Anda di halaman 1dari 15

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada
tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak
sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes
kemalangan jalan raya di negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen
memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak
memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa
memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen
kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan
teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap
layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu
dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu
kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan
mengantuk ini berlaku ketika waktu tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam
keadaan mengantuk, besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Keadaan ini akan
mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang
bertentangan. Para pemandu perlulah memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu
kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar
sebelum meneruskan perjalanan.

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu
untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana
mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri
dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini
melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-
kali memandu dalam keadaan mabuk. Perkara ini bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu
malahan pengguna jalan raya yang lain.

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan,
kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam,
brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan
masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak menggantikan
tayar yang haus. Apabila tayar sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan
berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan
jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Pihak Polis telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik
kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap
kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai polis, dan
didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak polis akan menghantar surat sama
kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh
Raya Utara-Selatan.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu
sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan. Namun seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang
jalan raya, sudah pasti kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan
faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban tahun, jumlah
pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti
Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah
dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan
sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh “bak
cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik
pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia
menjadi tumpuan pelancong.

Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita.
Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk
seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati
keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-
sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan
Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat
menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora
dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong
dari dalam dan dari luar negara.

Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim
semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai
pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran
matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh
keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini
juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-
manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke
negara kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh
kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong
di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di
kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan
para pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan aktiviti
skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh
keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau
tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya
keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana
kemajuan industri pelancongan negara.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan
budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat
majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan
India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya
terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu,
Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong.
Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala
kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya
masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke
negara kita.

Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut
memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah
mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah
negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan
sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia
termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan
pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala
Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia
juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”,
pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka
sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada
ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya”. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada
semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab
dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk
dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.
.

Isu Pengangguran dan Cara Mengatasinya

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah.
Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan
lain juga.Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini.
Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk
memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali
keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi,
apakah punca
punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini
menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja
mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat
akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap
ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada
akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran.
Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti.
Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai
bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih
pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa
asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup
ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya
bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi
negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima
bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka
pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan
perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba
mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini.
Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara
berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka
mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti
mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan
negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang
mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran
tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia.
Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu
belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak
industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik
dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib
mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus
berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut
teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama
sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Karangan Rencana: Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk
“Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia
(AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini,
seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil
kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan
pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara
ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran
“jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa?
Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk
meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan
negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa
induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan
sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan
berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan
memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan”
oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang
berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka
dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang
berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan
laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi
untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru
dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada
peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan
yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti
penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan
ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya.
Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara
pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang
dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak
negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program
berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang
berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan
Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon
Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu
menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita
terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung
terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa
secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan
persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola
sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat
akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran
dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat
membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan.
Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada
kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-
putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan
tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya
ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak
berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan
kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan
usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah
mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan
negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam
pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.
Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi
pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh
sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26
juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu
manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai
alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa
untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana
pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan
perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi
menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan
masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera
serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih
hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi.
Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid
sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat
pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak
menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah
walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah
memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak
masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka,
sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai
telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang
mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin
mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian
sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru
dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana
mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses
pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh
menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain.
Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang
canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini
tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar
dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi
gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak
sihat.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan
menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit
tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka.
Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat.
Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah
diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di
sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat
mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan
perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila
dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.

Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.


Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai
latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional
yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka
sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam
kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan
kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum
sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah
untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga
menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui
pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat
penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi
sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek
pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap
subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan
peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK,
SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan
menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-
sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin,
dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam
dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan
seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem
akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan,
dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi
perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Karangan Fakta: Faedah kokurikulum di sekolah

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan
untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum
juga.Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak
mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam
aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi
syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang
tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar
dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang
penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang
dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang
penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti
yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan
masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit
dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka
kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini.
Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai
sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam
aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya
serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia,
syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan
pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu.
Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan
sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan
mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.
Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan
mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara
berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu
pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara
mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka
buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam
peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses
pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita
sebagai manusia.
Isu Pendatang Asing Di Malaysia

Di karang oleh Zahid Pada 21:24 kategori Contoh Karangan PMR

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin
meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya
datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India,
Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja
asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai
memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai
projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar
pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta
orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Timbalan Menteri
Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat
dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua
sektor dapat digerakkan dengan lancar.

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan
ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara-
negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa
masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius.

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih
tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan
menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani
bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka
menyusup melalui jalan laut.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja
tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak
ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja
asing yang tidak dikawal.

Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi
pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu
tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan
gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran
yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu
juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan
pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?

Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja asing.
Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja
sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini
menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah,
ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut
Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing
yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai
kesalahan di negara ini.

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada
keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau
menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala
aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan
untuk pembangunan negara.

0 Komen Links to this post


Khamis, 2009 April 02
Di karang oleh Zahid Pada 02:36 kategori Contoh Karangan PMR
Aktivitas manusia merupakan penyebab utama dari terjadinya polusi laut dunia. Lebih dari 80 persen
polusi laut yang terjadi pada lautan berasal dari aktivitas yang terjadi di darat. Mulai dari hancurnya
terumbu karang, penumpukan sampah, timbunan zat kimia berbahaya, sampai peningkatan suhu
permukaan laut sehingga mengakibatkan tidak seimbangnya ekosistem yang ada du laut.

Global warming (pemanasan global) merupakan salah satu penyebab perubahan dari struktur kimia yang
ada di lautan dan proses perubahan ekosistem laut lainnya, dan hal tersebut merupakan ancaman
terhadap jutaan spesies biota laut yang tidak dapat bertahan dengan temperatur yang tinggi.
Penangkapan ikan yang berlebihan merupakan masalah yang cukup serius di berbagai negara. Banyak
para pecinta alam dan para pecinta laut memberikan nasihat dan masukan-masukan untuk menciptakan
suasana laut yang dapat melinduingi berbagai mahluk yang ada di laut, tetapi usaha tersebut kelihatannya
masih sangat tidak maksimal.

Ancaman pada ekosistem laut

 Global warming adalah penyebab naiknya permukaan laut, merupakan ancaman serius pada
populasi biota laut.
 Pestisida dan obat-obatan yang digunakan dalam pertanian yang pada akhirnya bermuara pada
air laut, menimbulkan masalah serius diantaranya mengakibatkan kurangnya oksigen dalam air
yang dapat membunuh habitat biota laut dan ikan-ikan.

 Perusahaan dan pabrik industri mengalirkan limbah dan materi-materi kimia lainnya ke dalam laut,
hal ini turut berperan besar terhadap pencemaran laut.

 Tumpahan minyak pada musibah kapal tanker sangat mencemari lautan, disinyalir kejadian ini
menimbulkan pencemaran laut yang dahsyat terhadap eksostem laut.

 Polusi udara bertanggung jawab pada satu sepertiga kontaminasi racun dan bahan-bahan yang
dapat masuk ke dalam wilayah perairan pantai dan laut.

 Biota laut yang telah tercemar seperti ganggang yang telah beracun, cholera, tanaman laut dan
telah memasuki wilayah laut dan dapat menimbulkan ketidakseimbangan ekologi laut.

Solusi

 Dirikan taman laut untuk melindungi keberadaan biota laut.


 Kurangi cara-cara menangkap ikan yang merusak seperti trawling.

 cegah penggunaan sonar pada kapal militer yang dapat membahayakan atau dapat membunuh
biota dan mamalia laut.

 Bantu nelayan untuk mengelola kehidupannya dengan cara-cara yang ramah lingkungan.

 Tingkatkan penghijauan pada daerah pantai dengan menanam tanaman seperti mangrove, bakau
guna menstabilkan habitat laut dan meningkatkan poplasi ikan di laut

Dari blog Laut.saya akan buat satu untuk awak.


0 Komen Links to this post
Rabu, 2009 April 01

Contoh Karangan PMR [Keburukan Internet]

Di karang oleh Zahid Pada 23:16 kategori Contoh Karangan PMR


Ni ha,kalo korang blur dan x tau keburukan internet ni aku kasi skit la.

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi
penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat
memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif
seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar
pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah.

Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai.Minda
remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala
ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan
menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain permainan "online".

Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet.Natijahnya,orang
lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan
guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media
massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan?

Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara untuk
mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda
kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan
mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam
pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu " cubit paha kanan,paha kiri terasa
juga".Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang terperangkap oleh alam
maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insancemerlang seperti yang digariskan dalam
wawasan 2020.Negara kita akan dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian
terus berleluasa.Di manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar
cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda awal yang
membawa negara ke arah hari kekalahan?

Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus berganding bahu dalam
mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik dan individualistik.Anak watan peneraju
negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada
sikapt diri.
2 Komen Links to this post
Isnin, 2009 Mac 16

Karangan Cemerlang PMR V.01

Di karang oleh Zahid Pada 16:22 kategori Contoh Karangan PMR


Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara’. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yang
berjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan
sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan ‘Tangan yang menghayun
buaian itu, boleh menggoncang dunia’. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai
golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan
wibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk
dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.

Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkan
perbicangan selanjutnya. Rangkai kata ‘peranan wanita’ dapat didefinisikan sebagai
suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kita
melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan ‘melahirkan’
pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada
sesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata ‘generasi yang berkualiti’
merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai
aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secara
keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan
atau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang
berwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.
Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang
terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih
sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibu
memperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidang
akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan
tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. Nur
Amalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun
2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuan
wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah ‘Ibu Mithali’ yang
disediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan
sabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yang
membanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibu
berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang
ketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak
ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata ‘kasih ibu
membawa ke syurga’ dan ‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu’.

Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang
menerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti
kaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentuk
warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspek
sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanita
mampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat
Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak di
peringkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setanding
kemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkat
sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan
wanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti
bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahan
mereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.
Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi
kepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuah
organisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan mereka
boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan ‘Kepemimpinan
Melalui Teladan’. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan
untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar
negara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang Gabenor
Bank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. Zeti
Akhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan
negara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkat
antarabangsa. Dalam menyahut seruan ‘Malaysia Boleh’ misalnya, kita berbangga
dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanita
pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan
ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi muda
untuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.

Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan
bahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasa
disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,
sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada di
belakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir
Mohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persada
antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertama
Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu
dan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk
menumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakan
suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranan
dalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.

Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan
generasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kita
dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan
dan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan Bukan
Kerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasa
meyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda
khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.

Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan


generasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki
dengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.

terletak sekali insyallah,x pelah.Lepas ni kena buat karangan spm lagi..

Anda mungkin juga menyukai