Anda di halaman 1dari 17

Bahagian A [ 20 markah ]

Jawab semua soalan.

1 Konsep wacana yang manakah yang betul?


A Wacana ialah satu satuan bahasa yang lengkap pada satu ayat.
B Wacana terdiri daripada frasa yang mengandungi perkembangan fikiran untuk
menyampaikan idea.
C Wacana ialah kesatuan fikiran yang disusun secara berturutan melebihi batas ayat.
D Wacana ialah satu satuan bahasa yang terdiri daripada gabungan perkataan yang
membentuk ayat yang lengkap.

2
Pak Rahim dan anaknya, Fadil menanam bayam, petola, dan peria. Mereka
menanam sayur-sayuran itu di kebun mereka.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang ciri kohesi dari aspek leksikal dalam
wacana di atas?
A Kata ganti nama diri orang ketiga iaitu –nya yang merujuk kepada Pak Rahim.
B Perkataan mereka yang merujuk kepada Pak Rahim dan anaknya, Fadil.
C Penggunaan superordinat sayur-sayuran yang menggantikan nama sayur, iaitu
bayam, petola, dan peria.
D Kata ganti nama tunjuk itu yang merujuk kepada nama-nama sayur.

1
3
Jenis Penanda
Wacana Contoh Penggunaan dalam Ayat
I Penanda P Mereka suka merosakkan harta benda awam.
penghubung Sikap negatif itu boleh menyusahkan orang lain.
II Penanda elipsis Q Azmah dan Atikah berasa gembira. Mereka
berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
Malaya.
III Penanda R Dia tersipu. Malu. Tidak mengeluarkan sepatah
penggantian perkataan pun pada majlis itu.
IV Penanda rujukan S MARDI telah memberikan kursus percuma
kepada para petani desa. Selain itu, khidmat
nasihat tentang pertanian turut diberikan.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis penanda wacana dengan contoh
penggunaannya?

I II III IV
A S P R Q
B P Q R S
C S R P Q
D S R Q P

4
I Jambangan bunga itu indah sekali.
II Bunganya ada pelbagai jenis, berwarna-warni, dan keadaannya masih segar.

Hubungan semantik antara ayat I dengan ayat II dalam wacana di atas ialah
A hubungan aditif
B memperkuat isi
C hubungan umum-khusus
D latar dan kesimpulan

2
5 Yang manakah yang paling tepat tentang retorik?
A Ciri khusus penggunaan sesuatu bahasa berdasarkan bidang.
B Kajian tentang perkaitan antara lambang dengan makna.
C Kelainan bahasa disebabkan perbezaan pengunaannya dalam konteks sebenar.
D Seni penggunaan bahasa yang indah, menarik, dan berkesan.

6 Yang manakah pernyataan yang menunjukkan penggunaan retorik pemujukan rasional?


A Cepat, cepat! Berat badan anda akan turun dalam masa seminggu dengan produk Y.
B Istimewa! RM 1500.00 untuk lawatan tiga hari tiga malam memang murah.
C Puan berasa malu kerana muka kusam? Gunakan produk X, pasti putih berseri
serta-merta!
D Produk ini dapat menghapuskan kelemumur dalam masa sepuluh minit!

7
Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di negara kita. Perbuatan menghisap
rokok secara tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya penyakit ini. Cara
pengambilan makanan yang tidak seimbang juga mengundang kepada masalah ini.

Apakah teknik penyampaian idea yang sesuai dengan petikan di atas?


A Deduksi
B Eklektik
C Induksi
D Analogi

8 Konsep variasi bahasa merujuk kepada pernyataan di bawah kecuali


A Kelainan bahasa yang wujud kerana kepelbagaian faktor penggunaannya.
B Perbezaan bahasa kerana faktor kumpulan penutur yang menggunakan sesuatu bahasa.
C Kelainan bahasa kerana kelainan pada gaya pertuturan penutur.
D Perbezaan bahasa kerana kelainan situasi pertuturan.

3
9  Menggunakan bahasa honorifik.
 Menggunakan kiasan pemanis.
 Menggunakan rujukan diri yang sopan.

Apakah variasi bahasa yang menepati pernyatan di atas?


A Bahasa formal
B Bahasa mesra
C Bahasa kasar
D Bahasa halus

10 Yang manakah pernyataan yang benar tentang dialek?


I Dialek daerah ialah perbezaan bahasa berdasarkan faktor geografi.
II Variasi bahasa berdasarkan penggunaannya dinamakan dialek sosial.
III Garis pemisah antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam sesuatu bahasa
dinamakan diaglosia.
IV Kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa yang digunakan mengikut
situasi dinamakan isoglos.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11 Yang manakah padanan yang betul antara variasi bahasa dengan contoh ayatnya?

Variasi bahasa Contoh Ayat


A Kasar Mariam beranakkan kembar di hospital petang semalam.
B Halus Awak jangan marah apabila mendengar kata-katanya tadi.
C Mesra Aina, petang nanti datang ke rumah, ya.
D Formal Ambillah apa-apa saja barang di rumah ini yang kau sukai.

4
12 I Menggunakan bandingan

Ciri Laras Bahasa II Berdasarkan fakta dan kajian

III Banyak menggunakan kata kerja

Yang manakah padanan yang betul antara ciri laras bahasa I , II dan III dengan jenis
laras bahasanya?
I II III
A Sastera Agama Ekonomi
B Iklan Ekonomi Sains
C Resipi Sastera Sukan
D Iklan Sains Resipi
.
13 Pilih ayat yang merupakan laras bahasa agama.
A Kunjungilah galeri kami untuk menuntut hadiah lumayan.
B Buku itu dapat memberikan pengajaran kepada kita.
C Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap pengedar dadah tersebut.
D Berbuat baik dengan hanya sebesar zarah pun mendapat pahala.

14 Rangkai kata yang manakah yang mengandungi makna denotatif dan makna konotatif?
I sayur bayam
II pokok keladi
III nasi tambah
IV tulang kaki
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

5
15

Kereta

P
Almera Honda Toyota Saga

Ruminan

Q
Lembu Kuda Kambing Rusa

Yang manakah yang betul bagi P dan Q?


P Q
A Hiponim Meronim
B Hiponim Hiponim
C Meronim Meronim
D Meronim Hiponim

16 Yang manakah perkataan yang mengalami penyempitan makna?


I Sarjana
II Saudara
III Amal
IV Ustaz
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6
17 “Dulu aku suruh belajar rajin-rajin, tak nak! Sekarang nak kerja apa?

Petikan di atas menunjukkan ragam bahasa


A tempelak
B herdik
C mengejek
D menggiat

18 Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa dengan contoh.

Jenis Peribahasa Contoh


I Kiasan Mat Jenin
II Pepatah Indah khabar dari rupa
III Kata-kata hikmat Bagai tikus membaiki labu
IV Perumpamaan Masa itu emas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

19 Pelajaran menjadi keutamaannya. Dia sentiasa mengulang kaji pelajaran. Dia


mencari peluang untuk bertanya kepada guru tentang masalah dalam pembelajaran
semasa di sekolah. Pada waktu petang, dia banyak menghabiskan masa di
perpustakaan. Memang dia betul-betul berusaha untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Dia bertekad untuk memasuki universiti pada tahun depan.

Situasi di atas menepati maksud peribahasa


A Bagai aur di atas bukit
B Patah tongkat berjermang
C Penyapu diikat sutera
D Fikir itu pelita hati

7
20
Panggilan hormat Orang yang disapa
I Mufti P Tuan
II Kadi Q Al Fadhil
III Ustaz R Sahibul Fadillah
IV Haji S Sahibus Samihah

Pilih padanan yang betul antara panggilan hormat dengan orang yang disapa.

I II III IV
A R P Q S
B Q R S P
C S R Q P
D R S Q P

8
Bahagian B [ 45 markah ]
Jawab semua soalan.

21 Apakah maksud kohesi?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[1]

22 Para penduduk di kawasan setinggan itu telah mengeluarkan pandangan dan pendapat
masing - masing mengenai arahan merobohkan rumah mereka. Namun begitu, semua
pandangan dan pendapat mereka telah ditolak oleh pihak pemaju perumahan.
Akhirnya, mereka diarahkan berpindah dengan segera dalam masa sebulan.

(a) Nyatakan dua jenis penanda penghubung yang terdapat dalam petikan di atas.

(i) ___________________________________________________________[1]

(ii) ___________________________________________________________[1]

(b) Bina satu wacana yang menunjukkan kesinambungan idea dari segi syarat dan
hasil.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
[2]

9
23 Permainan konda-kondi atau dikenali juga sebagai perik mata ialah sejenis permainan
tradisional kanak-kanak di Malaysia. Permainan ini menggunakan dua batang kayu
sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar
0.2 meter juga. Kayu tersebut diletakkan di tengah-tengah lubang secara
melintang.Sebatang kayu lain digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu tadi agar
terpelanting jauh daripada pemain lawan.

(Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu,


ensiklopedia bebas, ms.m.wikipedia.org)

(a) Apakah jenis retorik bagi wacana di atas?

_____________________________________________________________ [1]

(b) Jelaskan sebab anda berpendapat sedemikian?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
[3]

10
24 Nyatakan jenis retorik berdasarkan contoh yang diberi.

Jenis Retorik Contoh


Inilah peluang untuk anda memiliki kereta Proton
pada harga yang paling rendah. Promosi sehingga 31
Julai 2016. Kunjungilah pengedar kereta Proton yang
berhampiran sebelum terlambat dan rebutlah peluang
mendapatkan rebat di musim raya bagi menceriakan
(i)……………………………[1]
keluarga tersayang sementara stok masih ada.
Air di baldi Hilmi kesemuanya sudah penuh, dan kain
bajunya sudah dicuci. Dia mahu keluar. Di luar
terdengar bunyi kereta tolak yang membawa tin-tin
(ii)…………………………. [1] dan baldi-baldi sudah semakin dekat.
Virus Zika adalah sejenis virus yang proses
penularannya melalui media nyamuk Aedes yang
juga merupakan penyebab tersebarnya penyakit
demam berdarah, penyakit kuning, dan penyakit
chikungunya. Dikatakan infeksi virus Zika pada ibu
hamil boleh menyebabkan kecacatan ukuran otak
(iii)………………………… [1] yang kecil pada bayi yang bakal dilahirkan.
Malaysia patut dijadikan negara pertanian. Dengan
cara ini, Malaysia dapat mengurangkan kadar
pengimportan bahan makanan. Pada masa yang sama
kadar pengaliran wang ke luar negara dapat
dikurangkan. Oleh itu, semua pihak perlu
(iv)………………………… [1]
bekerjasama untuk memastikan matlamat tersebut
direalisasikan.

11
25 Nyatakan jenis variasi bahasa di bawah.

Variasi Bahasa Contoh Ayat


P Patik mohon ampun perkenan duli tuanku.
Q Sorrylah, I terlewat sampai. Ada accident kat tengah jalan tadi.
R Ko skodeng sape tu..?
S Itu budak sudah curi saya punya dua ayam.

(a) P - _____________________________________________________________[1]

(b) Q - ____________________________________________________________ [1]

(c) R - ____________________________________________________________ [1]

(d) S - ____________________________________________________________ [1]

26 Nyatakan tiga ciri ideolek:

(i) ______________________________________________________________ [1]

(ii) ______________________________________________________________ [1]

(iii) ______________________________________________________________ [1]

12
Sudahlah! Kita boleh cari sendiri. Harta orang tetap harta orang, manakan boleh
menjadi harta kita.

27 Nyatakan ragam bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.

_____________________________________________________________________[1]

28 Beri satu contoh bagi setiap kiasan di bawah:

Kiasan melompat

[1]

Kiasan Kiasan sandar

[1]

Kiasan pemanis

[1]

13
29  Terdapat istilah-istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris
yang merujuk fasal atau klausa dalam sesuatu akta atau kanun tertentu.
 Bersifat objektif, terperinci, tepat, dan padat.
 Maklumat disampaikan dengan ayat yang panjang.

(a) Apakah laras bahasa yang menepati ciri di atas?

___________________________________________________________________[1]

(b) Bina satu wacana untuk menunjukkan laras sastera.Panjang petikan hendaklah tidak
melebihi 30 patah perkataan.
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[2]

30 Berikan maksud homofon?

__________________________________________________________________ [1]

14
31 Lengkapkan rajah di bawah ini dengan memberikan meronim yang sesuai.

Rumah

[1] [1]

[1] [1]

32 Berdasarkan ungkapan di bawah ini, bina dua ayat yang dapat membezakan makna

denotatif dan makna konotatif ungkapan tersebut.

Duit kopi

(a) Makna denotatif:


_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
[1]

(b) Makna konotatif:

________________________________________________________________

________________________________________________________________
[1]

15
(i) Elok lenggang di tempat datar
(ii) Daun nipah dikatakan daun labu
(iii) Neraca berbatu intan
(iv) Pelita kehabisan minyak

33 Berdasarkan peribahasa (i) hingga (iv) di atas, tuliskan peribahasa tersebut berdasarkan
padanan maksudnya dalam jadual di bawah.

Peribahasa Maksud
[1]
Undang-undang yang sangat adil.

[1]
Bersuka ria harus pada tempatnya atau pada
waktu yang tepat.
[1]
Berwajah muram disebabkan dukacita.

[1]
Kalau segan bertanya, tentu timbul salah
faham.

16
34 (a) Nyatakan panggilan hormat yang sesuai bagi situasi berikut:

(i) Hilmi merupakan anak ketiga dalam keluarganya yang berketurunan Tengku.

___________________________________________________________[1]

(ii) Zainab telah menunaikan haji pada tahun lepas.

___________________________________________________________ [1]

(iii) Salleh telah memegang jawatan pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri


Perak.

___________________________________________________________[1]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan gelaran kurniaan ikhtisas?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
[1]

35 Nyatakan tokoh berdasarkan gelaran di bawah:

(i) Bapa Pembangunan:______________________________________________ [1]

(ii) Bapa Pemodenan:________________________________________________[1]

(iii) Bapa Perpaduan:________________________________________________ [1]

KERTAS SOALAN TAMAT

17

Anda mungkin juga menyukai