Anda di halaman 1dari 4

PANITIA BAHASA MELAYU

SMK CENDERAWASIH, KUANTAN.


PDPR Minggu 13 Bahasa Melayu Tingkatan 1

Tajuk : LATIHAN SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF KERTAS 1


Tarikh : 24/03/2021 (Rabu)

Soalan Objektif (20 markah)


Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Negara yang aman dan politik yang stabil akan menarik minat asing
untuk melabur.
A. peniaga C. pelabur
B. pengusaha D. warga

2. “ akan ingat nasihat cikgu sampai bila-bila,” kata Paulina kepada


gurunya.
A. Kita C. Kami
B. Saya D. Aku

3. Penduduk kampung pun menangkap pencuri itu mengikat tangannya.


A. sebelum C. sambil
B. lantas D. tetapi

4. Sarah yang tewas dalam pertandingan pidato itu mungkin __ dapat


menerima kekalahannya kerana wajahnya tidak semuram tadi.
A. belum C. dapat
B. sudah D. pernah

Soalan 5-8
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu ditanda dengan A, B atau C dan jika ayat itu tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Pesta Wau Antarabangsa kali yang keempat itu disertai oleh berapa buah negara
A B
Asean yang mempamerkan pelbagai jenis wau dari Negara mereka.Tiada kesalahan.
C D

6.Nelayan itu memikul sebidang jala di bahunya sambil membawa sebotol air menuju
A B
ke sebuah sampan yang terikat di tepi sungai. Tiada kesalahan.
C D

7. Baju hujan yang saya pinjam daripada Azimah sudah saya pulangkan kepada
A B
adiknya di petang semalam. Tiada kesalahan.
C D
8. Saya berasa seram apabila berada di banglo yang besar itu kerana ada peristiwa
A B
ajaib pernah berlaku. Tiada kesalahan.
C D

Bagi soalan 9 hingga 12


Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesilapan
panggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Pihak FAMA turut memasarkan segala hasil-hasil pertanian penduduk di


kawasan luar bandar.
A. Semua hasil-hasil pertanian
B. Segala hasil pertanian-pertanian
C. Semua hasil pertanian
D. Segala hasil-hasil pertanian

10. Wanita tua itu begitu yakin benar bahawa anaknya akan pulang pada suatu
hari nanti.
A. Wanita tua itu benar yakin sangat
B. Wanita tua itu sangat yakin benar
C. Wanita tua itu yakin benar
D. Wanita tua begitu yakin benar

11 Pihak kami masih belum membincangkan tentang perkara itu.


A. bincangkan tentang perkara itu
B. membincang tentang perkara itu
C. membincangkan perkara itu
D. membincangkan tentang perkara itu

12 Kambing itu mereka sudah sembelih sejak pagi-pagi lagi.


A. sudah mereka sembelih
B. mereka sudah sembelihkan
C. sudah disembelih oleh mereka
D. mereka sudah sembelih

Bagi soalan 13 hingga 14 pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa
anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

13 I Buku itu mengisahkan dua orang sahabat yang saling menyayangi.


II Ayah membelikan ibu beberapa buku kain untuk dibuat langsir.
III Zakuan mengalami kecederaan di muka apabila salah seorang pemuda itu
menumbuk ke arahnya dengan menggunakan buku lima.
IV Zaidah yang cerewet itu akhirnya bagaikan buku bertemu ruas apabila

bermenantukan Rahayu yang bermulut celupar itu.


A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
14 I Dia mempunyai masa depan yang cerah kerana sangat rajin dan berbakat.
II Warna pakaian ini bersesuaian dengan Aina yang berkulit cerah.
III Sungai yang tidak tercemar sudah tentu warnanya cerah.
IV Wajahnya cerah kerana terlalu gembira.

A. I dan II C. I, II dan III


B. III dan IV D. II, III dan IV

Bagi soalan 15 dan 16 pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

15. Mariani enggan lagi berkawan dengan Zaleha yang miskin setelah mendapat
rakan baharu yang merupakan anak orang kaya. Sikap Mariani ini samalah
seperti peribahasa…
A. Seperti melukut di tepi gantang
B. Buang yang keruh ambil yang jernih
C. Enggang sama enggang, pipit sama pipit
D. Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

16. Persahabatan antara Saleh dan Salim sungguh erat sehingga tidak boleh
berpisah langsung. Peribahasa yang sesuai ialah…
A. Bagai isi dengan kuku
B. Bagai aur dengan tebing
C. Bagai cincin dengan permata
D. Bagai pungguk rindukan bulan

Soalan 17-20
Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawapan soalan-soalan berikutnya
dengan menandakan pilihan jawapan yang tepat.
17. Apakah maksud frasa makhluk duafa?
A orang yang serba kekurangan atau daif
B insan yang dicintai
C makhluk yang kuat dan gagah perkasa
D orang yang sentiasa merendah diri dan bersederhana

18. Yang berikut merupakan imej alam yang terdapat dalam sajak ini, kecuali
A unggas B mentari
C daun D baja

19. Pengajaran yang sesuai bagi rangkap ketiga sajak ini ialah
A kita diseru agar mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang
bermanfaat.
B kita perlu membantu orang yang memerlukan bantuan dan janganlah
bersikap angkuh.
C kita hendaklah berbakti kepada masyarakat dan negara..
D kita haruslah menghargai rahmat yang diberikan oleh tuhan

20. Gaya bahasa bagi frasa kita umpama sehelai daun ialah
A inversi
B metafora
C simile
D personifikasi

Soalan Subjektif
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Perdana Menteri akan membentangkan mini bajet pada petang ini.


________________________________
ii. Lawatan ke kilang kain sutera itu dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan
dari pengetua
________________________________

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Divya terkejut apabila bahunya ditepok oleh Sarah.


______________________________________
ii. Cikgu Yong meminta murid-muridnya memberikan defenisi bagi beberapa
perkataan yang sukar itu.
______________________________________
iii. Azman minta tempahan satay yang banyak daripada pelanggannya.

_____________________________________

Anda mungkin juga menyukai