Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KONSEP BAHASA MELAYU_PERTANDINGAN PIDATO_PERINGKAT NEGERI_2023

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PIDATO
PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2023

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan:
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit

dengan Kerjasama:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
1.0 PENGENALAN

1.1 Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara
bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan
selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien.
Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan
gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi,
menyanyi, dan bersyair.

1.2 Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan
menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini
dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan
zaman.

1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid berpidato secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2. Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah penulis-


penulis tempatan dan luar negara.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca


dan menulis.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh JPN dengan


kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan)
peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.
4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti
berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah


bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan
tatarias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4 Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

5.4.1 Bahagian Pertama :

5.4.1.1 Tema: Pendidikan/Sukan/Teknologi

5.4.1.2 Tajuk disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan salah satu


(1) tema seperti di atas

5.4.1.3 Tajuk yang dipilih mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif,


politik dan perkauman.

5.4.2 Bahagian Kedua

5.4.2.1 Tema Wira Anti Rasuah (WAR)


(Tajuk spontan diberikan semasa pertandingan)

5.4.2.2 Peserta akan dikuarantinkan bagi menunggu giliran


masing-masing.
5.5 Tempoh masa berpidato ialah seperti berikut:.

5.5.1 Bahagian Pertama


5.5.1.1 Murid Tahun 4 - 6 : lima (5) minit sahaja
5.5.1.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : tujuh (7) minit sahaja
5.5.1.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : sembilan (9) minit sahaja
5.5.1.4 Murid Tingkatan 6 : 10 minit sahaja

5.5.2 Bahagian Kedua


Tempoh persediaan satu (1) minit diberikan sebaik sahaja tajuk
dipaparkan

5.5.2.1 Murid Tahun 4 - 6 : tiga (3) minit sahaja


5.5.2.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : empat (4) minit sahaja
5.5.2.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : lima (5) minit sahaja
5.5.2.4 Murid Tingkatan 6 : enam (6) minit sahaja

5.6 Loceng akan dibunyikan sekali iaitu satu (1) minit sebelum tamat dan dua
(2) kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.
Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap
bahagian pertandingan tidak diberikan markah.

5.7 Masa Bahagian Pertama akan dikira sebaik sahaja peserta memulakan
pidato manakala masa Bahagian Kedua akan dikira sebaik sahaja loceng
dibunyikan.

5.8 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Bahagian Pertama

6.1.1 Idea/Isi 30 markah


6.1.2 Bahasa 20 markah
6.1.3 Penyampaian dan Persembahan 50 markah
Jumlah 100 markah

6.2 Bahagian Kedua (Spontan)


6.2.1 Isi 40 markah
6.2.2 Bahasa 30 markah
6.2.3 Penyampaian dan Persembahan 30 markah
Jumlah 100 markah
7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Peringkat negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim.

7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

7.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep.

7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat hadiah
dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:

8.1 Johan
8.2 Naib Johan
8.3 Tempat Ketiga
8.4 Tempat Keempat
8.5 Tempat Kelima

9.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.
11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

11.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

11.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk
pertandingan yang dianjurkan oleh JPN.

11.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
BORANG PENYERTAAN KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM
(PERTANDINGAN PIDATO)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :

Tarikh lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:

No. telefon bimbit :

E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :

Tajuk Bahagian Pertama :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :

No. telefon bimbit :

E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan Guru
:
Besar/Pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :
BORANG PEMARKAHAN PIDATO (BAHAGIAN PERTAMA)
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

Giliran Peserta: ……………………………..

Idea/Isi (30 markah) Bilangan Idea/Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah


(2 markah) (4 markah) (3 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Idea/Isi 1


-idea/isi yang bernas
-huraian yang jelas
-data/contoh yang tepat/logik
-Maksimum 3 idea/isi

Idea/Isi 2

Idea/Isi 3

Kematangan isi Markah maksimum 3

Jumlah markah idea/isi

Bahasa (20 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Tatabahasa (10 markah)


- bahasa yang jelas
- bahasa baku
- gaya bahasa yang berkesan/ tepat Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)

Bahasa baku (5 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian dan persembahan


(50 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara (10 markah)
- kepetahan
- kelancaran
- intonasi suara
- gaya yang menarik/berkeyakinan Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)
- dapat mempengaruhi/menarik perhatian
Audiens
- susunan idea/isi
Susunan idea/isi (10 markah)
Adab
Peserta akan dipotong 5 markah
maksimum jika;
- menyentuh isu sensitif Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audiens
-menggunakan bahasa yang kurang sopan (10 markah)
- tidak sempat membuat kesimpulan
Bonus Adab (5 markah)
Peserta akan diadili dari segi
persembahan keseluruhan, kesopanan
dan penampilan diri serta ketepatan masa Bonus (5 markah)

Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan bonus

Jumlah markah keseluruhan: 100 %

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )
BORANG PEMARKAHAN PIDATO (BAHAGIAN KEDUA)
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

Giliran Peserta: ……………………………..

Isi (40 markah) Bilangan Idea/isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah


(5 markah) (10 markah) (4 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Isi 1


- idea/isi yang bernas
- huraian yang jelas
- data/contoh yang tepat/logik Isi 2
- maksimum 2 isi

Kematangan Isi Markah maksimum 2

Jumlah markah
idea/isi

Bahasa (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Tatabahasa (10 markah)


- bahasa yang jelas
- bahasa baku
- gaya bahasa yang berkesan/
tepat Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)

Sebutan bahasa (10 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian dan
persembahan (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan (5 markah)
- kepetahan
- kelancaran
- intonasi suara
- gaya yang Gaya yang menarik (5 markah)
menarik/berkeyakinan
- dapat mempengaruhi/menarik
perhatian audiens
- susunan idea/isi
Isi yang tertib (5 markah)
Adab .
Peserta akan dipotong 5 markah Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)
maksimum jika:
- menyentuh isu sensitif
- menggunakan bahasa yang
kurang sopan Adab (5 markah)
- tidak sempat membuat
kesimpulan
Bonus (5 markah)
Bonus .
Peserta akan diadili dari segi
persembahan keseluruhan, Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan bonus
kesopanan dan penampilan diri
serta ketepatan masa

Jumlah markah keseluruhan: 100 %

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )
BORANG RUMUSAN MARKAH
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

Markah Pidato
Giliran Markah Pidato
Bahagian kedua Jumlah Kedudukan
Peserta Bahagian Pertama
(spontan)

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )
BORANG RUMUSAN HAKIM
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

Giliran KEDUDUKAN PESERTA


Peserta

Keputusan
Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Catatan
Panel Hakim

Tandatangan

Pengesahan oleh ketua hakim,

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN
SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

PERANAN NAMA TANDATANGAN

KETUA
HAKIM

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim,

.................................................................. Tarikh: ……………………...


( )

Anda mungkin juga menyukai