperoleh/ agar ibu bapa tidak menganggap
pelajar membazirkan wang
IU 5 : Mendapatkan bantuan guru yang mengajar/ guru tuisyen
HIU : Bagi mengurangkan ketidakfahaman tentang ssesuatu topik pembelajaran

C : Bertanya dengan guru dan meminta penerangan lebih lanjut

HC : agar dapat memantapkan pemahaman/ menghindari kebuntuan dalam pembelajaran


IU 6 : Menggunakan pelbagai teknik belajar/ teknik mencatat nota ulang kaji
HIU : agar pembelajaran/ ulang kaji lebih menarik dan tidak membosankan

C : Penggunaan peta minda, kad imbasan dan sebagainya

HC : boleh memudahkan pembelajaran topik yang sukar

Anda mungkin juga menyukai