Anda di halaman 1dari 8

5 PRINSIP RUKUN NEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang kesopanan dan kesusilaan UNDANG2 PENGAKAP-maksud Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. (DIPERCAYAI) Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpinpemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. (TAAT) Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. (BERGUNA) Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. (BERSAUDARA) Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (BERBUDI) Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. (KASIHKAN BINATANG)

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpinpemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.(MENURUT PERINTAH) Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. (TABAH HATI) Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat. (BERJIMAT) Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (SUCI FIKIRAN, PERKATAAN, PERBUATAN) Cogan Kata Pengakap (Scout Motto) Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut: Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda - Selalu Sedia Pengakap Remaja - Pandangan Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP Dalam riwayat hidup B-P telah diterangkan bagaimana kejayaan BP mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelakiseramai 12 orang dan selepas itu ramai kanak-kanak memasuki Pasukan Pengakap termasuk kanak-kanak perempuan. Dengan yang demikian B-P telah mengasingkan kanak-kanak di bawah 11 tahun dan ditubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-kanak pada tahun 1916 kerana mereka terlalu muda. Percebran diri dalam pergerakan pengakap ini bukan sahaja kanak-kanak lelaki malahan kanak-kanak perempuan juga ingin memasuki Pergerakan Pengakap. B-P tidak melarang kanak-kanak perempuan

menceburkan diri dalam Pergerakan Pengakap ini tetapi tidak manis kegiatan bercampur gaul dengan kanak-kanak lelaki. Walau bagaimana pun B-P tidak berputus asa dan menunaikan juga kehendak mereka tetapi berlainan sedikit iaitu kanak-kanak perempuan diasingkan dan ditubuhkan pula Pasukan Pandu Puteri dan dipimpin oleh isterinya Lady Baden Powell. Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England. Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun

1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada tuhan, raja dan negara ; Menolong orang pada setiap masa ; Menurut undang-undang pengakap. Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.

Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan. PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik. Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan. Taat kepada Negara Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara. Menolong orang pada setiap masa Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau

kemalangan. Menurut Undang-undang Pengakap Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang pengakap. CERITA HUTAN CERITA HUTAN DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak

hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undangundang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

Anda mungkin juga menyukai