Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1.
Subkeluarga bahasa Contoh bahasa
I Balantak, Bobongko P Ambon Timur
II Milano, Ot-Danum Q Landawe, Mapute
III Bungku-Laki R Kalimantan
IV Helo Rote, Kisar S Loinan

I II III IV
A S R Q P
B R Q P S
C S R Q P
D P S R Q

2.
 Bukti terawal tentang penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan.
 Ditulis dengan tulisan Palava

Yang manakah batu bersurat yang menepati maklumat di atas?

A Batu bersurat di Gandasuli


B Batu bersurat di Kota Kapur
C Batu bersurat di Talang Tuwo
D Batu bersurat di Kedukan Bukit

3. Yang manakah benar tentang struktur ayat bahasa Melayu Klasik?


I Banyak menggunakan kata sendi.
II Banyak menggunakan ayat songsang
III Banyak menggunakan ragam ayat pasif
IV Banyak menggunakan kata kerja transitif
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

4. Yang berikut ialah karya yang dihasilkan oleh R.0. Winstedt kecuali
A Malay Grammar
B An Abridged Malay English Dictionary
C A Practical Modern Malay-English Dictionary
D Colloquail Malay: A Simple Grammmar with Conversations

5.
 Perancangan
 X
 Pemasyarakatan
 Penilaian
Yang manakah aktiviti yang berkaitan dengan X?
A Pengekodan
B Mengumpulkan data
C Membaiki kelemahan
D Penerapan korpus-korpus bahasa

6.
Institusi Sumbangan
I Institut Bahasa P Perjuangan mengembangkan sastera
dan bahasa Melayu dan menjalankan
penyelidikan sastera dan bahasa
II Persatuan Penulis Nasional Q Program perguruan
III Badan Bertindak Bahasa R Mengembangkan bidang bahasa,
Kebangsaan sastera sesuai dengan kepentingan
masyarakat.
IV Persekutuan Bahasa Melayu S Menjaga kesucian dan kedaulatan
Universiti Malaya bahasa

Yang manakah padanan yang betul antara institusi dengan sumbangannya dalam perkembangan
bahasa Melayu moden?

I II III IV
A S R Q P
B Q R S P
C S R Q P
D P S R Q

7.
P - kamar
Q - jendela
R - keledai
S - trompet

Apakah bahasa sumber bagi P, Q, R dan S?

P Q R S
A Jawa Portugis Sunda Inggeris
B Banjar Belanda Parsi Portugis
C Belanda Portugis Tamil Parsi
D Portugis Sanskrit Belanda Sunda

8.
P Menepati pola keselarasan vokal
Q Tidak menepati pola keselarasan vokal

Yang manakah pasangan perkataan yang ejaan kedua-duanya menepati P dan Q?

P Q
A Ketitir, setem Ketereh, tulen
B Oktober, serong Lingkung, petroleum
C Kelodak, rudum Panel, jempol
D Belut, londeh Selulit, lingkung
9. Yang manakah pernyataan yang menepati konsep alofon?
A Kajian tentang fon atau bunyi bahasa.
B Kajian tentang system bunyi sesuatu bahasa.
C Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ pertuturan.
D Kelainan sesuatu fonem yang wujud disebabkan kehadirannya dalam lingkungan tertentu.

10. Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan penentuan bunyi sengau dan bukan sengau?
A Kedudukan lidah
B Cara pelepasan udara
C Kedudukan lelangit lembut
D Pita suara bergetar atau tidak

11. Pasangan perkataan yang berikut mengandungi konsonan rangkap kecuali


A plastik, stres
B struktur, skru
C strategi, ekstrem
D kuprum, kompleks

12. Yang manakah kumpulan kata yang semua suku kata praakhirnya mengandungi bunyi vokal
belakang sempit
A kemuka, seluar, kemudi
B hadiah, kemudian, pandai
C merapu, kelabu, semambu
D komponen, kelopak, kelodak

13.
 Bahagian belakang lidah dinaikkan dua pertiga dai kedudukan paling bawah.
 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa gangguan.
 Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga hidung.
 Bibir dalam keadaan bundar.

Pasangan kata yang mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas ialah
A kutu, unjuran
B selipar, komputer
C motokar, komposit
D kelulut, kemunduran

14. Yang manakah pasangan perkataan yang bukan merupakan pasangan minimal?
A [karuŋ] – [haruŋ]
B [tali] – [tuli]
C [tandan] – [tampan]
D [biliɁ] – [bileɁ]

15. Yang manakah kumpulan bunyi yang terhasil apabila lelangit keras menjadi artikulator?
A [c], [y], [j]
B [y], [w], [h]
C [m], [j], [w]
D [n], [w], [c]
16. Yang manakah pasangan perkataan yang mengalami proses palatalisasi?
A wajib, maaf
B keenakan, kemewahan
C ketiak, keimunan
D membiak, kaitan

17. Yang manakah pernyataan yang benar tentang penghasilan bunyi [w]?
I Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
II Depan dinaikkan ke arah lelangit keras.
III Belakang lidah asalnya dalam keadaan cara penghasilan vokal belakang sempit.
IV Depan lidah pada mulanya dalam keadaan cara penghasilan vokal depan sempit.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

18.
Vokal belakang separuh sempit disebut dahulu, kemudian berlaku geluncuran ke arah vokal
depan sempit.
Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi seperti yang terdapat
dalam maklumat di atas?
A Kaloi, amboi
B Gawai, sesuai
C Aurat, kerbau
D Gilai, mengenai

19. Yang manakah transkripsi yang betul bagi ayat


“Saya akan memanfaatkan peluang yang terjelma”.

A [saya akan mƏmanfaatkan pƏluaŋ yaŋ terjelma]


B [saya akan mƏmanfaɁatkan pƏluaŋ yaŋ terjelma]
C [saya akan mƏmanfaatkan pƏluwaŋ yaŋ terjelma]
D [saya akan mƏmanfaɁatkan pƏluwaŋ yaŋ terjelma]

20. Ayat yang manakah mengandungi kesalahan penggunaan tanda sempang?


A Dengan limpah kurnia-Nya majlis selesai.
B Sukan Komanwel ke-IV diadakan di Malaysia.
C Pada era 60-an masyarakat mula mempunyai kesedaran berpolitik.
D Khidmat dail-terus disediakan di perkampungan Sukan Olimpik di Rio.
BAHAGIAN B [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal dan kereta masing-
masing mencatat lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Kadar kemalangan maut paling
tinggi membabitkan orang muda yang berumur antara 16 hingga 25 tahun.Sementara itu, kajian
Kementerian Pengangkutan mendapati kira-kira 50 peratus pemandu dan penumpang “akan” selamat jika
menggunakan tali pinggang keledar, manakala tali pinggang keledar boleh menyelamatkan antara 25
hingga 75 peratus nyawa, dan kerusi kanak-kanak boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak sehingga 50
peratus.

Persoalannya, masih banyak pemandu yang tidak sedar bahawa mereka terdedah kepada risiko
kemalangan apabila segala peraturan ketika memandu diabaikan. Kebanyakan kemalangan juga berlaku
kerana anak kecil didukung oleh ibu bapa dan tidak diletakkan pada kerusi keselamatan kanak-
kanak.Menurut statistik MIROS, pada tahun 2013, sebanyak 59 orang bayi berusia kurang setahun
meninggal dunia kesan kemalangan di jalan raya.Meskipun Malaysia mempunyai undang-undang yang
ketat mengenai pemakaian tali pinggang keselamatan, iaitu tidak kira bagi pemandu kereta atau
penumpang, tidak banyak pemandu yang peka mengenai kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Sehubungan dengan hal ini, dalam usaha mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan jumlah
kemalangan jalan raya, sikap pemandu perlu dijadikan keutamaan. Pemandu perlu disuntuk dengan sikap
sabar ketika di jalan raya.Tidak ada gunakannya jika kita mampu melahirkan pemandu yang memahami
undang-undang jalanraya, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak mempunyai sikap berhemah
terhadap pemanduan. Mungkin juga sudah tiba masanya kerajaan mengenakan kadar saman yang
maksimum terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas dan hukuman yang lebih berat kepada
pemandu yang mengakibatkan kemalangan, kecederaan dan kematian kepada pengguna jalan raya yang
lain.

Ada juga pihak yang menyarankan agar kehadiran pihak penguat kuasa perlu dilihat dengan jelas di
kebanyakan lebuh raya utama.Hal ini bermaksud kehadiran pihak berkuasa tidak terhad pada musim
perayaan sahaja, tetapi juga pada hari biasa.Kenderaan peronda polis juga perlu lebih kerap membuat
rondaan di lebuh raya bagi memastikan pemandu tidak sewenang-wenangnya menggunakan peraturan
sendiri ketika memandu di jalan raya.

Banyak juga suara yang mahu supaya MIROS dan Jabatan Pengangkutan Jalan segera membuat
kajian untuk mengenal pasti punca sebenar peningkatan jumlah kes kemalangan dan kematian di jalan
raya pada musim perayaan. Kajian yang diharapkan tidaklah hanya terhenti di atas kertas.Sesuatu perlu
dilakukan dengan segera oleh pihak yang berwajib sekurang-kurangnya untuk menyakinkan semua pihak
bahawa peningkatan jumlah kemalangan di negara ini perlu dipandang serius dan jumlah kes kemalangan
serta kematian di jalan raya perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat khusnya pada musim
perayaan.

(Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, September 2015)

21. Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa


(a) …disuntik dengan sikap sabar…(baris 16 - 17 ) [1]
(b) … kehadiran pihak penguat kuasa perlu dilihat dengan jelas …(baris 24 ) [1]

22. Mengapakah penulis menyatakan bahawa masih banyak pemandu yang tidak tidak sedar bahawa
mereka terdedah kepada risiko kemalangan? [4]
23. Apakah kaedah terbaik untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya? [4]

24.
Kadar kemalangan maut paling tinggi membabitkan orang muda yang berumur antara 16
hingga 25 tahun. (Baris1 -2 )

Berikan kesan yang akan timbul jika situasi ini berterusan .Panjang jawapan anda hendaklah tidak
melebihi 150 patah perkataan. [ 20 ]

BAHAGIAN C (50 markah)

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah.

25. Penggunaan bahan plastic, terutamanya beg dan botol plastik dalam kehidupan harian masyarakat
menimbulkan masalah dari segi pelupusannya, dan kesan selanjutnya ialah wujudnya pencemaran alam
sekitar. Kemukakan cadangan anda, bagaimanakah bahan sisa buangan barangan tersebut dapat
dikurangkan. Huraikan.

26. Negara kita menggalakkan rakyatnya agar bergiat aktif dalam bidang sukan. Oleh sebab itu, pelbagai
usaha wajar dilakukan untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan. Huraikan usaha-usaha
yang dimaksudkan itu.

27. Peningkatan kes penyakit berjangkit dikatakan berpunca daripada sikap anggota masyarakat yang tidak
menjaga kebersihan persekitaran. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

- Kertas Soalan Tamat -


Skema Jawapan Bahagian C

Soalan 25
 Pendahuluan
Barangan plastik, khususnya botol dan beg plastik memang banyak kita gunakan
dalam kehidupan seharian. Barangan tersebut merupakan bahan produk petrokimia yang sukar
dilupuskan. Penggunaannya dengan banyak memang mendatangkan masalah, khususnya
masalah alam sekitar.

 Isi-isi penting
1. Mengurangkan pengeluaran dan penggunaannya. Langkah mengenakan bayaran sebanyak 20
sen untuk sehelai beg plastik kepada pembeli barangan, sebagaimana yang dikenakan oleh
pasar raya kini wajar diteruskan. Sekurang-kurangnya, seseorang perlu berfikir dua kali
sebelum menyetujui bayaran tersebut.
2. Menggantikan beg atau bungkusan plastik dengan bahan yang mudah dilupuskan merupakan
langkah yang wajar. Penggunaan pembungkus kertas dan bahan plastik biodegradasi yang lebih
bersifat mesra alam juga merupakan satu langkah yang wajar diperluas.
3. Pengguna harus menggunakan semula sesuatu beg plastik untuk beberapa kali. Ini merupakan
satu langkah penjimatan di samping dapat mengurangkan jumlah penggunaan bahan tersebut.
4. Menukarkan beg plastik yang masih baik dengan barangan, wang atau perkhidmatan juga
perlu. Di luar negara, terdapat usaha menukarkan botol plastik dengan tiket bas, minuman, dan
barangan lain. Langkah ini mengujakan pengguna.
5. Mengitar semula barangan tersebut, sama ada dengan menghasilkan semula produk yang
sama atau produk yang lain perlu dilakukan. Dalam hal ini, ada pihak tertentu yang
menggunakan botol plastik terpakai untuk menghasilkan produk-produk seni yang menarik. Ini
wajar digalakkan.
6. Mengumpulkan barangan plastik secara berasingan dengan bahan buangan yang lain juga satu
usaha yang berkesan. Ini supaya usaha untuk melupuskannya dapat dilakukan dengan lebih
sistematik dan mudah.

 Kesimpulan
Kebanyakan langkah di atas dapat dilakukan oleh masyarakat secara individu. Ini bermakna jika
setiap kita melakukannya, usaha mengatasi masalah ini mempunyai potensi besar untuk berjaya.
Oleh itu, kesedaran harus diwujudkan dan diperluas kepada seluruh penduduk agar kesannya akan
lebih ketara.

Soalan 26
 Pendahuluan
Aktiviti sukan penting kepada setiap anggota masyarakat. Aktiviti sukan banyak mendatangkan
faedah. Banyak jenis aktiviti sukan boleh disertai oleh anak-anak. Terdapat pelbagai usaha yang
dapat dilakukan oleh ibu bapa.

 Isi-isi penting (skop kepada usaha ibu bapa sahaja)


1. Ibu bapa menunjukkan contoh atau teladan kepada anak-anak untuk bersukan – anak-anak
memang selalu mencontohi ibu bapa mereka.
2. Ibu bapa membelikan anal-anak peralatan sukan – anak-anak akan berminat untuk bersukan.
3. Ibu bapa menggalakkan ana-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan secara aktif
sejak kecil lagi – perkara ini akan menjadi kebiasaan.
4. Ibu bapa memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat
latihan – anak-anak akan lebih bermotivasi untuk bersukan.
5. Ibu bapa membeli majalah sukan yang diminati oleh anak-anak – anak-anak akan teruja untuk
menjadi atlet seperti dalam majalah tersebut.
6. Ibu bapa menonton rancangan sukan di televisyen bersama dengan anak-anak – anak-anak
akan mendapat inspirasi atau semangat untuk bersukan.

 Kesimpulan
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bergiat aktif
dalam bidang sukan. Harapannya agar anak-anak aktif bersukan dan dapat melahirkan masyarakat
yang sihat dan cergas.

Soalan 27
 Pendahuluan
Penyakit berjangkit – penyakit yang merebak daripada seorang kepada seorang yang lain. Contoh –
malaria, denggi, taun, AIDS, penyakit kelamin. Disebarkan oleh vector pembawa penyakit – lipas,
nyamuk, tikus, lalat, dan sebagainya. Memang berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak
menjaga kebersihan. Terdapat juga punca-punca lain – turut dibincangkan.

 Isi-isi penting
1. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat persekitaran
tempat tinggal – air bertakung – nyamuk membiak – mengakibatkan demam denggi dan
malaria – kawasan yang kotor dan berbau – membiakkan lalat dan tikus serta haiwan pembawa
penyakit.
2. Sikap masyarakat yang tidak berdisiplin serta mengamalkan seks bebas – merebaknya penyakit
kelamin, seperti cervictis, epididimitis, gonore, dan sebagainya – pengamal homoseksual atau
gay pula akan menyebarkan kuman HIV yang mengakibatkan AIDS
3. Sikap masyarakat yang suka berkongsi barangan peribadi – mengakibatkan merebaknya
penyakit kulit seperti kurap dan panau – penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan –
merebaknya penyakit AIDS.
4. Kecuaian pihak hospital dalam proses pemindahan darah bagi pesakit yang memerlukan –
darah mungkin mengandungi kuman HIV – pesakit akan mengidap AIDS sehingga
mengakibatkan kematian.
5. Tapak pembuangan sampah yang berdekatan dengan kawasan perumahan – akibat kelewatan
Majlis Perbandaran mengambil sampah menyebabkan sampah bertaburan diselongkar oleh
anjing liar – haiwan pembawa penyakit membiak seperti lipas dan tikus aktif di kawasan
sebegitu – masyarakat setempat terdedah kepada kencing tikus.
6. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran gagal memainkan peranan
untuk membangkitkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri dalam kalangan masyarakat
setempat – racun penyembur nyamuk tidak disembur di sesetengah kawasan yang menjadi
tempat pembiakan nyamuk pembawa penyakit.

 Kesimpulan
Sikap masyarakat amat penting untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Amalan kebersihan
menjadi prasyarat utama mengelakkan penyakit berjangkit. Boleh menyebabkan kematian. Harus
dicegah sebelum kita terkena jangkitannya.

Anda mungkin juga menyukai