Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PIDATO
KO-AKADEMIK PRAUNIVERSITI (KOPRA-U)
PERINGKAT NEGERI SABAH
2023

Anjuran
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

dengan kerjasama
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN
PUSAT TINGKATAN ENAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GARAM, KINABATANGAN

1
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM


PERINGKAT NEGERI SABAH 2023

(KATEGORI PIDATO)

1. LATAR BELAKANG

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi
idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan.
Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat,
peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk
mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian
nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi,
menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang
bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini
dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

2. OBJEKTIF

2.1 Membina keyakinan diri.


2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.

3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang


belajar di Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam di seluruh negeri
Sabah

3.2 Syarat Tambahan Pertandingan dalam talian.

3.2.1 Pidato yang dihantar dan dirakam tidak boleh menyentuh sensitiviti
kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada mana-
mana pihak.
3.2.2 Peserta boleh memilih salah satu tema yang disediakan oleh penganjur.

2
3.2.3 Pidato hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau
MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk
pautan kepada penganjur oleh peserta tanpa iringan muzik.
3.2.4 Suntingan audio dan video tidak dibenarkan.
3.2.5 Durasi video (pidato) adalah antara lima (6) hingga tujuh (9) minit sahaja.
3.2.6 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik dalam google
form dan dihantar kepada Pegawai Teknikal atau e-melkan ke alamat
yang diberikan.
3.2.7 Setiap peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap
bersama-sama dengan rakaman video (melalui e-mel) atau google form.
Peserta dikehendaki berpakaian sekolah yang lengkap / pakaian
kebangsaan.
3.2.8 Tarikh penghantaran video berdasarkan arahan yang akan ditentukan
kelak.
3.2.9 Pihak penganjur akan membuat penjurian selepas tarikh tutup.
Keputusan hakim adalah muktamad.
3.2.10 Lima (5) peserta terbaik akan dihubungi oleh JPN atau penganjur untuk
pusingan akhir secara bersemuka di Pejabat Pendidikan Daerah
Kinabatangan.

4. FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam bahagian satu dan lima peserta terbaik sahaja akan mara ke bahagian dua
iaitu pidato spontan. Giliran peserta bagi bahagian dua akan ditentukan mengikut
undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta
sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato tidak
dibenarkan memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan merakamkan video pidato yang disampaikan dengan tajuk yang telah
disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan. Peserta


dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim.
Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan semasa pusingan akhir dan secara
bersemuka. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu (1) minit untuk
membuat persediaan tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan,
alat komunikasi dan alat eletronik.

3
4.1 Senarai tema pidato adalah seperti yang berikut:

Bil. TEMA
1. Perpaduan Asas Kecemerlangan
2. Malaysia Negaraku Terbilang
3. Dadah Pemusnah Negara
4. Pendidikan Tunjang Kekuatan Negara
5. Alam Sekitar Khazanah Negara

4.2 Peserta bebas tema yang telah disenaraikan oleh penganjur untuk pertandingan
peringkat negeri.

4.3 Penyampaian pidato selain daripada tema yang disenaraikan akan


menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1 Peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat daerah layak menyertai
pertandingan peringkat negeri.
5.2 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik
termasuk pita rakaman semasa berpidato.
5.3 Perlakuan yang kurang sopan semasa di dalam rakaman atau di atas pentas adalah
dilarang.
5.4 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan
penyertaannya serta-merta.

6. HADIAH

Peringkat Negeri Sabah :

Johan : Trofi, Hamper & Sijil Penghargaan


Naib Johan : Trofi, Hamper & Sijil Penghargaan
Ketiga : Trofi, Hamper & Sijil Penghargaan
Sagu Hati 4&5 : Sijil Penghargaan

4
7. HAKIM

7.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah/negeri dan
peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.
7.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu,
guru Sastera, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.
7.3 Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan keadaan latar tempat rakaman dan
reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.
7.4 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, menyentuh isu
sensitif, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai
pemenang.
7.5 Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta memaparkan
wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat.
7.6 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan peserta
ketika berpidato secara atas talian.
7.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

8. ASPEK PENILAIAN

8.1 PIDATO

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama


Idea/Isi (30 markah)
Bahasa (20 markah)
Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)


Isi (40 markah)
Bahasa (30 markah)
Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

5
9 PANDUAN KEPADA PESERTA

9.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema
pidato masing-masing.

9.2 Peserta yang yakin akan menumpukan pandangan matanya kepada kamera dan
penonton, manakala peserta yang tidak yakin pandangan matanya akan lari ke atas
atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang kamera dan wajah
penonton.

9.3 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati pidato yang ingin disampaikan.
Markah akan dipotong jika melihat teks secara berterusan.

10 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peringkat Negeri Sabah


a) Tarikh : 30 Oktober – 24 November 2023.
b) Tempat :
(Pusingan Saringan) Rakaman Video Secara Dalam Talian
(Pusingan akhir) Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan

11 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI SABAH

11.1 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Negeri Sabah dipengerusikan


oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan jawatankuasa induk ialah
pensyarah Pusat Tingkatan Enam SMK Bukit Garam, Kinabatangan.

11.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Negeri Sabah berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara
yang tidak diingini demi memastikan kelancaran pertandingan pada satu-satu
masa.

12. AM

12.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan pihak penganjur.

12.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur

6
Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:

Kasmah Ramzali,
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
SMK Bukit Garam,
W.D.T 12, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah.
No. Tel.: 089 561909 /
No. Faks: 089 561386
E-Mel :

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Sabah,


Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam,
W.D.T 12, 90200 Kota Kinabatangan,
Sabah.

Oktober 2023.

Anda mungkin juga menyukai