Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
DEKLAMASI SAJAK
SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT DAERAH MUKAH 2023
SEMPENA 60 TAHUN SARAWAK MERDEKA

ANJURAN : PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN MUKAH


KELOLAAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUKAH

Tarikh: 22 Mei 2023 hingga 16 Jun 2023

Tempat / Venue:
Secara Dalam Talian (22 Mei 2023 hingga 7 Jun 2023)
Dewan Suarah Mesra Mukah (Bersemuka :16 Jun 2023)
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Deklamasi Sajak adalah salah satu aktiviti anjuran Pejabat Residen
Bahagian Mukah dengan kerjasama dan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
Mukah yang akan dilaksanakan secara dalam talian.

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan
tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap,rima dan
sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna pembacaan sajak dan sebagainya
dengan irama suara, gaya dan penuh perasaan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.
2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan
bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati
diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.

3.0 PELAKSANAAN
3.1 Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.
3.2 Tiga (3) pemenang peringkat daerah akan bertanding secara bersemuka bersama
deklamasi sajak secara bersemuka tiga (3) pemenang peringkat daerah Dalat dan
Daro pada 16 Jun 2023 di Dewan Suarah Mukah.
3.3 Pertandingan peringkat daerah akan dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Mukah
dan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.

4.0 KATEGORI
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah yang
terbahagi kepada Dua (2) Kategori secara Individu seperti berikut:
4.2.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 sehingga Tahun 6
4.2.2 Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6

5.0 SYARAT-SYARAT
5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di sekolah
rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) di daerah
Mukah.
5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat
kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias dibenarkan
tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang markah. Pakaian seragam sekolah
dibenarkan.
5.4 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi 3-7 minit. Persembahan yang
melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong lima (5) markah daripada markah
keseluruhan.
5.5 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera (komputer, telefon
pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio. Rakaman video
mestilah dilakukan secara rakaman pegun (single shoot) dan tidak boleh melalui proses
suntingan. Video tersebut hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej
peserta dan hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan

1
resolusi 720P/1080P serta dimuat naik di dalam Google Form yang akan disediakan oleh
pengelola.
5.6 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum dekat (zoom in)
dan zum jauh (zoom out) semasa rakaman video dibuat.
5.7 Tema sajak ialah “Sarawak Maju Makmur” (Sempena 60 Tahun Sarawak
Merdeka)
5.8 Kandungan sajak mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, kaum, agama dan tidak menghina mana-mana
pemimpin.
5.9 Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepandu (teleprompter)
adalah tidak dibenarkan.
5.10 Penggunaan layar hijau (green screen) dalam video rakaman adalah tidak dibenarkan
5.11 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan
yang disediakan dan dihantar kepada pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan

6.0 SUMBER SAJAK


6.1 Peserta boleh mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan sajak yang
bertepatan dengan tema yang ditetapkan atau mendeklamasi sajak hasil ciptaan
sendiri. Peserta perlu menyatakan tajuk dan penulis sajak dalam rakaman
video secara lisan sahaja.
6.2 Teks sajak mestilah ditaip menggunakan aksara bersaiz dua belas (12), font Arial
dan langkau dua (2) baris atau double spacing.
6.3 Teks sajak hendaklah dihantar kepada pihak pengelola melalui pautan Google Form
pendaftaran dalam format PDF dan dinamakan dengan caption
NamaSekolah_NamaMurid_TajukSajak sebelum dimuatnaik.

7.0 ASPEK PEMARKAHAN


7.1 Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:
7.1.1 Vokal 20 markah
7.1.2 Intonasi 15 markah
7.1.3 Nada 10 markah
7.1.4 Artikulasi 15 markah
7.1.5 Kelancaran 10 markah
7.1.6 Kawalan suara 10 markah
7.1.7 Penghayatan/Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah
7.1.8 Penampilan/Ketertiban 10 markah

Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN
8.1 Pertandingan akan dinilai oleh hakim yang dilantik oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Mukah.
8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
8.3 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid
(Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.
8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep.

2
8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Hadiah dan Sijil Pencapaian


Naib Johan : Hadiah dan Sijil Pencapaian
Tempat Ketiga : Hadiah dan Sijil Pencapaian
Tempat Keempat : Hadiah dan Sijil Pencapaian
Tempat Kelima : Hadiah dan Sijil Pencapaian
Penyertaan : Sijil Penyertaan

10.0 PROSEDUR PENYERTAAN


10.1 Semua pendaftaran mesti dibuat secara dalam talian.
10.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul.
10.3 Video peserta yang dipilih bagi mewakili sekolah masing-masing perlu dimuat naik oleh
guru pembimbing ke Google Form pendaftaran yang disediakan oleh pengelola (Pautan
Google Form akan dikongsikan kemudian)
10.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption NamaSekolah_NamaMurid_TajukSajak
sebelum dimuatnaik ke pautan pendaftaran.
10.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh sekolah.
10.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuatnaik ke Google Form
pendaftaran:
10.6.1 Borang Penyertaan
10.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
10.6.3 Karya Video (AVI atau MP4)
10.6.4 Teks sajak (Format PDF)

11.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh Mula : 22 Mei 2023
Tarikh Akhir : 7 Jun 2023
Tempat : Sekolah masing-masing / Video dihantar secara dalam talian

12.0 PENGESAHAN PENYERTAAN


Setiap peserta peringkat daerah hendaklah mendapat pengesahan daripada Guru Be-
sar/Pengetua sekolah masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.

13.0 TINDAKAN
Pihak penganjur dan pengelola berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-
syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

14.0 HAK MILIK VIDEO


Pihak penganjur dan pengelola berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam
sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

3
15.0 AM
15.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
15.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Pejabat Residen Bahagian Mukah dan
Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.
15.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Surat Hebahan dan Jemputan
Menyertai Pertandingan kepada semua sekolah, Whatsapp dan Telegram Group
Pembangunan Bakat Murid Pendidikan Daerah Mukah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

ENCIK NUR FIKRI BIN SALLEH


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum),
Sektor Pembangunan Murid
084-871259 / 0138043030 fikri.salleh@moe.gov.my.

4
BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SECARA DALAM TALIAN


PERINGKAT DAERAH MUKAH 2023
SEMPENA 60 TAHUN SARAWAK MERDEKA
KATEGORI PERTANDINGAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)
[ ] KATEGORI SEKOLAH RENDAH
[ ] KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH
[ ] KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS
[ ] KATEGORI TINGKATAN ENAM
NAMA SEKOLAH
TAJUK SAJAK
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN/TINGKATAN
KAUM
JANTINA
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: Cap rasmi sekolah:


BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya __________________________________________ (Ibu/Bapa/Penjaga) Nombor


Kad Pengenalan _________________________________ membenarkan anaka jagaan
saya ___________________________________________ Nombor Kad Pengenalan
__________________________________ menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak
Secara Dalam Talian Peringkat Daerah Mukah 2023 Sempena 60 Tahun Sarawak
Merdeka.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ________________________
(Ibu/Bapa/Penjaga)

Tarikh : ________________________
Isi Kandungan dan Maklumat-Maklumat Yang Perlu Ada Di Dalam
Google Form Pertandingan Deklamasi Sajak Secara Dalam Talian
Peringkat Daerah Mukah 2023
Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka

1. Emel
2. NAMA SEKOLAH (HURUF BESAR) Sekolah Kebangsaan memadai ditulis SK.
(Contoh: SK MUKAH/SJKC CHONG BOON/SKA MIS MUKAH/SMK)
3. KOD SEKOLAH (HURUF BESAR)
4. NAMA PENUH MURID (HURUF BESAR SAHAJA) (Sila tulis nama penuh seperti
dalam Kad Pengenalan/My Kid/Surat Beranak/Passport)
5. NO.KAD PENGENALAN/NO.MYKID/NO.PASSPORT MURID (Diisi DENGAN
TANDA SENGKANG - ) (Contoh : 123456-13-7891
6. KATEGORI
7. TAHUN/TINGKATAN MURID
8. JANTINA MURID
9. KAUM MURID (HURUF BESAR)
10. GAMBAR MURID - Muat naik gambar berukuran passport. Pastikan nama fail
gambar ditulis dalam format berikut: Nama Sekolah_Nama Murid.(Nama Sekolah
boleh ditulis dalam singkatan) (Contoh : SKMukah_AlibinAbu)
11. NAMA GURU PEMBIMBING (HURUF BESAR) (Sila tulis nama penuh
seperti di Kad Pengenalan /My Kid/Surat Beranak/Passport)
12. JANTINA GURU
13. KAUM GURU (HURUF BESAR)
14. NO TELEFON BIMBIT GURU PEMBIMBING - Diiisi DENGAN sengkang - . Contoh
: 012-3456789.
15. BORANG PENYERTAAN Dalam format PDF. Pastikan nama fail ditulis dalam
format berikut:
Nama Sekolah_Nama Murid.(Nama Sekolah boleh ditulis dalam singkatan)
(Contoh : SKMukah_AlibinAbu)
16. BORANG KEBENARAN IBU BAPA Dalam format PDF. Pastikan nama fail ditulis
dalam format berikut:
Nama Sekolah_Nama Murid.(Nama Sekolah boleh ditulis dalam singkatan)
(Contoh : SKMukah_AlibinAbu)
17. SURAT IRINGAN SEKOLAH Dalam format PDF. Pastikan nama fail ditulis
dalam format berikut:
Nama Sekolah_Nama Murid.(Nama Sekolah boleh ditulis dalam
singkatan)
(Contoh : SKMukah_AlibinAbu)
18. TEKS SAJAK Dalam format PDF. Pastikan nama fail ditulis dalam format
berikut:
Nama Sekolah_Nama Murid.(Nama Sekolah boleh ditulis dalam
singkatan)
(Contoh : SKMukah_AlibinAbu)
19. MUAT NAIK VIDEO DEKLAMASI SAJAK Pastikan nama video ditulis
dalam format berikut:
Nama Sekolah_Nama Murid_Tajuk Sajak(Nama Sekolah boleh ditulis
dalam singkatan) (Contoh : SKMukah_AlibinAbu_SarawakKuCintai)

Anda mungkin juga menyukai