Anda di halaman 1dari 16

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Mesin Penebuk & Pembelah Buah Kelapa Muda


1
Mohamad Nazrin Naim , 1Dinesh Nair, 1Ahmad Baihaqi, 1Fakhira
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Abstract Mesin penebuk & pembelah kelapa muda merupakan sebuah mesin yang digunakan
untuk membuat proses menebuk dan membelah kelapa muda dengan lebih cepat, kurang
merbahaya, dan penggurangan kos dalam jangka masa panjang. Selain itu, mesin ini
mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan proses yang lama. Proses yang lama hanya
menggunakan tangan dan parang sebagai alatan untuk membelah. Manakala dengan
menggunakan mesin, pengguna boleh melakukan proses menebuk dan membelah tanpa
menggunakan tenaga kerja yang banyak serta menjimatkan masa. Mesin ini tidak
menggunakan sebarang motor dan cara kendalian mudah dan tidak merumitkan pengguna.
Terdapat beberapa proses yang mesti dilalui untuk menyiapkan “Mesin Penebuk & Pembelah
Kelapa Muda” ini. Antara proses yang dijalankan ialah pemotongan bahan, pengimpalan,
pencanaian, penggerudian, dan mengecat. Daripada kajian melalui pemerhatian yang telah
dibuat, kebiasaannya proses membelah kelapa dilakukan dengan menggunakan tangan dimana
proses ini agak merbahaya dan mengambil masa serta kos bagi mengupah pekerja setiap kali
kerja dilakukan. Oleh sebab itu, Mesin ini dicipta bagi memudahkan pengguna. Sistem
kendalian yang digunakan pada projek mudah dan ringkas dengan kos yang sederhana. Ia
terbahagi kepada dua bahagian mekanikal iaitu bahagian menebuk dan membelah serta terdapat
tempat sebagai tempat pembuangan sisa atau penyimpanan kelapa. Analisa dibuat untuk
mencatatkan masa yang diambil bagi membelah kelapa menggunakan parang dan mesin, hasil
data yang diperolehi menunjukkan penggunaan mesin adalah lebih cepat dan senang
berbanding parang. Penghasilan mesin ini memberi manfaat yang baik dari pengurusan masa,
keselamatan, dan kos.

Keywords: kelapa muda;mesin;parang;menebuk;

1
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Semi-Auto Lift Table ( SALT )


1
Mohammad Afendi, 1Mohd Hafizuddin , 1Nor Amiruddin 1Muhammad Aidil Fariee
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Proses kerja mengangkat beban biasanya memerlukan dua orang atau lebih untuk mengangkat
beban tersebut dan ini akan menyusahkan lagi proses kerja tersebut. Selain itu, masa yang
digunakan untuk mengangkat atau memegang beban dari suatu tempat ke tempat yang lain juga
memerlukan masa yang agak lama. Keselamatan pengguna juga kurang terjamin kerana
terdedah kepada risiko seperti beban jatuh, sakit belakang serta cepat letih kerana mengangkat
beban secara berulang kali. SALT telah direka untuk memudahkan proses mengangkat beban
dan dapat mengurangkan masa pengendalian dari awal hingga akhir proses serta menjamin
keselematan pengguna. SALT ini dilengkapi dengan skru jek automatik yang menggunakan
bateri untuk menggerakkan motor berkuasa 12 v serta mempunyai alat kawalan naik dan turun
jek tersebut. SALT telah berjaya dihasilkan dan dapat mengangkat beban maksimum 70 kg.
Tenaga pengguna juga dapat dikurangkan kepada satu orang sahaja. Dengan adanya SALT ini
proses kerja mengangkat beban menjadi lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa
pengendalian dari awal hingga akhir proses tersebut.

Keywords: beban;keselamatan;skru jek;mengangkat;tenaga

2
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Semi-Auto Lift Table ( SALT )


1
Wan Sufian, 1Muhammad Hakim, 1Muhamad Naim, 1Mohamad Ariffsham
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Projek ini dijalankan adalah untuk mengkaji keupayaan pemampat papan gentian ketumpatan
sederhana(MDF) menggunakan kaedah insani. Melalui kajian ini, ia menerangkan secara
umum kaedah pemampatan papan gantian yang dilakukan secara melekatkan dua kepingan
papan tersebut dengan menggunakan gam dorus 1136. Di dalam projek ini, komposit yang
digunakan adalah kepingan papan (MDF) yang bersaiz 3mm x 9mm. Papan (MDF) adalah
bahan yang kukuh apabila dimampatkan dan kuat serta lebih ringan berbanding dengan papan
semula jadi. Setelah papan (MDF) dimampatkan selama 30 minit sehingga gam kering papan
tersebut akan di cantumkan menjadi perabut, seperti rak buku, kabinet dapur dan juga perabut
mini. Kesimpulannya ialah projek ini dihasilkan supaya menepati ciri-ciri yang akan memenuhi
kehendak dan keperluan industri yang ingin menghasilkan perabut bersaiz mini. Akhir sekali,
diharap projek ini dapat membantu industri kecil dan sederhana dalam pengeluaran produk
berasaskan perabut.

Keywords:pemampat;papan gentian;gam;industri kecil;perabut

3
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Mesin Peraut Serat Daun Nenas


1
‘Abdullah Hafizuddin, 1Mohamad Djazlan, 1Mohammad Asyri, 1Farah Hanan
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Penghasilan produk berasaskan serat tumbuh-tumbuhan merupakan salah satu kaedah


alternatif dalam pengantian bahan-bahan kimia yang berasaskan minyak contohnya seperti
nilon. Walau bagaimanapun, proses untuk menghasilkan serat ini masih lagi menggunakan
kaedah tradisional dan hanya dibuat berdasarkan permintaan dengan skala yang kecil.
Penghasilan serat daripada daun nenas biasanya dibuat dengan menggunakan pisau yang
direkabentuk khas untuk memisahkan serat nenas dari kelopak daunnya.Kaedah tradisional
agak lambat dari segi proses penghasilan serat nenas dan juga menggunakan tenaga yang
lebih. Satu kajian mengenai proses penghasilan serat nenas ini telah dibuat dan berdasarkan
kajian ini, sebuah mesin untuk meraut daun bagi mendapatkan serat nenas telah pun
direkabentuk. Dengan merekabentuk kembali pisau pengikis daun nenas dan dilengkapi
dengan motor berkuasa 220v, daun dapat diraut dengan lebih cepat. Dengan adanya mesin
peraut daun nenas ini,akan memberi satu alternatif yang terbaik untuk menghasilkan serat
nenas dalam kapasiti yang banyak dalam tempoh masa yang pendek.

Keywords:serat;nenas;meraut;pisau;tumbu-tumbuhan

4
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Mesin Penghancur Kertas

1
Ameer Oesman, 1Azuan, 1Faris Haizzat, 1Fong Wai Song
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Mesin penghancur kertas ini adalah mesin yang mampu menghancurkan kertas bersaiz A4.
Objektif mesin ini dicipta adalah untuk menghancurkan kertas terutamanya seperti dokumen-
dokumen sulit dan maklumat yang dilindungi. Ia dibina untuk kegunaan pejabat, perbankkan
dan syarikat malahan ia juga digunakan di pejabat kecil, sekolah dan istitusi
pengajian.Kelebihan mesin penghancur kertas yang bersaiz 250x260x360mm ialah boleh
menghancurkan kertas dengan jarak lebar 4mm, mesin ini sangat sesuai digunakan secara
persendirian dan saiz bakul pembuangan yang besar iaitu 0.0058m 3. Selain itu, mesin ini
mempunyai motor yang bergerak secara dua arah iaitu maju dan undur.Mesin ini menggunakan
motor sebagai medium penggerak yang disambung pada sistem gear untuk menggerakan mata
alat. Mata alat akan berputar setelah suiz dihidupkan mengikut arah putaran yang hendak
disetkan. Kapasiti yang mampu ditampung oleh mata alat tersebut ialah 7 helai kertas dengan
ketebalan kertas 70gsm.Hasil daripada pengujian, mesin ini dapat berfungsi dengan baik
mengikut objektif yang dikehendaki. Dengan adanya mesin ini, maka meningkatlah kemudahan
bagi golongan yang memerlukan mesin penghancur kertas dengan kos yang murah.

Keywords:penghancur;kertas;motor;dokumen;berputar

5
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pembersih Kotoran Dalam Akuarium (Pasda)


1
Mohd Shah Amirul, 1Nor Asharatun Kamilah, 1Patehah, 1Fatimah Khalida
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Dalam menghasilkan sesuatu produk, daya kreativiti yang tinggi serta sikap kerjasama dan
berkongsi idea adalah penting bagi memperolehi mutu produk yang berkualiti. Melaluinya, satu
alat iaitu “PEMBERSIH KOTORAN DALAM AKUARIUM (PASDA)” dihasilkan. Produk ini
sangat mudah digunakan berbanding dengan penggunaan secara manual iaitu mengeluarkan
ikan dan batu sebelum menjalankan kerja-kerja pembersihan. Alat ini dapat mengurangkan
risiko kecederaan berdasarkan ciri-ciri keselamatan yang dihasilkan. Dengan berat keseluruhan
projek adalah 2.5 kilogram, purata masa yang digunakan untuk menyedut air adalah 30 saat
hingga 90 saat berbanding 15 minit hingga 30 minit dengan menggunakan kaedah manual.
Melalui perbincangan dan kesimpulan yang dibuat, didapati beberapa penambahbaikan perlu
diambil kira bagi memastikan produk yang dihasilkan mencapai objektif yang dikehendaki.

Keywords:pembersih;akuarium;kotoran;risiko;manual

6
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Perangkap Tikus Bertingkat

1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Tikus merupakan sejenis mamalia yang mampu mendatangkan masalah kepada manusia.Tikus
mampu menyebabkan manusia maut disebabkan jangkitan kuman yang dibawa oleh tikus ini
sebagai contoh virus kencing tikus. Oleh sebab itu, satu projek inovasi untuk menangkap tikus-
tikus dalam bilangan yang banyaktelah dicipta. Projek ini dinamakan perangkap tikus
bertingkat. Perangkap ini mempunyai dua lapisan dan mempunyai empat pintu yang disokong
oleh pemberat dimana pintu ini berfungsi ketika tikus masuk dan selepas tikus masuk ke dalam
perangkap pintu secara automatik akan tertutup dengan sendiri. Keadaan pintu ini berada dalam
keadaan bersudut 45˚ darjah dan ditengah-tengah pintu diletakkan sebatang besi bagi
mengerakkan pintu itu secara ke atas dan kebawah. Perangkap ini dilengkapi dengan
penggunaan roda sebagai kaki yang memudahkan pengendaliannya. Selain itu, ianya juga
dipasang kipas kecil pada bahagian atas dimana fungsi kipas ini adalah untuk menyebarkan bau
umpan dengan lebih cepat. Daripada pengujian yang telah dibuat terhadap keberkesanan
perangkap ini yang dilakukan di sebuah rumah, didapati bilangan 4 ekor tikus telah memasuki
ke dalam perangkap ini manakala 6 ekor tikus telah masuk ke perangkap ini apabila pengujian
dibuat ke atas sebuah kedai.

Keywords:perangkap;tikus;bertingkat;motor;kipas

7
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Egg Hatching Machine

1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Sistem pengeraman telur ayam direka untuk mengurangkan penetasan telur anak ayam yang
cacat dan mengurang risiko kerosakkan telur ayam yang disebabkanperubahan cuaca yang
tidah menentu. Thermostat digunakan dalam sistem ini untuk memanipulasi suhu yang diukur
dalam peti pengeraman, kemudian mengekalkan sistem tersebut kepada suhu yang telah
ditetapkan. Suhu yang telah diukur akan diproses dan mengawal keseluruhan system penetasan
tersebut. sistem ini mengambil masa selama 21 hari untuk proses penetasan dengan mengawal
kepanasan lampu. Sistem ini adalah sistem yang mudah selia dan murah, dengan demikian,
matlamat penghasilan “Egg Hatching Machine” tercapai.

Keywords:Pengeraman;telur;penetasan,ayam;suhu

8
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Campuran Serbuk Daun Kering Dengan Plastik Poliester

1
Abdul Rahman ,1Mohamad Zulhafiz, 1Noor Anis Safawani
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Proses pengambungan dua bahan yang berbeza sifat bagi menghasil satu bahan yang baru
dengan ciri-ciri yang lebih baik merupakan proses yang sering dilakukan didalam era sains
bahan abad ini. Campuran antara plastik poliester yang dicampurkan dengan serbuk daun
kering sebagai bahan tambahan untuk mengguatkan lagi kekuatan plastik poliester. Tujuan
projek ini dibuat adalah untuk mengenalpasti kekuatan plastik poliester yang sebenar sebelum
dan selepas dicampurkan dengan serbuk daun kering sebagai bahan tambahan.Serbuk daun
kering berfungsi sebagai bahan gentian untuk menguatakan produk yang dihasilkan dengan
plastik poliester.Kami menghasilkan kajian ini menggunakan proses tuangan vacuum,tujuan
kami menggunakan proses ini kerana proses tuangan vacuum lebih sesuai untuk menyelesaikan
kajian ini disebabkan proses tuangan vacuum lebih ringkas dan mudah berbanding dengan
proses-proses yang lain.Dalam kajian yang telah jalankan mengenai campuran ini,dua nisbah
campuran iaitu 50% bagi plastik poliester dan 50% bagi serbuk daun kering sebagai bahan
tambahan(50:50) dan nisbah yang kedua ialah 30% bagi plastik poliester dan 70% bagi serbuk
daun kering sebagai bahan tambahan (70:30) dihasilkan .Dalam keputusan dari kajian ini
didapati campuran yang bernisbah 50:50 lebih kuat dari segi
hentaman,serapan,kebolehbakaran,dan kekuatan berbanding dengan campuran yang bernisbah
70:30.

9
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Keywords: plastik;poliester;campuran;daun;tuangan

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Papan Dinding Campuran Polietilena


Dengan Sekam Padi

1
Aiman Syazwan, 1Mohd Aiman, 1Noor Ismayani
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Papan dinding yang dihasilkan daripada campuran sekam padi dengan bahan polimer
polietilena diharapkan dapat menggantikan papan dinding lain di mana mempunyai kelebihan
tahan panas dan kalis api yang dapat digunakan dalam pembuatan perabot dan bahan binaan.
Sebagai alternatif bahan binaan, papan ujian ini akan menjalani proses ujian yang ditetapkan
oleh industri meliputi sifat - sifatnya. Pembentukan papan dinding dengan perbandingan nisbah
campuran sekam padi dengan bahan polimer polietilena iaitu 50:50, 60:40 dan 40:60.

Keywords: papan;dinding;sekam;padi;polimer

10
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Papan Komposit Polietilena (Pe) Dan Hampas Tebu


1
Muhammad Iqwan, 1Nur Amni Syamimi, 1Nur Aliaa
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Keywords:

11
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Production Of Sand Brick With Waste Material (Plastic Recycle)

1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Keywords:

12
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

CLUCTH ADJUSTMENT TOOLS


1
Megat Ahmad Bahauddin, 1Muhammad Sufihuddin, 1Amirul Azreen, 1Muhammad Hanif
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Alatan pelarasan piring klac merupakan satu projek yang dilaksanakan bertujuan untuk
menyelesaikan masalah dalam kerja-kerja penggantian plat klac. Idea ini diperolehi apabila
berlakunya satu permasalahan kerosakan sistem klac selepas proses kerja membaikpulih
dijalankan. Projek ini diharapkan dapat memperbaharui dan menambahbaikan kerja
penggantian klac. Kegunaannya untuk memberi ketepatan semasa penyelarasan plat klac untuk
pelarasan kedudukan dengan roda tenaga. Ini kerana untuk mengelakkan kesilapan berlaku
yang akan menyukarkan pemasangan transmisi kembali pada enjin. Di samping itu juga,
penyelarasan plat klac yang tepat memudahkan kerja penukaran piring klac dan meringankan
kerja membaikpulih kereta.

13
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Keywords: klac;plat klac;penggantian;pelarasan;roda tenaga

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Design A Field Line Stripping Machine

1
Muhammad Muiz, 1Muhammad Naim, 1Muhammad Ihsan, 1Ahmad Rahmat
1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000 Terengganu, Malaysia

Field line strapping machine is aid to help consumer to make a line at the field. This machine
can moved easily to anywhere because it is light, has a big wheel also can be used safely. Base
on the survey this machine is suitable by all consumers. The result shows that while using this
machine, it is easy to use due to the tire is lighter than the previous machine which has fairly
large tires. Lines made incessantly because the paint flows continuously out of the nozzle
against the previous methods using a roller painter. Analyze and survey process conducted on
this machine is very important to know and evaluate the effectiveness of various aspects and
such as its ability to function and achieve the desired objective.

14
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Keywords: field;line strapping; moved; paint; nozzle

Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

Drive Shaft Coupling Remover

15
Pertandingan Projek Inovasi Pelajar Sesi Jun 2014

16

Anda mungkin juga menyukai