Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN SEMASA CUTI SEM 2 JULAI 2021

NAMA :……………………………;……. KELAS : ………………

1. Yang manakah frasa nama yang mengandungi binaan inti + penerang keturunan?

A Budak lelaki
B Pokok kelapa
C Sabun pencuci
D Masyarakat Melayu

2. Yang manakah frasa nama yang mengandungi binaan inti + penerang kegunaan?

A minyak pelincir
B mesin basuh
C pam air
D dapur gas

3. Yang manakah frasa nama yang mengandungi binaan inti + penerang penentu?

A Tiga orang budak lelaki


B Haji Ahmadi
C Kereta ayah
D anak Malaysia

4. Yang manakah frasa nama yang mengandungi binaan inti + penerang kata adjektif?

A sungguh kacak
B minyak wangi
C bilik mandi
D bab kedua

Inti + Penerang nama perkara

5. Pilih frasa nama yang menepati susunan di atas.


A. Sijil persekolahan
B. Sijil Ramli
C. Sijil itu
D. Sijil lama

6. Yang manakah frasa nama yang mengandungi binaan inti + penerang adverba?

A hari esok
B emas tulen
C bilik mesyuarat
D lesen perniagaan

7. Yang manakah ayat yang mengandungi frasa nama dengan binaan ‘inti’ + ‘inti’ dengan maksud
berlawanan?

A Kerusi meja di dalam bilik itu berselerak.


B Pingat emas telah dimenangi oleh pasukan Wira.
C Kedai gunting itu telah ditutup sejak sebulan lalu.
D Kampung halamannya terletak di kawasan pedalaman
 kata bantu + kata kerja aktif + keterangan

8. Ayat yang manakah yang mengandungi binaan frasa di atas?

A Dia sekeluarga masih di Johor Bahru.


B Kakak ingin menjadi usahawan yang berjaya.
C Budak-budak itu sedang tidur di anjung rumah.
D Pelajar itu sedang mengulang kaji pelajarannya

Kata bantu ragam + kata kerja tak transitif + pelengkap

9. Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa di atas?

A Kami sekeluarga masih bercuti di Medan.


B Kumpulan itu masih menari di atas pentas.
C Kakak ingin menjadi usahawan yang berjaya.
D Mereka mesti bertolak sekarang sebelum terlambat.

10
Dia sedang minum di kedai kopi yang terletak di hadapan
rumahnya.

Binaan frasa sendi nama yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

A kata sendi nama + kata nama


B kata sendi nama + kata nama + keterangan
C kata sendi nama + kata nama arah + kata nama
D kata sendi nama + kata nama arah + keterangan

Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan

11. Yang manakah frasa yang menepati binaan di atas?

A dalam perlawanan bola sepak di Stadium Emirates


B pada hujung minggu untuk penduduk desa
C di pangkuan ibunya setiap hari Ahad
D dari selatan Semenanjung Malaysia

12.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja?

A Pelajar itu bijak dalam mata pelajaran Kimia.


B Isteri pembesar itu datang dengan anak perempuannya.
C Persatuan itu mengumpulkan kain cadar, selimut, dan pakaian.
D Rombongan peminangan dari Melaka membawa tujuh dulang barang perhiasan.
.
13.
Maimun tinggal di Alor Gajah,Melaka.

Frasa yang berhuruf condong berfungsi sebagai


A objek
B subjek
C pelengkap
D keterangan

14. Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap?

I Pengemis itu berselimutkan embun.


II Semua orang pulang pada waktu petang.
III Suasana dalam mesyuarat itu menjadi tegang.
IV Mereka asyik berbual-bual di kedai kopi Pak Samad.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

15. Pilih padanan yang betul antara unsur keterangan dalam frasa kerja dengan ayat contoh.

Unsur Keterangan Ayat Contoh


I Arah P Pelajar harus berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
II Penyertaan Q Afendi menyiapkan tugasannya dalam masa seminggu.
III Tujuan R Tina berasal dari Sabah.
IV Waktu S Arif ke sekolah dengan rakan-rakannya.

I II III IV
A R S P Q
B S Q P R
C Q S R Q
D R P Q S

16

Binaan Frasa Nama


P : Inti + penerang kata kerja
Q : Inti + penerang penentu depan
Yang manakah ayat yang predikatnya menepati binaan P dan Q?
P Q
A Bilik menunggu di hospital itu dipenuhi Pasukan bomba telah mendapatkan pertolongan
orang ramai. daripada pasukan polis bantuan.
B Mereka bermesyuarat di bilik persidangan. Segala usahanya membuahkan hasil yang
sempurna.
C Tuan punya kedai runcit itu membeli mesin Anggota polis telah menjumpai lima buah kereta
kira untuk memudahkan urusannya. yang telah dicuri di Kampung Batu Gajah.

D Persekitaran rumah perlu bersih demi Sekumpulan siswazah USM mendaki Gunung
kesihatan penghuninya. Tahan.
17
Eksosentrik

Frasa
X
Yang manakah contoh frasa X ?
I Memang kacak
II Masih belum tidur
III Tentang isu-su semasa
IV Ke sekolah berasrama penuh

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

18. Yang manakah ayat yang mempunyai satu klausa?

A. Nabila membeli buku itu di kedai Siew Fong.


B. Peristiwa yang sudah berlaku usahlah dikenang lagi.
C. Untuk dia lulus dalam ujian memandu itu amatlah senang.
D. Pemuda itu mengatakan bahawa dia tidak bersalah dalam hal tersebut.

19.
Janganlah bising kerana nenek sedang tidur.

Yang manakah klausa utama ayat di atas?


A Janganlah
B sedang tidur
C Janganlah bising
D kerana nenek sedang tidur.

 Semasa berlakunya penjajahan Jepun di negara ini sekitar tahun 1940-an, darurat telah
diisytiharkan.

20. Yang manakah klausa bebas @utama dalam ayat di atas?

A. Semasa berlakunya penjajahan Jepun


B. darurat telah diisytiharkan
C. di negara ini
D. sekitar tahun 1940-an

BAHAGIAN B

21. Bina satu frasa sendi nama berdasarkan setiap binaan yang berikut:

(a) Kata sendi nama + frasa nama

………………………………………………………………………………..
(b) Kata sendi nama + kata arah + frasa nama

………………………………………………………………………………..

(c) Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan

………………………………………………………………………………..

Jika Syamimi tidak datang petang ini, saya akan ke rumahnya untuk bertanyakan berita tentang
keadaan ibunya.

22. Asingkan ayat di atas kepada klausa bebas dan klausa tak bebas

(a) Klausa bebas


……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………….
(b) Klausa tak bebas
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai