Anda di halaman 1dari 12

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH


PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2019

SYARAT-SYARAT AM

Penyertaan

1. Penyertaan dari setiap daerah terdiri daripada 33 orang murid prasekolah dan 10 orang guru
pengiring. Jantina peserta adalah bebas.

2. Penentuan nombor giliran berdasarkan undian.

3. Aktiviti akan dijalankan dalam bentuk individu dan pasukan secara bergilir-gilir mengikut
nombor undian.

Aktiviti

1. Setiap pasukan / individu perlu melaksanakan aktiviti yang disediakan.

2. Aktiviti adalah seperti berikut:


a. Aktiviti 1 – Pertandingan Bercerita Sains (1 peserta).
b. Aktiviti 2 – Pertandingan SUDOKU Kids (3 peserta).
c. Aktiviti 3 – Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam (3 peserta)
d. Aktiviti 4 – Pertandingan Nyanyian dan Gerakan (11 peserta ).
e. Aktiviti 5 – Pertandingan Choral Speaking (15 peserta).

3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah tertakluk kepada aktiviti .
4. Juri akan menerangkan aktiviti sebelum setiap aktiviti dijalankan.

Pemarkahan

1. Jawapan betul / tepat yang diberikan oleh setiap peserta di setiap aktiviti akan diberikan markah.

2. Markah akan dikumpulkan oleh setiap peserta dalam setiap pasukan.

3. Setelah tamat pertandingan yang terakhir, markah akan dikumpulkan.

4. Pemenang keseluruhan adalah berdasarkan bilangan markah yang dikumpul dari setiap aktiviti.

5. Keputusan juri adalah muktamad.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS
PRASEKOLAH KPM

1.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Melayu.

1.2 Kualiti cerita :

1.2.1 Tema cerita hendaklah berdasarkan KSPK Prasekolah.

1.2.2 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur STEM, pengajaran dan


nilai.

1.2.3 Nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,ras dan agama.

1.3 Masa pertandingan :

4 hingga 5 minit sahaja untuk persembahan cerita.


Markah TIDAK akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan. Markah akan
ditolak sekiranya persembahan kurang dari 4 minit.

1.4 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke 4 dan dua kali pada minit ke 5.
1.5 Penggunaan komputer, projektor LCD, OHP, props, muzik, kesan bunyi dan bahan
sokongan lain semasa bercerita adalah TIDAK DIBENARKAN.
1.6 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.(Tidak melebihi satu(01)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

1.7 Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Peserta bebas melakukan pergerakan dan penggunaan pentas
yang bersesuaian dengan tema cerita yang disampaikan.

1.8 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian seragam sekolah. Kostum adalah
props yang melekat atau dipakai pada badan peserta.

1.9 Props berasingan selain yang melekat atau dipakai pada badan tidak dibenarkan
dibawa keatas pentas. (sekiranya dibawa oleh daerah)

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


2.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

2.1 Bilangan hakim:

2.1.1 Peringkat daerah/negeri : Tiga orang hakim


(Seorang bidang bahasa + Dua orang bidang Sains)

2.2.2 Hakim bidang bahasa mestilah berpengalaman, mahir untuk menilai


Persembahan peserta dari segi ketepatan sistem bahasa , sebutan dan
intonasi yang betul.

2.2.3 Hakim bidang Sains mestilah berpengalaman dan mahir serta menguasai
topik serta istilah Sains peringkat prasekolah.

3.0 Kriteria Pemarkahan Bahagian Pertama :

3.1 Isi, Fakta Sains dan Pengolahan 40 Markah


3.2 Persembahan 20 Markah
3.3 Bahasa dan pertuturan 20 Markah
3.4 Kreativiti 15 Markah
3.5Pakaian 5 Markah

JUMLAH 100 Markah

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING


PRASEKOLAH KPM

CHORAL SPEAKING COMPETITION FOR PRESCHOOLS


RULES AND GUIDELINES

1.0 Introduction

Choral Speaking is a competition organized by the Selangor State Education


Department. The competition aims at encouraging and increasing the use of English
among preschool pupils. It builds confidence in pupils to memorize, speak, render and
express themselves in English.

2.0 Competition Rules

2.1 Eligibility

This competition is open to pupils of Preschools under Selangor State


Education Department of Education Ministry.

2.2 Time

Each team is given a presentation time limit of 5 to 7 minutes.


Presentation must not less than 5 minutes. Marks will be
deducted if less than 5 minutes or more than 7 minutes.

2.3 Team

2.3.1 Each team should comprise 15 pupils or students.

2.3.2 A teacher will be the conductor of the presentation.

2.4 Text

2.4.1 Selection of texts may be in the form of poetry or short prose. The theme for
this competition is 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

2.4.2 Participants are not allowed to refer to any notes or printed materials during
the presentation.

2.4.3 Materials presented must not touch on sensitive issues, such as race, religion,
stereotyping, politics etc.

2.4.4 Copies of choral speaking texts must be submitted to the organisers


a week prior to the competition.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

2.5 Attire

2.5.1 Participants shall wear suitable attire and polite when competing.

2.6 Exclusions

2.6.1 There should be no inclusion of music, drama, costume, props or artificial


sound effects.

2.6.2 Any inclusion of singing, skit or physical movement should enhance and not
dominate the presentation.

2.7 Stage Arrangement

2.7.1 The arrangement of the teams on the stage will be in fixed 2-tiered rows.

2.8 Judges

2.8.1 The competitions should be judged by 4 judges.

2.8.3 The judges will be appointed by the Preschool Unit, Selangor State Education
Department.

2.9 Decisions

2.9.1 Points will be awarded according to the score sheet.

2.9.2 Judges will collectively determine the placing by a clear majority vote.

2.9.3 The decision of the judges is final.

2.9.4 Individual team marks will not be disclosed.

2.10 Prizes

2.10.1 Plaques and certificates of achievement will be awarded to the winning


teams.(champion,2nd placing and 3rd placing)

2.10.2 Plaques consolation and certificates of participation will be awarded to all


participating teams. (4th placing until 10th placing)

 This concept paper is valid until further notification or revision from the Selangor State
Education Department and can be used for preschool competitions organized by the
Selangor State Education Department.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN


PRASEKOLAH KPM

NYANYIAN DAN GERAKAN

1. Penyertaan

1.1 Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid prasekolah Kementerian

Pendidikan Malaysia dan disampaikan dalam Bahasa Melayu.

2. Tema Pertandingan

2.1 Tema adalah berdasarkan aspek yang berikut :

2.1.1 Warisan Budaya

2.1.2 Sopan Santun Budaya Kita

2.1.3 Modal Insan

2.2 Pemilihan tema juga mestilah :

2.2.1 Mempunyai unsur pengajaran.

2.3 Mesej persembahan hendaklah sesuai dengan tahap umur murid-murid.

2.3.1 Lagu / Nyanyian tidak menyentuh isu-isu sensitif agama, ras /

keturunan mana-mana kaum di negara ini.

3. Syarat Pertandingan

3.1 Penyertaan

3.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah KPM yang umur

5 dan 6 tahun.

3.1.2 Setiap daerah dikehendaki menghantar seramai 11 orang peserta.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

3.2 Masa

3.2.1 Masa yang diperuntukkan ialah 8-10 minit. Loceng pertama akan

dibunyikan sekali pada 8 minit pertama dan loceng kedua sebanyak 2

kali pada minit ke 10.

3.2.2 Masa hanya akan dikira sebaik sahaja peserta telah bersedia untuk

membuat persembahan.

3.2.3 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambilkira dalam masa

persembahan.

3.2.4 Persediaan 5 minit dan kemas 3 minit.

3.3 Tatacara Persembahan

3.3.1 Sebarang pakaian dan props adalah dibenarkan dan ia adalah di bawah

urusan daerah masing-masing. Namun demikian props yang berlebihan

tidak digalakkan.

3.3.2 Murid dikehendaki membuat pergerakan sambil menyanyi.

3.3.3 Guru tidak dibenarkan membimbing semasa persembahan dijalankan.

(No floor coaching allowed)

3.4 Skema Permarkahan

Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

3.4.1 Harmoni - 25%

3.4.2 Kreativiti dan Gerakan - 25%

3.4.4 Persembahan - 20%

3.4.3 Tempo / Rentak - 15%

3.4.5 Pakaian dan Props - 15%

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

4.0 Keputusan Pengadil

4.1 Keputusan hakim adalah muktamad

5. Peraturan Am

5.1 Setiap daerah diwakili oleh satu pasukan sahaja.

5.2 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).

5.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu salinan CD lagu(minus one)

tanpa suara atausoftcopy berkenaan untuk kegunaan semasa pertandingan

dan salinan CD tersebut hendaklah dihantar kepada urus setia berkenaan satu

minggu sebelum pertandingan.

5.4 Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka

pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan

yang mengambil bahagian.

5.5 Penggunaan alat perkusi TIDAK DIBENARKAN.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN KUIZ PENDIDIKAN ISLAM


PRASEKOLAH KPM
___________________________________________________________________________

1.0 Diwakili oleh 3 orang peserta.

2.0 Soalan akan disediakan dan disiapkan oleh penyelaras soalan.

3.0 Pertandingan dijalankan sebanyak tiga (3) pusingan.

3.1 Pusingan pertama : Al-Quran & Jawi

3.2 Pusingan kedua : Aqidah & Ibadah

3.3 Pusingan ketiga : Akhlak & Sirah

4.0 Setiap soalan akan dibaca sebanyak dua (2) kali.

4.1 Jawapan yang diterima hanya sekali sahaja dalam tempoh tiga puluh (30) saat dan

pembantu lima belas (15) saat sahaja.

4.2 Setiap jawapan yang betul akan diberi tiga (3) markah dan pembantu satu (1) markah.

4.3 Kesemua soalan berbentuk objektif dan para peserta dikehendaki menjawab A, B dan

C menggunakan jawapan yang disediakan dengan kaedah angkat dan sebut.

4.4 Setiap pusingan terdapat 3 soalan. Peserta perlu memilih set soalan yang disediakan.

4.5 Peserta dilarang sama sekali berbincang atau memberi jawapan kepada peserta

yang sedang menjawab.

5.0 Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang mendapat markah yang tinggi.

5.1 Sekiranya terdapat markah yang sama, untuk menentukan tempat pertama kedua

dan ketiga,

5.1.1 Seorang peserta sahaja akan mewakili kumpulan ke pusingan penentuan

5.1.2 TIGA soalan ( 1 soalan Al-Quran/Jawi , 1 soalan Aqidah / Ibadah, 1 soalan

Akhlak/ Sirah) akan dikemukakan

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

5.1.3 Kaedah siapa cepat akan digunakan dalam pusingan ini

5.1.4 Sekiranya ada kumpulan yang dapat menjawab dengan cepat tetapi jawapan

yang diberikan salah, maka 1 markah akan ditolak daripada kumpulan

tersebut.

5.1.5 Soalan yang sama akan dibuka kepada peserta yang lain.

5.1.6 Sekiranya soalan tersebut gagal dijawab dengan tepat, maka ianya akan

ditutup.

6.0 Soalan akan diambil daripada sukatan pelajaran KSPK.

7.0 Guru tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pertandingan.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN SUDOKU KIDS


PRASEKOLAH KPM
___________________________________________________________________________

1. Setiap daerah diwakili oleh 3 orang peserta


2. Soalan akan disediakan dan disiapkan oleh penyelaras soalan.
3. Pertandingan akan dijalankan sebanyak 3pusingan:
- Pusingan pertama
o Masa yang diberikan selama 10 minit
o Soalan 16 petak (4X4)
o Mengandungi 4 soalan yang terdiri daripada 3 soalan numerik ( 1, 2,3 dan
4) dan 1 soalan bentuk (2D)- ( bulat, segiempat, segitiga dan bentuk hati)
o Pusingan pertama – 8 klu
o Kertas jawapan peserta akan dikutip oleh urus setia setelah masa tamat.
o Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat dalam tempoh masa yang
diberikan akan ke pusingan kedua.

- Pusingan kedua
o Masa yang diberikan selama 10 minit
o Soalan 16 petak (4X4)
o Mengandungi 4 soalan yang terdiri daripada 3 soalan numerik ( 1, 2,3 dan
4) dan 1 soalan bentuk (2D)- ( bulat, segiempat, segitiga dan bentuk hati)
o Pusingan kedua – 6 klu
o Kertas jawapan peserta akan dikutip oleh urus setia setelah masa tamat.
o Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat dalam tempoh masa yang
diberikan akan ke pusingan ketiga.

- Pusingan ketiga
o Masa yang diberikan selama 10 minit
o Soalan 16 petak (4X4)
o Mengandungi 4 soalan yang terdiri daripada 3 soalan numerik ( 1, 2,3 dan
4) dan 1 soalan bentuk (2D)- ( bulat, segiempat, segitiga dan bentuk hati)
o Pusingan ketiga – 4 klu
o Kertas jawapan peserta akan dikutip oleh urus setia setelah masa tamat.
o Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat dalam tempoh masa yang
diberikan akan dikira sebagai pemenang. (3 orang).
o Sekiranya terdapat lebih dari 3 orang pemenang, peserta akan diberikan
soalan tambahan. Peserta perlu menjawab satu soalan bentuk 2D dengan
hanya 3 klu sahaja dalam masa 3 minit. 3 peserta terawal dengan
bilangan jawapan betul terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019


PPDG/CDGN/01

4. Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-7 sebagai peringatan, dan dua kali pada
minit ke-10 (menandakan masa telah tamat).

5. Peserta dilarang sama sekali berbincang atau memberi jawapan kepada peserta yang
sedang menjawab.
6. Jawapan peserta akan disemak oleh hakim setelah tempoh masa setiap pusingan
berakhir

7. Peserta yang layak ke peringkat kedua dan ketiga atau seterusnya untuk
mendapatkan pemenang akan diumumkan oleh hakim.

8. Guru tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan
atau bahasa badan kepada peserta dalam bilik pertandingan.

9. Keputusan hakim adalah muktamad.

Karnival Pendidikan Prasekolah Negeri Selangor Tahun 2019

Anda mungkin juga menyukai