Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KELULUSAN

CADANGAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PLOGGING PANTAI


TELUK KETAPANG, KUALA NERUS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
“KHIDMAT SENTIASA, TEGUH BERSAMA”

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bagi memohon kelulusan berkaitan


cadangan program khidmat komuniti plogging di Pantai Teluk Ketapang
sempena bulan kemerdekaan anjuran bersama Persatuan Kakitangan Hospital
Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (PEKA) dan Geng Plastik Ija (GPI).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Mutakhir ini, pencemaran sampah sarap di persisir pantai-pantai


sekitar Malaysia khususnya di Negeri Terengganu semakin tidak terkawal.
Penambahan pengunjung serta penganjuran pelbagai karnival atau program
berdekatan pantai memburukkan lagi keadaan.Pelbagai jenis sampah seperti
plastik, kertas, botol, penutup tin minuman dan sebagainya mencacatkan
keindahan persisiran pantai serta mengancam keseimbangan ekosistem
setempat.

2.2 Justeru itu, aktiviti plogging merupakan salah satu penyelesaian bagi
mengatasi masalah tersebut. Plogging merujuk kepada aktiviti berlari atau
berjalan sambil mengutip sampah disepanjang laluan larian. Plogging
menambahkan variasi pergerakan badan seperti membongkok, mencangkung
dan meregang kepada aktiviti berlari atau berjalan.

1 /6
2.3 Di Terengganu, aktiviti plogging ini dipelopori oleh Kelab Plastik Hijau
Terengganu atau lebih dikenali sebagai Geng Plastik Ija (GPI) yang
ditubuhkan pada 2017 dan didaftarkan sebagai NGO yang mempromosikan
aktiviti plogging dan kebersihan pantai.

2.4 Program ini diadakan bersempena dengan bulan kemerdekaan


bertujuan memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan
sesama kakitangan bertepatan dengan tema hari kebangsaan pada tahun ini
iaitu ”teguh bersama”. Selain itu program ini juga dapat menyemai kecintaan
kepada alam sekitar serta melazimkan aktiviti kecergasan didalam kehidupan
setiap kakitangan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberikan khidmat komuniti yang membawa manfaat kepada tempat


dan masyarakat sekitar.

3.2 Menjalinkan hubungan baik antara HPUniSZA dengan NGO serta


pihak
berkuasa tempatan.

3.3 Mempromosikan HPUniSZA kepada masyarakat setempat

4 RASIONAL PELAKSANAAN

4.1 Menggalakkan kakitangan HPUniSZA terlibat dan menyumbang dalam


aktiviti komuniti atau kemasyarakatan dan menghayati semangat
kemerdekaan serta menyemai semangat kerjasama dan kesatuan hati bagi
diterapkan didalam memberikan perkhidmatan HPUniSZA yang terbaik.
.

2/6
5 PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Cadangan Tarikh/ Masa/ Lokasi

Tarikh/ Hari : 24 September 2022 ( Sabtu)


Masa : 7.30 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.

5.2 Kumpulan sasaran

Lima puluh (50) orang peserta yang terdiri daripada kakitangan


HPUniSZA pelbagai skim dan gred perkhidmatan.

5.3 Tentatif Program - sepertimana Lampiran A

5.4 Ahli Jawatankuasa - sepertimana lampiran B

5.5 Cadangan Jemputan Fasilitator:

5.5.1 Dr. Mohamad Ariff Hafizi Bin Fouzi (Geng Plastik Ija cawangan
Kuala Terengganu)

6 IMPLIKASI KEWANGAN
HARGA JUMLAH
BIL TEMPAT PERKARA
(RM) (RM)

1. Pantai Teluk Ketapang, 1. Makan & Minum 2.00 x 50 100.00


Kuala Nerus, Terengganu Peserta//Urusetia orang
- Makan pagi (air dan
roti)
2. Banner dan keperluan 100.00 x 1 100.00
promosi program unit

JUMLAH (RM) 200.00

*mengikut pekeliling kewangan bahagian 2 2015, Pekeliling Perbendaharaan


Malaysia WP 1.8 dan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.1

3/6
7 SYOR

7.1 Mesyuarat Pegurusan HPUniSZA yang bersidang pada hari ini dimohon
untuk menimbang dan meluluskan cadangan untuk menganjurkan Program
Khidmat Komuniti Plogging Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus dengan kos
sebanyak RM200.00 menggunakan bajet mengurus hospital.

Keputusan/Catatan: ..............................................................................................
..............................................................................................................................
..............................................................................................................................

Disediakan oleh:........................................

Disemak oleh:.............................................

Disahkan oleh:............................................
Ulasan:

Dr. Nik Ahmad Shaifuddin bin Nik Him


Pensyarah Perubatan Gred Khas C
Timbalan Pengarah HPUniSZA

4/6
LAMPIRAN A

MASA AKTIVITI

7.30-8.00 pagi Ketibaan dan peserta berkumpul


8.00 pagi – 8.30 pagi Taklimat daripada wakil GPI
8.30 pagi –10.00 pagi Peserta memulakan sesi plogging
10.00 pagi-10.30 pagi Peserta mengambil refreshment dan bersurai

5/6
LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA program khidmat komuniti plogging di Pantai Teluk


Ketapang sempena bulan kemerdekaan anjuran bersama Persatuan
Kakitangan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (PEKA) dan Geng
Plastik Ija (GPI)

Pengerusi :
Pengarah Program :
Timbalan Pengarah :
Setiausaha :
Bendahari :

Ahli Jawatankuasa ;

1. Makanan & Tempat

2. Logistik dan teknikal

3. Cenderamata & sijil

4. Publisiti

5. Keselamatan

6/6

Anda mungkin juga menyukai