Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BUKU SKRAP

BADAN BERUNIFORM
SK SUNGAI RAMBAI 2021

PERTOLONGAN CEMAS (BANTU MULA)

TARIKH: 9 MAC -22 MAC 2021


TEMPAT: DI KEDIAMAN (ALAM MAYA)
MURID: SEMUA MURID TAHAP DUA
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BUKU SKRAP (UNIT BERUNIFORM) SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

1.0 PENDAHULUAN
Buku skrap dan folio adalah satu bahan yang dibina oleh pelajar secara kreatif
berinformasi adalah sebahagian dalam kaedah pedagogi iaitu pembelajaran belajar cara belajar.
Namun dalam membina buku skarp atau folio, guru pembimbimg khususnya guru unit
beruniform akan menentukan perkara penting yang perlu ada dalam kandungan buku tersebut.
Folio dan buku skrap adalah satu kerja khusus Unit Badan Beruniform SKSR terutamanya
pelajar tahap dua. Pendedahan awal mengenai pelaksanaan buku skrap atau folio
mampu membentuk warga sekolah yang berinformasi dan berdedikasi dengan rutinnya
sebagai seorang pelajar yang berilmu pengetahuan

2.0 RASIONAL PROGRAM

Pertandingan buku skrap dan pembuatan folio dilaksanakan berdasarkan Takwim Aktiviti
Badan Unit Beruniform SKSR adalah untuk mendedahkan pelajar kepada format kerja
kursus. Selain itu, melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran berfikir dalam
menghasilkan satu informasi kreatif. Tajuk Buku Skrap adalah Kemahiran Pertolongan Cemas
yang sangat penting dalam semua silibus pengajaran Unit Badan Beruniform. Gabungan
pengajaran dan pembinaan buku skrap akan memantapkan lagi penguasaan ilmu oleh pelajar
tahap dua SKSR.

3.0 TUJUAN

Adalah menjadi hasrat dan impian guru-guru unit beruniform untuk membentuk pelajar yang
mampu menguasai tahap kemahiran pertolongan cemas. Selain itu, diharap pertandingan ini
dapat melahirkan kumpulan pelajar yang berupaya mengumpul maklumat secara berkesan
sekaligus menguasai kemahiran belajar cara belajar yang cemerlang dan kreatif.

4.0 Objektif

i. Folio yang dihasilkan dapat memenuhi elemen pemarkahan kerja khusus murid tahap
dua yang telah ditetapkan oleh unit perancangan badan beruniform.
ii. Pelajar dapat menguasai teknik Belajar cara Belajar : kemahiran mengumpul
maklumat melalui penghasilan buku skarp bagi semua murid tahap dua.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 2 SKSR dibawah badan unit beruniform masing-masing.


6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh pertandingan : 9 Mac 2021- 22 Mac 2021

Jenis pelaporan: Buku Skrap semua murid tahap dua dibawah unit badan beruniform

7.0 PERBELANJAAN PROGRAM

Pihak penganjur telah mengeluarkan perbelanjaan untuk menjayakan Pertandingan Buku


Skrap (Unit Beruniform) seperti dibawah

Bil Perkara unit


1. Hadiah pertandingan 7 x 3 x RM 3
2. Hadiah pertandingan 3 x 3 x RM 5
3. Sijil Penghargaan
JUMLAH BESAR RM108

8.0 PERUNTUKAN

1. Duit aktiviti Kokurikulum

9.0 PENUTUP
Pertandingan buku skrap adalah salah satu program aktiviti dirancang dengan begitu teliti
supaya para pelajar dapat menghasilkan satu bentuk alat bahan bantu mengajar yang mampu
menarik minat pelajar meminati aktiviti badan unit beruniform. Selain itu, pelajar juga dapat
menguasai teknik Belajar Cara belajar dengan berkesan. Kaedah ini berjaya menghasilkan
pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar, kemahiran maklumat,pengurusan masa dan
gaya pembelajaran dan persediaan peperiksaan. Kesimpulannya,pertandingan ini juga
dapat mencungkil kumpulan pelajar yang kreatif dalam memaparkan informasi berpengetahuan
Disediakan oleh, Disemak oleh

……………………….. ……….……………………..
(MOHD A`RIFF SABRY BIN MOHD ADNAN) (PN MARIYAH BT SIAHAT)
Penyelaras UBB GPK KOKURIKULUM
SK Sungai Rambai SK Sungai Rambai

Diluluskan Oleh,

……………………………
(EN.ABU HASSAN B. AHMAD)
GURU BESAR
SK Sungai Rambai

Anda mungkin juga menyukai