Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN REFLEKSI BENDAHARI PROGRAM WEBINAR TEKNIK

MENJAWAB SPM : BAHASA MELAYU & SEJARAH

Pengenalan

Pada 24.12.2021 telah berlangsung Webinar Teknik Menjawab SPM : Bahasa Melayu &

Sejarah di Bilik CUBE Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program webinar ini

merupakan projek yang dijalankan oleh pelajar-pelajar kumpulan 1, kursus PQI6002

Sosiologi Pendidikan sesi 2021/2022 di bawah pengelolaan Dr Abd Razak Zakaria selaku

pensyarah kursus PQI6002 Sosiologi Pendidikan. Justifikasi terwujudnya program ini adalah

untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar kursus ini untuk membiasakan diri

dengan persekitaran yang melibatkan pendidikan. Pendekatan webinar telah menjadi pilihan

ekoran situasi pandemik Covid 19 yang sedang melanda negara kita. Peserta program ini

terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2021.

Saya telah diamanahkan sebagai Bendahari dalam program ini. Antara tanggungjawab saya

dalam program ini ialah :-

 Merangka perbelanjaan dan akaun program.

 Membuat perbelanjaan berdasarkan kewangan program yang disediakan.

 Mencatatkan pengeluaran wang yang digunakan.

 Mengendalikan tuntutan kewangan dari AJK.

Strength (Kekuatan)

Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam program ini adalah dari segi pemilihan ahli

jawatankuasa pelaksana. Pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) yang berkaliber dan sesuai

dengan bidang tugas telah menjadi kekuatan yang telah membawa kepada kelancaran gerak

kerja AJK masing-masing. Sebelum pelaksanaan program, mesyuarat antara AJK telah

diadakan beberapa kali. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengetahui maklumat
terkini berkenaan dengan gerak kerja daripada setiap AJK. Komitmen yang ditunjukkan oleh

setiap AJK telah memudahkan fasa sebelum program berlangsung. Setiap masalah yang

timbul akan disusuli dengan perbincangan yang membawa kepada penyelesaian. Perkara ini

ditambah pula dengan kerjasama mantap yang diberikan oleh pensyarah. Kerjasama yang jitu

diberikan oleh semua unit membolehkan pengendalian kewangan teratur dan lancer.

Kekuatan kedua adalah dari semua unit terutamanya unit makanan dan unit cenderahati, di

mana dua unit telah membuat tinjauan yang rapi untuk mendapatkan katering makanan yang

termurah dan berkualiti manakala unit cenderahati telah mengambil inisiatif untuk mencari

pembuatan plak penghargaan yang berkualiti tinggi namun berharga murah.Pekara ini amat

membantu dari segi pengurangan bajet keseluruhan program.

Weaknesses (Kelemahan)

Manakala kelemahan yang dikenal pasti sewaktu program ini dilaksanakan adalah dari segi

tajaan dimana kami telah mengalami kekurangan tajaan dari mana-mana pihak.

Opportunity (Peluang)

Di samping itu, Program webinar yang dilaksanakan ini juga memberi saya satu pengalaman

yang baru kerana ia adalah kali pertama saya memegang jawatan bendehari. Pengalaman

yang saya peroleh in amat berharga kerana ini memberi pengetahuan kepada pengurusan

kewangan dalam sesebuah organisasi. Hal ini amatlah penting untuk saya yang akan menjadi

bakal pendidik di sekolah.

Threat (Ancaman)

Seterusnya, setiap program yang dilaksanakan pasti tidak akan lari dari ancaman yang

menjadi asbab dan sebab kepada kelancaran sesuatu program. Ancaman utama semasa
program in dilaksanakan adalah pengurusan kewangan mengikut bajet yang dirancang.Pada

mulanya makanan yang yang hendak dirancang amatlah mahal maka setelah tinjauan yang

rapi oleh unit makanan maka dapatlah katering makanan yang murah.

Rumusan

Berdasarkan kepada dapatan keseluruhan program in dapat saya simpulkan bahawa Program

Webinar Teknik Menjawab SPM : Bahasa Melayu & Sejarah ini telah berjaya memberi

banyak manfaat dan kelemahan dan ancaman yang ada buka penghalang kepada kejayaan

program ini. Pada sudut pandangan saya, sememangnya program sebegini wajar dilaksanakan

bagi memberikan peluang kepada bakal guru ini berjiwa kental sebagai seorang pendidik

yang

cemerlang. Hal ini kerana, pendedahan kepada pengurusan program seperti ini membantu

kita sebagai bakal guru untuk menguruskan program-program yang bakal berlangsung secara

tahunan di sekolah.. Program ini begitu signifikan bagi seorang guru untuk dapat melakukan

adaptasi terhadap persekitarannya dengan cepat dan menganjurkan webinar atas kekangan

Covid 19. Menerusi program in saya juga dapat merumuskan bahawa guru perlu mempunyai

sahsiah yang cemerlang. Seorang guru menjadi model kepada anak didiknya. Melalui sikap

dan sahsiah yang bagus sebagai seorang guru dapat membantu membina pembentukan akhlak

murid-murid secara tidak langsung. Pada program pada kali ini saya menyedari bahawa

seorang guru perlu mempunyai disiplin yang tinggi seperti menepati masa, tidak mudah

untuk mendalah dan juga boleh melakukan Interaksi sosial bersama-sama persekitaran

mereka. Saya tidak perlu mengeluh sekiranya berlaku masalah bahkan saya belajar daripada

program kali in supaya berfikir secara terbuka dan lebih kreatif. Akhir kata, diharapkan

program ini dapat membantu pelajar untuk menjawab peperiksaan SPM nanti.

Anda mungkin juga menyukai