Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN KOKADEMIK BAHASA MELAYU &

BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2021 – PERTANDINGAN PIDATO

KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU
PERTANDINGAN PIDATO
TAHUN 2021
(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pendidikan Malaysia

Nota :

Bagi Peringkat PPD Besut, PPD Besut mengambil format yang


dipertandingkan di peringkat Kebangsaan dengan olahan secara atas talian
DAN mengikut kesesuaian Peringkat PPD Besut.

PERTANDINGAN PIDATO
1.0 PENDAHULUAN

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea,
menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian
pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan,
penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien.
Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya
menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair.
Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan
dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Membina keyakinan diri.


2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.

1
PERTANDINGAN KOKADEMIK BAHASA MELAYU &
BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2021 – PERTANDINGAN PIDATO

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah


warganegara Malaysia sama ada di Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah
Rendah/Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai tetapi penyertaan
sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6

Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5

4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

4.1 PERINGKAT DAERAH

4.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta mengendalikan


pertandingan di peringkat ini.

4.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke


pertandingan di peringkat negeri.

4.1.3. Setiap sekolah HANYA boleh mencalonkan seorang peserta (1)


terbaik sahaja untuk menyertai pertandingan peringkat Daerah Besut.

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN).

4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

4.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke


pertandingan peringkat kebangsaan.

2
PERTANDINGAN KOKADEMIK BAHASA MELAYU &
BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2021 – PERTANDINGAN PIDATO

4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan


tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada
urus setia di peringkat kebangsaan.

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa


Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri masingmasing ke
pertandingan peringkat kebangsaan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam
kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut
undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta
sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato tidak dibenarkan
memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

5.1 BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan
oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

5.2 BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam
sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini
dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah
mendapat tajuk, peserta diberi masa satu (1) minit untuk membuat persediaan di
pentaspidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat
komunikasi dan alat eletronik.

( Nota : Bagi Peringkat Daerah Besut, Bahagian ini TIDAK DIPERTANDINGKAN )

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.3.1 Peserta sekolah menengah diberi masa tujuh (7 minit) untuk pidato
bahagian pertama, dan empat (4 minit) untuk pidato bahagian kedua.

5.3.2 Bagi peserta sekolah rendah diberi masa lima (5 minit) untuk pidato
bahagian pertama, dan tiga (3 minit) untuk pidato bahagian kedua

3
PERTANDINGAN KOKADEMIK BAHASA MELAYU &
BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2021 – PERTANDINGAN PIDATO

5.3.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu (1 minit ) sebelum tamat, dan
dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

5.3.4 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap


bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

5.3.5 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama,
bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

5.3.6 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

5.3.7 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat
kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya)
tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan
peringkat pertandingan.

5.3.8 Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam


sekolah/pakaian kebangsaan.

5.3.9 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar


manamana peraturan di atas.

5.4 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PERTANDINGAN ATAS TALIAN

5.4.1 Pidato yang dihantar dan dirakam tidak boleh menyentuh sensitiviti
kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada mana-mana
pihak.

5.4.2 Pemilihan tajuk pidato. Murid boleh memilih salah satu tajuk pidato
yang disediakan oleh penganjur.

5.4.3 Pidato hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau
MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk pautan
kepada negeri penganjur.oleh peserta tanpa iringan muzik.

5.4.4 Suntingan audio dan video tidak dibenarkan.

5.4.5 Durasi video (pidato pertama) adalah antara lima (5) hingga tujuh (7)
minit sahaja bagi sekolah menengah dan antara empat (4) hingga lima minit
(5 minit) sahaja bagi sekolah rendah. Manakala bagi pidato kedua (spontan)

4
PERTANDINGAN KOKADEMIK BAHASA MELAYU &
BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2021 – PERTANDINGAN PIDATO

paparan masa akan ada pada skrin. Pengiraan detik “countdown” 5 saat
sebelum bermula.
5.4.6 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik dalam
google form dan dihantar kepada Pegawai Teknikal atau e-melkan ke
alamat yang diberikan.

5.4.7 Setiap peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang


lengkap bersama-sama dengan rakaman video (melalui e-mel) atau google
form. Peserta dikehendaki berpakaian sekolah yang lengkap.

5.4.8 Tarikh penghantaran video berdasarkan arahan yang akan ditentukan


kelak.

5.4.9 Pihak JPN akan membuat penjurian selepas tarikh tutup. Keputusan
hakim adalah muktamat.

5.4.10 Sepuluh (10) peserta terbaik akan dihubungi oleh JPN untuk sesi
pidato spontan di peringkat akhir. Johan akan mewakili negeri/JPN ke
peringkat kebangsaan.6

5.4.11 Peserta yang terpilih mewakili negeri masing-masing akan


bertanding di peringkat kebangsaan juga secara atas talian bagi pidato
pertama dan kedua di JPN masing-masing.

5.5 PEMILIHAN TAJUK

5.5.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri Jawatankuasa setiap


peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato Bahagian Pertama dan
Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa
negara.

Tajuk peringkat Daerah Besut :

( Calon boleh memilih isu-isu yang ada disiarkan di media massa


negara )

5.5.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

5.5.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini


disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada peserta


negeri sebaik sahaja semua keputusan peringkat negeri diterima oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5
PERTANDINGAN KOKADEMIK BAHASA MELAYU &
BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT TAHUN 2021 – PERTANDINGAN PIDATO

5.5.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan secara


undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
5.5.2.4 Enam belas (16) peserta setiap negeri dalam pertandingan
peringkat separuh akhir kebangsaan di bahagi kepada dua kumpulan. Tiga
peserta terbaik setiap kumpulan bagi dipilih untuk ke pertandingan akhir
peringkat kebangsaan.

5.6 PERATURAN PEMARKAHAN

5.6.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea/Isi (30 markah)

4.5.1.2 Bahasa (20 markah)

4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

5.6.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

4.5.2.2 Isi (40 markah)

4.5.2.2 Bahasa (30 markah)

4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

6.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana platform bagi
tujuan hebahan atau pendidikan.

7.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau
mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola pertandingan
yang mana keputusan adalah Muktamad.

Disediakan dan Diolah Semula :

Unit Pembangunan Bakat Murid


Pejabat Pendidikan Daerah Besut
Tahun 2021

Anda mungkin juga menyukai