Anda di halaman 1dari 2

Buli

Apa itu buli?


Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan
kepada seseorang.
Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse). Buli melibatkan
serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek
isu perkauman dan gangguan seksual.
Adakah ia kerap berlaku?
Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa
atau guru.
Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi.
Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih
cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya
menggunakan cara halus seperti tidak mahu berkawan.
Tanda dan Gejala
Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa
memberitahu ibu-bapa ataupun guru.
Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan
dan masalah perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan
prestasi pelajaran.
Komplikasi
Kesan-kesan buli
Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85%
dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit
berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.
Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;
1. Tiada keyakinan diri
2. Rasa rendah diri
3. Prestasi pelajaran merosot
4. Kehadiran ke sekolah rendah/menurun
5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa
Pencegahan
Cara-cara membantu mangsa buli
1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli
dan meminta pertolongan. Kadang-kala mangsa hanya memerlukan perhatian dan
seseorang untuk mendengar.
2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan.
3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan
mereka.
4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru
mengenai masalah ini.
5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di
sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh.
Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli?
 Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah
berkenaan wujud.
 Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh
dipercayai seandainya anda tahu ada individu yang dibuli.
Sekolah atau institusi perlu
 Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima
(never acceptable)
 Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya
 Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima
atau perkarangan dan sebagainya.
 Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa
mengambil berat.
 Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain
 Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif.
 Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif.
 Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa
dan pelajar.
 Menyediakan peti cadangan untuk masalah-masalah (problem box) di sekolah supaya
pelajar dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan.
 Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran
(Dipetik daripada Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.)

Anda mungkin juga menyukai