Anda di halaman 1dari 27

-

KRITERIA TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2024


Untuk memilih Tokoh NILAM Kebangsaan 2024, terdapat beberapa kriteria dan proses penilaian yang perlu diambil kira:

• Isi Kandungan dan Pengolahan : Penilai akan menilai isi kandungan dan pengolahan bahan bacaan yang disediakan
oleh calon. Kualiti dan relevansi bahan bacaan akan menjadi pertimbangan utama
• Penggunaan Bahasa : Kemahiran penggunaan bahasa dalam penulisan dan penyampaian bahan bacaan akan
dinilai. Kekemasan dan kecekapan bahasa juga menjadi faktor penting
• Penyampaian/Keupayaan Komunikasi : Calon perlu mempamerkan kemahiran komunikasi yang baik semasa
menyampaikan bahan bacaan. Kejelasan, intonasi, dan kebolehan berkomunikasi dengan jelas akan dinilai
• Interaksi dan Kesepakatan dalam Komunikasi Berkumpulan : Kemahiran berinteraksi dengan kumpulan dan
kesepakatan dalam berkomunikasi akan diberi perhatian. Ini termasuk kemampuan berbincang, mendengar, dan
bekerjasama dengan rakan sebaya
• Ketokohan dan Profil Murid : Faktor personaliti, kepimpinan, dan profil murid juga akan dinilai. Sikap positif dan
ketokohan dalam kalangan rakan sebaya menjadi pertimbangan
• kemahiran digital, kreativiti, dan inovasi murid dalam menghasilkan bahan pendidikan melalui media video.
• Gagasan dan Eksperimen: Cenderung untuk bereksperimen dengan karya mereka. Mereka tidak terikat kepada tema-
tema tradisional seperti nasionalisme atau perjuangan kemerdekaan. Sebaliknya, mereka menghasilkan karya yang
lebih kompleks dan bebas, terdedah kepada pengaruh globalisasi dan perkembangan dunia tanpa sempadan
-
-
ANUGERAH NILAM
A. KATEGORI

1. Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah yang terbahagi kepada empat
(4) kategori secara individu seperti berikut:
a. Sekolah Rendah Bahasa Melayu
b. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
c. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
d. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris -

2. Penilaian untuk memilih pemenang :


 Penilaian akan dibuat secara dalam talian dimana para calon akan diverifikasi oleh penilai
secara online peringkat PPD.
 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan tersenarai untuk ke pusingan yang
seterusnya bagi dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Negeri 2024 .
B. SYARAT-SYARAT

1 Penyertaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah (Tahun 6 dan Ting.5).

2 Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM).

3 Setiap negeri wajib menghantar ;


 borang penyertaan,
 salinan kad pengenalan / MyKID/ sijil kelahiran
 salinan akaun BSN peserta mengikut kategori yang dipertandingkan dan
memuat naik ke dalam pautan google drive yang disediakan.
(dikongsikan pada april 2024)
4. Pihak penyelaras PPD diwajibkan mengawal selia dan mengemaskini folio calon. Pihak
sekolah diwajibkan mengisi folio calon dengan kemas dan teratur mengikut format yang
ditetapkan. Disamping itu, pihak sekolah perlu menghantar dokumen-dokumen seperti berikut:

 Data NILAM murid dan sekolah yang telah disahkan


 Sijil yang berkaitan yang telah disahkan
 Lain-lain yang berkaitan dengan Program NILAM disahkan.

5. Cara penghantaran melalui pautan secara dalam talian yang akan diberikan. (dikongsikan
pada april 2024)

6. Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta adalah sebelum atau pada pertengahan Mei
2024. Tarikh ditentukan oleh PPD untuk Peringkat PPD.

Biodata dihantar dalam bentuk power point


C. TATACARA PENILAIAN ANUGERAH NILAM 2024

1. Penilaian akan dibuat secara dalam talian pada Mei 2024. Calon/ Peserta berada di sekolah
masing-masing , manakala pasukan penilai dikumpulkan secara berkelompok.

2. Penilaian secara Individu diadakan selama 15-20 minit bagi setiap orang calon.

3. Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah sebuah buku daripada lima pilihan.
(Peserta pilih satu bahan bacaan sahaja). Calon perlu membuat aturan waktu yang sesuai
semasa sesi penghujahan supaya tidak melebihi waktu yang sepatutnya.

4. Pada soalan terbuka, penilai boleh mengkaitkan apa-apa soalan dengan bahan bacaan
yang disampaikan oleh calon. Calon akan bersoal jawab dengan para penilai.

5. Penilaian akan dibuat mengikut jadual giliran melalui pengundian yang akan diadakan.
Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian yang sepatutnya.

6. Calon diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.


D. ASPEK PEMARKAHAN

Bil Item/tumpuan Markah


1. Isi Kandungan dan Pengolahan (40%)
2. Penggunaan Bahasa (20%)
3. Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi (30%)
4. Ketokohan dan Profil Murid ( 10%)

Jumlah 100%

8.0 PENGHAKIMAN
8.1 Penjurian oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim untuk setiap kategori.
8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan/ holistik.
8.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
-
BICARA BUKU

1. KATEGORI

1. Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah yang
terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut:

a. Sekolah Rendah Bahasa Melayu


-
b. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
c. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
d. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris
2. SYARAT-SYARAT

2.1 Penyertaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah (Tahun 4 hingga Tingkatan 5).
2.2 Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
2.3 Setiap negeri wajib menghantar borang penyertaan, salinan kad pengenalan / MyKID/ sijil
kelahiran dan salinan akaun BSN peserta mengikut kategori yang dipertandingkan dan
memuat naik ke dalam pautan google drive yang disediakan.
2.4 Pautan video youtube peserta akan dihantar melalui pautan google form yang disediakan.
2.5 Tema : bebas dan mesti bersesuaian dengan tahap murid.
2.6 Durasi video youtube mestilah tidak melebihi 6:00 minit.
2.7 Peserta boleh berpakaian sekolah atau mengikut tema.
2.8 Idea dan kreativiti untuk mengulas kandungan buku mestilah asli dan bersesuaian.
2.9 Latar belakang/ muzik latar dibenarkan tetapi mestilah tidak secara berlebihan dan
mengganggu bicara buku.
2.10 Rakaman bicara buku mestilah terus menerus tanpa suntingan.
2.11 Kandungan yang perlu ada dalam video/ youtube adalah seperti berikut:
a) Nama murid
b) Nama dan kod sekolah
c) Tajuk buku
2.12 Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta adalah pada pertengahan Mei 2024.
3. ASPEK PEMARKAHAN

3.1 Teknik Persembahan - 20 markah


3.2 Bahasa dan Pertuturan - 20 markah
3.3 Penghayatan cerita - 20 markah
3.4 Interaksi dengan audiens - 15 markah
3.5 Mesej/ Nilai dalam cerita - 5 markah
3.6 Tempo penceritaan/ Perkembangan cerita - 10 markah
3.7 Kawalan suara - 10 markah

Jumlah = 100 markah

4. PENGHAKIMAN

4.1 Penjurian oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim untuk setiap
kategori.
4.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan/ holistik.
4.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
-
PENGKARYA MUDA

A. PELAKSANAAN
1. Proses pengumpulan karya daripada pencalonan sekolah akan dikumpulkan secara
dalam talian manakala penjurian akan dilaksanakan secara bersemuka bagi menilai
karya murid.
2. Majlis penutup bagi penyampaian hadiah pemenang akan dilaksanakan mengikut lokasi
dan masa yang akan ditetapkan.

B. SASARAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:

 Bahasa Melayu Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 – 5


 Bahasa Inggeris Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5
C. TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah (13 tahun – 17 tahun) kategori:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

1. Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Tema bagi pertandingan 2024 ialah bertemakan Teknologi Dalam Kehidupan Seharian / Technology
Enriching Daily Life.
3. Berikut adalah perincian sasaran peserta:
 Terlibat dan cemerlang dalam projek NILAM di sekolah
 Mempunyai kemahiran dalam menghasilkan penulisan kreatif yang baik
 Mendapat rekomendasi sebagai hasil penulisan terbaik daripada Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan
Negeri
• JPN akan menghantar penilaian hasil penulisan terbaik kepada urusetia pertandingan pengkarya muda
tahun 2024.
• Tiga hasil penulisan terbaik akan menerima hadiah yang terdiri daripada trofi dan sijil.
• Bahan-bahan penulisan yang diterima akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
akan digunakan untuk diterbitkan semula jika perlu.
• Pemenang Johan tahun 2023 TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam pertandingan untuk tahun
2024
• Keputusan hakim adalah muktamad.
1. Penulisan karya hendaklah menepati ciri-ciri seperti berikut:

 Had perkataan 1200 hingga 1500 patah perkataan


 Font Times New Roman bersaiz 14 dengan jarak langkau 1.5
 Karya dihantar dalam format word dan pdf
 Setiap karya mestilah dilengkapi dengan TAJUK sahaja.
 Sebarang maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan
 Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan
dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan
dibatalkan penyertaan dengan serta merta
 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh sensitiviti bangsa/kaum
dan agama mana-mana pihak.

2. Semua karya dihantar secara dalam talian menerusi google form yang akan diberikan
oleh pihak urus setia.
-
VIDEO KREATIF TVPSS

A. KATEGORI

1. Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan


menengah yang terbahagi kepada empat (4) kategori secara
individu seperti berikut: -

a. Video Kreatif Sekolah Rendah (SR)


b. Video Kreatif Sekolah Menengah (SM)
B. SYARAT-SYARAT

1. Pertandingan ini adalah secara individu sama ada terdiri daripada kru penghasilan video iaitu pengarah,
wartawan, juru kamera, pengacara, penyunting, penerbit atau lain-lain.
2. Setiap sekolah boleh menghantar satu video penyertaan sahaja untuk setiap kategori.
3. Tema adalah FAKTOR- FAKTOR PERSEKITARAN(ENVIRONMENTAL FACTORS).
 Jejak karbon / Carbon Footprint ATAU
 Pencemaran udara dan air / Air and water pollution ATAU
 Pengurusan sisa / Waste management

4. Penghasilan video mestilah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa - Inggeris sahaja.
5. Hanya video yang dihasilkan pada tahun 2023 hingga 2024 sahaja dibenarkan untuk penyertaan.
6. Setiap video penyertaan mestilah mematuhi format TV PSS seperti yang dinyatakan dalam KIT TV PSS
Kebangsaan.
7. Durasi video: Tidak melebihi 5 minit.
8. Genre adalah bebas (dokumentari/ temubual/ tutorial/ PDPc dan lain-lain) sama ada
di dalam atau di luar sekolah.
9. Kualiti video amat dititik beratkan. (Teknikal Penyediaan Video)
10. Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Pihak negeri hanya perlu memasukkan
pautan video daripada saluran Youtube TV PSS masing-masing.
11. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat
pertandingan.
12. Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
13. Bahan Video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik
atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-
mana pihak.

14.Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa
kebenaran adalah dilarang.

15. Hakcipta video kreatif adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM berhak menggunakan produksi tersebut
seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil
karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana -mana platform media atau media sosial Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk tujuan promosi dan sebagainya.
-
16. Semua video yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial seperti Youtube, Tiktok,
Facebook, Instagram dan lain-lain. Penyiaran video tersebut hanya akan dibuat di YouTube penganjur
sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan dibatalkan.

17. Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Pihak penyelaras PPD hanya perlu
memasukkan pautan (link) video daripada channel Youtube TVPSS masing-masing dalam format MP4.

18. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

19. Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta adalah sebelum atau pada pertengahan Mei 2024.
PANDUAN CARA PEMARKAHAN BAGI PERTANDINGAN TVPSS 2024

4.1 Hakim dikehendaki menyemak dan menilai video dan dokumen pelaporan bagi setiap penyertaan dan memberi markah
dalam borang yang disediakan.
4.2 Untuk membuka video hanya perlu copy dan paste url (kolum I dalam excel sheet) yang diberikan dalam google chrome.
4.3 Pernyataan yang diberi adalah sebagai panduan untuk pemarkahan. Sekiranya terdapat aspek tambahan yang menarik
dan berkaitan tetapi tidak disenaraikan, hakim boleh gunakan budi bicara masing-masing untuk memberi markah.
4.4 Setelah menonton video dan menyemak dokumen hakim boleh memberi markah mengikut aspek yang ditetapkan
mengikut kategori.
-
4.5 Akhir sekali isi jumlah markah bagi setiap kategori dan membuat ulasan dan pengesahan oleh hakim.

5.0 CADANGAN TARIKH PERTANDINGAN TVPSS

5.1 Pencalonan perlu dihantar pada pertengahan Mei 2024


-
-
-
28 Jun 2024

-
04-07 Jun 2024
Penilaian Peringkat
Negeri

NILAM : 6 MEI 2024


BB,PM,VKTVPSS : 17 MEI 2024
Penghantaran pencalonan ke
PPD

20-24 MEI 2024


Penilaian Peringkat PPD
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai