Anda di halaman 1dari 17

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 – 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Puan Narlia sering kali menelefon anaknya yang sedang belajar di Universiti
Utara Malaysia kerana dia rindu ________ anaknya itu.

A pada
B oleh
C akan
D untuk

2 Jurulatih pasukan bola tampar sekolah itu kurang berpuas hati dengan
kemenangan ____________ pasukannya kerana mereka telah membuat
persediaan yang cukup lama untiuk menghadapi kejohanan tersebut.

A tipis
B getir
C besar
D runcing

3 Usahawan muda itu telah _________ rumah banglo milik ayahnya kepada
bank untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaannya.

A meminjamkan
B mencagarkan
C menyewakan
D memulangkan

4 “Segeralah persiapkan kelengkapan untuk menyambut kepulangan putera

___________ ,“ titah tuanku kepada Bendahara.

A aku
B kita
C beta
D saya
Soalan 5 – 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan denganD.

5 Pembarisan oleh angkatan polis itu berjaya menarik perhatian semua orang
A B
yang hadir semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.
C
Tiada kesalahan.
D

6 Atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan lancarnya kerana halangan
A B
angin yang bertiup kencang dari arah yang bertentangan. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 – 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7 I Encik Zamani amat mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya.

II Dia mengambil surat berdaftar itu lalu menyimpannya di dalam laci.
III Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu akan meningkatkan paras
kolesterol.
IV Datuk Khoo mengambil beberapa orang pengawal peribadi demi
keselamatan dirinya.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, dan IV sahaja

8 I Ayah terkejut apabila enjin keretanya berhenti secara tiba-tiba.

II Santesh berhenti kerja di syarikat itu kerana dia menghadapi masalah
kesihatan.
III Puan Amarjit berhenti keretanya di tepi jalan kerana hendak membeli
sayur.
IV Projek pembinaan itu berhenti kerana masalah yang tidak dapat
dielakkan.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Soalan 9 – 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi

kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B,atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan Djika tiada kesalahan.

9 Tiap-tiap orang peserta dikehendaki mendeklamasikan sebuah puisi.

A Tiap peserta
B Setiap peserta
C Setiap orang peserta-peserta
D Tiap-tiap orang peserta

10 Ayah menghadiahkan ibu seutas rantai mutiara sempena ulang tahun

perkahwinan mereka yang ke-40.

A Ayah hadiah ibu

B Ayah menghadiah ibu
C Ayah menghadiahi ibu
D Ayah menghadiahkan ibu

Soalan 11 – 12

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

11 Penggunaan komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada

kesan buruk kepada manusia.

A Penggunaan komputer yang banyak telah mengakibatkan manusia

menerima kesan yang baik dan buruk.
B Dengan penggunaan komputer yang banyak, manusia menerima
kesan baik dan buruk.
C Manusia menerima kesan baik yang lebih banyak daripada kesan
buruk dalam penggunaan komputer.
D Lebih banyak manusia menerima kesan baik daripada kesan buruk
apabila menggunakan komputer.
12 Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah masih berlaku di
negara kita sejak dua dekad yang lalu.

A Walaupun sudah dua dekad, masalah pengangguran masih serius di

negara kita.
B Sejak dua dekad yang lalu, masalah pengangguran dalam kalangan
siswazah di negara kita masih berlaku.
C Masalah utama di negara kita sekarang sama seperti masalah yang
dihadapi dua dekad yang lalu, iaitu masalah pengangguran.
D Masalah siswazah yang menganggur masih berlaku di negara kita
sejak dahulu lagi hingga sekarang.

Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13 Shahimi hidup dalam keadaan serba kekurangan. Dia diingatkan agar tidak
meneruskan niatnya untuk meminang anak orang kaya itu. Kata orang……..

A lembu punya susu, sapi dapat nama.

B sarang tebuan jangan dijolok.
C air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
D ukur baju di badan sendiri.

Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Ya Allah, sejahterakanlah pertemuan dua kerinduan yang amat tidak tertanggung

ini!
Saya mencari buku panduan telefon. Alhamdulillah, saya selalu mendapat bantuan
Allah dalam setiap usaha. Saya tulis dengan teliti alamat rumah di sisi nombor telefon
yang tertera.
Menarik dan melepas nafas berkali-kali, memang amalan saya apabila berbicara
dengan diri. Mengulang lagi dan bertanya hati. Itu pesanan arwah bapa yang sentiasa
saya patuhi. Apakah saya benar-benar bersedia untuk menghadapi pertemuan ini?
“Oh, Nek Piah itu memang tak pindah!”
Mereka mengujarkan kata-kata itu dengan bersahaja sambil mata berlari
memerhati bungkusan dalam kedua-dua beg plastik yang berat di tangan saya.
Selepas bersoal jawab, anak-anak remaja yang bermain sampan sehingga ke jalan
besar – tempat saya turun dari lori yang ditumpangi – menghantar harapan hati ini ke
rumah itu. Saya melangkah ke anak tangga di hadapan rumah usangnya. Remaja
yang menghantar saya menakalkan diri menanduk air separas leher. Kenapa Nek Piah
hendak bertahan dalam banjir seperti ini?
Dia membuka pintu setelah salam ketiga saya laungkan. Lukisan ceria terpamir di
wajah tua, tanda teruja menyalam perkenalan.
Ingin sangat saya memeluknya bagi menyerah kasih anak, bahawa saya diutus
Allah untuk mengangkat hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. Mak Piah
merenung mencari jawapan, apabila saya meletakkan bungkusan takdir di atas lantai
yang beralaskan tikar mengkuangnya. Saya membiarkan dia meneroka jawapan
sambil saya sendiri menyelami kerinduan pada wajah yang berusia hampir sebaya
emak sewaktu melepaskan nafas terakhirnya. Tidak tergamak hati ini membiarkan dia
menyelongkar fikir, mencari jawapan yang hanya semudah saya tersalah menekan
sebiji butang di telefon bimbit lalu masuk ke talian rumahnya.

(Dipetik daripada cerpen “Banjir di Mata Emak”,

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

14 “Saya “ ke rumah Nek Piah untuk…

A menanyakan khabar Nek Piah.
B menyampaikan salam emaknya.
C memujuknya supaya berpindah.
D melepaskan rindu kepada arwah ibunya.

15 Bagaimanakah reaksi Nek Piah ketika dia menyambut salam “saya”?

A Duka
B Ceria
C Kecewa
D Murung

16 Frasa lembah kepiluan merupakan unsur gaya bahasa

A simile.
B metafora.
C paradoks.
D hiperbola.

17 Pilih peristiwa yang menunjukkan klimaks cerpen ini.

A Nana dan Nubhan menyesal kerana tidak menjenguk Nek Piah ketika
banjir.
B “Saya” resah memikirkan keselamatan Nek Piah yang tinggal seorang
diri.
C “Saya” hendak menelefon temannya, tetapi tersilap menekan nombor
telefon Nek Piah.
D Jenazah Nek Piah diusung keluar ketika “saya” tiba di rumahnya.
Soalan 18 – 20 berdasarkan pantun nasihat di bawah.

PANTUN NASIHAT

1 Tanam balik buah peria, 5 Hangus bertih berwarna merah,

Buah peria mahal sekali, Mari dituang ke dalam kain,
Buat baik berpada-pada, Suami yang letih usah dimarah,
Buat jahat jangan sekali. Kelak terbang ke bunga lain.

2 Ketua-ketua raja duduk, 6 Anak Cina membawa surat,

Jangan ditimpa papan, Dari Perak langsung ke Deli,
Diketahui ganja itu mabuk, Hidup di dunia biar beradat,
Apakah sebab maka dimakan? Bahasa tidak dijual beli.

3 Meninjau berpadi masak, 7 Pisang kelat digonggong helang,

Batang kapas bertimbal jalan, Jatuh ke Lubuk Inderagiri,
Hati risau di bawa gelak, Jikalau berdagang ke rantau orang,
Bagai panas mengandung hujan. Baik-baik membawa diri.

4 Pulau di balik Pulau Gosong, (Dipetik dari pada antologi Baik Budi,
Pandan di Jawa diranggungkan, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Jangan kata terdorong-dorong, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Badan dan nyawa menanggungkan.

18 Apakah nasihat pemantun kepada para perantau?

A Mengambil sesuatu yang haram
B Menghindari perbuatan yang jahat
C Pandai membawa diri di tempat orang
D Tidak memarahi suami yang sedang letih

19 Mesej dalam pantun ini disampaikan dengan cara

A nasihat.
B cercaan.
C sindiran.
D makluman.

20 Pilih pengajaran yang terkandung dalam rangkap ketiga.

A Elakkan diri daripada melakukan perkara yang haram.
B Jangan terlalu sedih dengan dugaan yang menimpa diri.
C Kita harus sentiasa berbudi bahasa.
D Kita mestilah melakukan kebaikan.
Bahagian B
[25 markah]

1 Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan tatabahasa. Kenal pasti

kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin semula ayat itu semula.

Kedatangan pendatang asing tanpa izin ke negara kita semakin membimbangkan. Ini
kerana keselamatan negara semakin terancam dan mereka berani melakukan
berbagai jenayah. Baru-baru ini, kes rompakan paling terbesar yang telah
ditumpaskan oleh pihak polis melibatkan pendatang tanpa izin. Jika perkara ini tidak
ditangani dengan segera, masyaraka kita akan hilang ketenteramannya.

i) _______________________________________

ii) _______________________________________

iii) _______________________________________

(3
markah)

2 Dalam petikan dialog di bawah, terdapat dua kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan ejaan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.

Ketua pengawas :Saya telah mendapatkan dua broser, iaitu dari Restoran Aneka
Masakan Kampung dan Hotel Narnia.

Setiausaha :Tawaran yang manakah yang menjadi pilihan?

Ketua pengawas :Restoran Aneka Masakan Kampung. Restoran ini menawarkan

pekej makan tengah hari. Harganya pula berpatutan.

Setiausaha :Saya bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Tetapi, saya

khuatir tidak dapat berlama-lama di restoran tersebut. Waktu
makan tengah hari di Restoran Aneka Masakan Kampung
berakhir pada pukul 4:00 petang.

i) _______________________________

ii) _______________________________

(2 markah)
3Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bahan 2

Ms 72 buku praktis topical kssm bm ting 1 pib ilmu bakti

1 Berdasarkan bahan 1, nyatakan cara-cara untuk menangani isu ponteng
sekolah. (3 markah)

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2 Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan usaha-usaha lain yang boleh

diambil bagi menangani gejala ponteng sekolah. (3 markah)

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3 Pelbagai langkah yang telah diambil untuk menangani isu ponteng sekolah
tetapi masalah ini sukar dibendung. Dalam jangka masa panjang, perkara ini
akan memberikan kesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan isu ponteng sekolah kepada

negara? (4 markah)

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 2.

(i) Meniti Impian karya Osman Ayob

(ii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paiko n
(iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi
(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani

Watak-watak sampingan membantu mewujudkan konflik dan mengembangkan jalan

cerita.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua watak sampingan
yang terdapat dalam novel tersebut berserta duaperwatakan yang dapat dicontohi
daripada setiap watak sampingan tersebut. (10 markah)

___________________________________________________________________

Bahagian C
[15 markah]

Jawab sama adaSoalan 1atauSoalan 2.

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

ms 76 buku ilmu bakti publication ting 3

2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang strategi memartabatkan golongan orang
kurang upaya. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Ms 41 praktis 1

SKEMA JAWAPAN PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2020
BAHAGIAN A
1. C
2. A
3. B
4. C
5. A
6. D
7. D
8. A
9. B
10. C
11. C
12. B
13. D
14. A
15. B
16. B
17. D
18. C
19. A
20. B

BAHAGIAN B
1 i) Ini kerana - Hai ini kerana
ii) berbagai - berbagai-bagai
iii) paling terbesar - paling besar

2 i) broser - brosur
ii) pekej - pakej
3 I) cara-cara untuk menangani isu ponteng sekolah ialah…….

i) Bimbingan dan kaunseling diberikan kepada murid-murid yang

ponteng sekolah
ii) Murid yang menerima kaunseling bersedia untuk mengubah sikap
iii) Melaksanakan program Ziarah Cakna dilaksanakan

II) usaha-usaha lain yang boleh diambil bagi menangani gejala ponteng
sekolah ialah………………

i) Murid-murid harus pandai memilih rakan-rakan yang bersikap

positif
ii) Ibu bapa harus lebih cakna dan sentiasa memantau pergerakan
anak-anak mereka
iii) Kaunselor sekolah mengadakan program khusus mengikut
minat murid yang kerap ponteng sekolah
iv) Pihak sekolah juga harus melakukan pemerhatian berterusan
terhadap murid yang kerap ponteng sekolah

III) Pada pendapat saya, kesan-kesan isu ponteng sekoalh kepada negara
ialah :

i) Kecemerlangan akademik dalam kalangan murid akan terjejas

ii) Hilang sumber manusia yang intelektual
iii) Memberikan tanggapan negatif tentang sistem pendidikan
negara kita
iv) Meningkatkan statistik jenayah di negara Malaysia
v) Memberikan impak negatif terhadap imej negara

4Novel Meniti Impian karya Osman Ayub

Watak sampingan :Pak Yusuf dan Norimi

…..perwatakan Pak Yusuf

i) Baik hati - sebagai contohnya, dia sentiasa memberikan peluang kepada Zahar
untuk bekerja di bengkel perabotnya selepas Zahar tamat sekolah kerana ingin
membantu Zahar meringankan beban keluarganya.
ii) Suka menolong orang lain - sebagai contohnya, dia bersusah payah membantu
Zahar sewaktu Zahar ingin melanjutkan pelajaran ke IKM dan menghulurkan
sumbangan sebanyak RM5000 sewaktu Zahar hendak membuka bengkel
perabot.

……perwatakan Norimi
i) Berbudi pekerti mulia - sebagai contohnya, sikap Norimi yang lemah lembut dan
berbudi bahasa sewaktu hari pendaftaran di IKM membuatkan Pak Yusuf
bersetuju agar Zahar berkawan dengan Norimi.

ii) Cemerlang dalam pelajaran - sebagai contohnya Norimi mendapat keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan atas.

BAHAGIAN C

1. RUMUSAN

Cadangan isi penting

1 Punca utama keruntuhan akhlak remaja kini adalah disebabkan sikap
remaja
yang inginkan kebebasan
2 pegangan agama yang tidak kukuh juga menyebabkan remaja mudah
terdorong melakukan sesuatu yang terlarang
3 Institusi keluarga yang berpecah belah juga menjadi penyumbang kepada
kebejatan sosial dan akhlak manusia
4 keruntuhan akhlak remaja turut didorong oleh pengaruh pemilihan rakan
sebaya
5 pengaruh media massa turut menjadi faktor kepada keruntuhan akhlak
remaja

Nota kaki
* perlu dibuat dalam 3 perenggan iaitu pendahuluan, isi penting dan
penutup
* 2 markah untuk pendahuluan dan 2 markah untuk penutup
* 6 markah untuk 6 isi penting
* 5 markah untuk markah bahasa

2. RINGKASAN

Cadangan isi penting

1 Kerajaan telah merangka Akta Orang kurang Upaya 2008 untuk

memastikan golongan ini dapat menikmati kemudahan yang boleh
diakses.
2 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelbagai jenis
persekolahan khas pada peringkat rendah dan menengah.
3 Kerajaan mengadakan program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)
yang ditawarkan melalui Jabatan Kebajikan Msyarakat (JKM)
4 OKU yang terpilih diberi pelbagai anugerah dan penghargaan
bersempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya setiap tahun
5 Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi OKU yang berminat untuk
menceburi bidang perniagaan pula.

Nota kaki
* perlu ditulis dalam 1 perenggan
* maksimum 5 isi, setiap isi yang betul diberi 2 markah
* 5 markah untuk markah bahasa

Anda mungkin juga menyukai