Anda di halaman 1dari 10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT

KERTAS KONSEP

KARNIVAL KETERAMPILAN BAHASA


BITARA #108

CABARAN PENGLIPUR LARA

PERINGKAT DAERAH KANOWIT TAHUN 2022

(SECARA DALAM TALIAN)

Anjuran:
SK SUNGAI TUAH, KANOWIT
CABARAN PENGLIPUR LARA

1.0 PENGENALAN

Cabaran Penglipur Lara adalah salah satu cabaran dalam Karnival


Keterampilan Bahasa Bitara #108 di bawah inisiatif Pemartabatan Pendidikan
Bahasa Melayu Tahun 2022, anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid
(Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan kerjasama
semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan dilaksanakan secara
dalam talian.

Penglipur Lara merupakan seorang yang berkebolehan dalam menyampaikan


sesebuah cerita untuk menghilangkan rasa resah, berdukacita, penat dan letih
yang dihadapi oleh khalayak yang menonton atau mendengar. Kebiasaannya
cerita penglipur lara adalah cerita-cerita istana yang mengandungi unsur
pengembaraan. Konsep yang ingin diketengahkan dalam Cabaran Penglipur
Lara ialah satu penceritaan dalam bentuk kontemporari, mengikut peredaran
semasa dan berbeza dari segi medium persembahan cerita.

Lantaran itu, Cabaran Penglipur Lara dijadikan sebagai salah satu program
dalam Karnival Keterampilan Berbahasa BITARA #108 untuk meningkatkan
kemahiran lisan dan merangsang imaginasi murid. Cabaran Penglipur Lara
akan lebih menarik sekiranya murid menggunakan bahasa, pergerakan dan
mimik muka yang sesuai dengan jalan cerita. Cerita yang berunsurkan nilai
murni dan sarat dengan pengajaran juga dapat membentuk peribadi murid
kepada sifat-sifat yang positif.

2.0 OBJEKTIF
3.0 KATEGORI CABARAN

Cabaran ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia dari tahun satu
hingga enam di semua Sekolah Rendah y a n g b e r d a f t a r d e n g a n
K e m e n t e r i a n Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertandingan ini terbahagi kepada satu (1) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 1 - 6

4.0 FORMAT CABARAN

4.1 Cabaran diadakan secara dalam talian.

4.2 Penyertaan adalah secara individu.

5.0 SYARAT CABARAN

5.1 Bilangan penyertaan adalah SATU video bagi seorang murid.

5.2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:


5.2.1 buku cerita yang terdapat di pasaran
5.2.2 cerita dari majalah atau media massa lain
5.2.3 cerita daripada bahan elektronik / Internet
5.2.4 hasil karya sendiri

5.3 Kualiti cerita dan persembahan:


5.3.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan
nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras,
agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin.
5.3.2 Murid menyampaikan cerita secara spontan mengikut kreativiti
tanpa sebarang tema yang ditetapkan.
5.3.3 Unsur seni bahasa boleh diselitkan tetapi tidak menjejaskan jalan
cerita.
5.3.4 Isi cerita juga boleh berdasarkan pengalaman, pengetahuan
sedia ada murid, imaginasi, pembacaan dan cerita rekaan yang
disampaikan secara spontan dengan bahasa yang mudah
difahami, tersusun dan betul.
5.4 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi :

5.4.1 Sekolah Rendah (Tahun 1 - 6) : antara 2 hingga 3 minit


5.5 Kualiti rakaman video

5.5.1 Rakaman video tidak perlu mempunyai tanda pengenalan diri.


5.5.2 Peserta tidak dibenarkan untuk menyunting rakaman video dari
segi pengadun alih suara (dubbing), segerak suara (miming)
atau mengadakan kesan bunyi.
5.5.3 Penggunaan latar belakang layar hijau (green screen) dan muzik
latar yang minimum adalah dibenarkan.
5.5.4 Penggunaan muzik dan aplikasi tambahan tidak dibenarkan.

5.6 Rakaman mestilah dalam bentuk melintang (landscape). Video tersebut


hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta dan
hendaklah dirakam dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi
720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan.

5.7 Penggunaan kostum dan prop adalah dibenarkan tetapi sekadar hiasan
sahaja dan tidak memberi sebarang markah.

6.0 PEMILIHAN TEMA

Pemilihan tema adalah BEBAS selagi mematuhi syarat-syarat pertandingan.


.

7.0 PELAKSANAAN

7.1 Saringan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan


Daerah (PPD). Hanya tiga (3) penyertaan terbaik bagi setiap kategori
di peringkat daerah akan menyertai peringkat negeri. Kesemua
penyertaan di peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan peringkat
negeri.

7.2 Cabaran di peringkat negeri akan dikelolakan oleh JPNS. Tarikh


pendaftaran dan penghantaran karya untuk peringkat negeri ialah
pada 1 hingga 15 Ogos 2022.

7.3 Setiap peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan


daripada PPD masing-masing melalui surat iringan yang perlu dimuat
naik ke Google Forms pendaftaran.

8.0 KRITERIA PEMARKAHAN CABARAN PENGLIPUR LARA

8.1 Bahasa : 40 markah


8.2 Kelancaran : 20 markah
8.3 Intonasi : 20 markah
8.4 Kreativiti : 10 markah
8.5 Nilai dan pengajaran : 10 markah
9.0 PENILAIAN CABARAN

9.1 Penyertaan yang telah disaring di peringkat daerah akan dimajukan


kepada JPNS selaku pengelola untuk penjurian peringkat negeri.

9.2 Setiap juri yang dilantik sebagai penilai mesti mematuhi peraturan
kertas konsep Cabaran Penglipur Lara JPNS.

9.3 Lantikan panel penilai untuk peringkat negeri adalah di bawah


penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM,
JPNS.

10.0 PROSEDUR PENYERTAAN

10.1 Semua pendaftaran mesti dibuat secara dalam talian.

10.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan
betul.

10.3 Peserta yang terpilih bagi mewakili sekolah masing-masing perlu


memuat naik video ke Google Form pendaftaran yang disediakan
oleh SK Sungai Tuah.

10.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption NamaSekolah_TajukVideo


sebelum dimuat naik ke pautan pendaftaran.

10.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
sekolah.

10.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuatnaik


ke Google Form pendaftaran:

10.6.1 Borang Penyertaan (Lampiran 1)


10.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Lampiran 2)
10.6.3 Karya Video (AVI atau MP4)

11.0 HAK MILIK VIDEO

11.1 Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di


mana- mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 TINDAKAN

Pihak JPNS berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat


yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
13.0 AM

13.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat cabaran atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh
pihak Jawatankuasa Pengelola Cabaran.

13.2 Konsep cabaran peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
cabaran peringkat kebangsaan Tahun 2022.

13.3 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.

13.4 Maklumat program turut dihebahkan melalui Facebook pages Jabatan


Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku JPN
Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

CIKGU JEFFRY MANGGIE


Penyelaras Pertandingan Cabaran Penglipur Lara
SK Sungai Tuah
019-8982779

MAMORA NEPOK ANAK MEGE @ MIGIE


Pegawai Teknikal Daerah
Kelab dan Persatuan
013 – 8944342
Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

KARNIVAL KETERAMPILAN BAHASA BITARA #108


CABARAN PENGLIPUR LARA
PERINGKAT DAERAH KANOWIT 2022

KATEGORI PENYERTAAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)


 KATEGORI SEKOLAH RENDAH

PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK VIDEO
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN/TINGKATAN
KAUM
JANTINA
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: Cap rasmi sekolah:


BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Lampiran 2
Saya (Ibu/Bapa/Penjaga)No. Kad
Pengenalan membenarkan anakjagaan saya
No. Kad Pengenalan
menyertaiKARNIVALKETERAMPILANBAHASA
BITARA #108 – CABARAN PENGLIPUR LARA PERINGKAT DAERAH KANOWIT 2022.

Sekian, terima kasih.


KARNIVAL KETERAMPILAN BAHASA BITARA #108
CABARAN PENGLIPUR LARA
Tandatangan: PERINGKAT DAERAH KANOWIT 2022

(Ibu/Bapa/ Penjaga)

Tarikh:
CONTOH BORANG PEMARKAHAN
MARKAH KRITERIA CEMERLANG BAIK SEDERHANA PERLU JUMLAH
PENAMBAHBAIKAN

40% BAHASA

20% KELANCARAN

20% INTONASI

10% KREATIVITI

10% NILAI DAN


PENGAJARAN

JUMLAH KESELURUHAN

Anda mungkin juga menyukai