Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN BENGKEL PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013 NAMA PELAJAR AMBILAN SEMESTER OPSYEN PERINGKAT TARIKH

TEMPAT KEHADIRAN PESERTA PPG : NORMAH BINTI SULAIMAN : FEBRUARI 2012 : 3 : BAHASA MELAYU : 2 : 21 APRIL 2013 : SK TAMAN MUTIARA RINI : 20 Orang ( Bil lelaki : 5 Orang; Bil perempuan : 15 Orang)

LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : BENGKEL PENGUCAPAN AWAM (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Pada 21 April 2013 yang lalu, satu bengkel bagi para peserta PPG Kumpulan BM 5 telah diadakan di SK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam proforma kursus BIG 3114 pada semester ini. Program ini merupakan satu program wajib bagi para peserta PPG Ambilan Februari 2012. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah mengendalikan bengkel tersebut. dibentuk dan diberi tanggungjawab untuk

Hasil mesyuarat yang telah dijalankan, kesemua ahli kumpulan telah bersetuju agar bengkel tersebut dijalankan di SK Taman Mutiara Rini 2, Johor Baharu. Penceramah yang diberi tugasan untuk mengendalikan bengkel tersebut ialah Encik Baharudin b Aziz dari SK Bandar Penawar yang telah memberikan persetujuan untuk melaksanakan program tersebut. Kesemua 20 orang perserta PPG BM5 telah bekerjasama untuk menjayakan program tersebut. Tujuan Bengkel Pengucapan Awam ini dijalankan adalah untuk memantapkan kemahiran komunikasi guru dan menambahkan keyakinan diri sebagai seorang guru yang berkesan. Bengkel telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua ahli kumpulan.

ISU / MASALAH (Jika ada) ________________________Tiada_____________________________________________________

(B) Analisis SWOT (i) KEKUATAN

1. Sikap bertolak ansur dan tolong -menolong di kalangan guru dalam melaksanakan bengkel ini. 2. Kerjasama yang erat di kalangan ahli kumpulan. 3. Komitmen yang tinggi di kalangan ahli kumpulan.

(ii)

KELEMAHAN

1. Kekangan masa (banyak aktiviti dan program di sekolah yang terpaksa dilaksanakan). 2. Tiada masa yang banyak untuk membincangkan tentang program yang telah dirancang. 3. Masa yang tidak mencukupi untuk membincangkan tentang program agar dapat dijalankan dengan lebih baik.

(iii)

PELUANG

1. Layanan dan kerjasama yang sangat baik daripada pihak sekolah. 2. Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sangat baik dan lengkap untuk kegunaan program.

(iv)

ANCAMAN

1. Persaingan masa untuk menjalankan program Bina Insan Guru dengan tugasan sebagai seorang guru.

(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua ahli kumpulan, akhirnya Program Bengkel Pengucapan Awam ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel Pengucapan Awam ini telah diadakan pada 21 April 2013, bertempat di SK Taman Mutiara Rini. Program ini merupakan satu program wajib bagi setiap pelajar PPG Ambilan Februari 2012. Dalam proses menyiapkan kertas kerja bengkel ini, perbincangan untuk memilih penceramah, masa dan tempat serta maklumatmaklumat yang berkaitan telah dikumpul bersama-sama ahli kumpulan. Beberapa perbincangan telah dijalankan di dalam kumpulan untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja selesai ceramah. Program ini telah diteruskan dengan sesi bengkel dan praktikal oleh para peserta.

Melalui bengkel ini, para peserta dapat memperkukuhkan diri masing-masing dengan kemahiran pengucapan awam. Semua orang akan menghadapi

pengucapan awam dalam kehidupan kita,samada di sekolah ataupun di majlis-majlis bersama masyarakat setempat. Bengkel ini diharap dapat membina sikap positif dan keyakinan diri apabila berhadapan dengan audiens.Melalui sesi bengkel dan praktikal yang telah dijalankan, para peserta dapat menghasilkan pengucapan awam yang berkesan. Ia juga dapat membantu memberi keyakinan tentang kebolehan dan potensi diri masing-masing.

Bagi diri saya sendiri, bengkel ini sangat memberi makna kerana saya memang seorang yang bermasalah apabila diberi tugasan untuk bercakap di khalayak ramai walaupun sudah 22 tahun menjadi seorang guru. Sekurangkurangnya saya dapat mengurangkan rasa malu, takut dan gementar bila bercakap di hadapan orang ramai. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa matlamat dan objektif program ini telah berjaya dicapai.Dengan bengkel yang telah dijalankan ini,para peserta dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengucapan awam yang sangat penting bagi seorang guru. Saya juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua

peserta di atas inisiatif serta kejayaan melaksanakan program ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Guru Besar,SK Taman Mutiara Rini kerana telah menerima kedatangan kami semua dan memberikan kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan semua program yang telah dirancang.

(i)

MANFAAT PROGRAM BIG

1. Peserta dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dan kemahiran. 2. Dapat meningkatkan keupayaan diri dalam pelbagai situasi. 3. Dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan masyarakat setempat. 4. Membina insan guru yang berakhlak mulia. 5. Memberi pendedahan bagaiman untuk menguruskan sesuatu program.
(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan aktiviti Bina Insan Guru perlu sesuai dan tidak membebankan guru yang mempunyai banyak tugasan di sekolah. 2. Terlalu banyak program yang perlu dilaksanakan dalam masa yang sangat terhad.

Tandatangan Pelapor: .. ( NORMAH BINTI SULAIMAN )

Disahkan oleh penyelia: ( TUAN HJ ZAINAL BIN MD AMIN)

Anda mungkin juga menyukai