Anda di halaman 1dari 2

Salam Sejahtera Dr.

Dorothy,

Asal perkataan kurikulum datang daripada perkataan Latin iaitu ‘Currere’ yang membawa maksud
padang kuda ‘Racecourse’ atau jejak , laluan.

Maksud menurut Pinar (1974), kurikulum merupakan sesuatu pengalaman yang tidak
berpenghujung dan boleh berubah mengikut peredaran zaman.

Terdapat 3 tahap kurikulum :

i) Kurikulum yang dirancang


ii) Kurikulum yang dilaksanakan
iii) Kurikulum yang diterima

Pada pendapat saya, peranan guru amat penting di tahap kurikulum yang dilaksanakan. Hal ini
kerana guru merupakan individu yang bertanggungjawab menyampaikan kurikulum yang dirancang
oleh pihak berkuasa melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ilmu
pedagogi dan kemahiran yang ada kepada pelajar.

Pada pendapat saya, ketiga-tiga definisi yang dikaji tersebut masih digunakan di dalam kurikulum di
institusi pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, secara asasnya proses pembelajaran pada seseorang
bermula dari tahap bayi ke dewasa maka pengetahuan yang disampaikan untuk dipelajari juga harus
seiring dengan usia secara berperingkat seperti yang dinyatakan oleh Piaget (1966) iaitu proses
pembelajaran terdiri daripada 4 tahap.

Definisi pertama merujuk kepada kurikulum berasaskan pengetahuan di mana kurikulum ini telah
dilaksanakan pada tahap sekolah rendah supaya pelajar menguasai pemahaman 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Pengetahuan asas yang diperoleh amat penting untuk kelangsungan hidup dan
secara tidak langsung untuk menimba ilmu yang lebih mendalam pada tahap pendidikan yang lebih
tinggi.

Definisi kedua merangkumi kurikulum berasaskan mata pelajaran yang paling berguna untuk
kehidupan masyarakat pada zaman ini. Pendekatan oleh Wilson(2002) mengatakan kurikulum harus
dirangkumi oleh kemahiran beraras tinggi seperti mengajar pelajar untuk berfikir secara kritikal dan
mampu menyampaikan idea komplex secara terbuka. Hal ini dapat dikaitkan pada peringkat
pembelajaran di sekolah menengah di mana kurikulum definisi kedua diterapkan supaya pelajar
dapat mengaplikasikan pemikiran aras tinggi (KBAT) dan kemahiran sosial dalam menghadapi abad
ke 21 ini yang berasaskan teknologi maklumat.

Definisi ketiga pula menekankan pembelajaran yang dirancang di mana sekolah bertanggungjawab
untuk melaksanakanya dimana idea-idea umum yang pelajar seharusnya mempelajari selaras
dengan Falsafah pendidikan Negara. Pekara ini dapat dilihat pada peringkat menengah atas di mana
pengajaran subjek Pengajian Am memberi pendedahan idea-idea umum diajar untuk melahirkan
penyambung generasi yang terbaik untuk negara.

Secara konklusi, definisi yang dikaji memberi gambaran proses pembelajaran di institusi pendidikan
di Negara kita secara berperingkat dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara kita.
Salam Sejahtera Dr,

Pada pendapat saya, tiga takrifan ini amat berbeza dengan tiga takrifan terdahulu. Seperti mana
yang saya jelaskan di ruang maklum balas terdahulu, proses pembelajaran terbahagi secara
berperingkat.

Definisi keempat menfokuskan kepada keseluruhan pengalaman yang dipelajari supaya pelajar
mampu mempelajari kemahiran umum dan kepelbagaian maklumat. Kurikulum ini memberi
pendedahan kepada skil social dan skil vokasional supaya dapat menyediakan pelajar ke alam
pekerjaan. Hal ini selaras dengan pelaksanaan kokurikulum di sekolah di mana pelajar dapat diberi
peluang menceburi aktiviti luar kelas seperti badan beruniform untuk mendapatkan pendedahan
skil-skil sosial dan vokasional sebagai persediaan ke alam perkerjaan.

Definisi kelima pula menekankan pendekatan pembelajaran dari aspek penggunaan komputer serta
teknologi jaringan antara dunia seperti internet. Hal ini seiring dengan pembangunan Negara kita ke
arah menjadi negara maju. Pendekatan kurikulum ini dapat dilihat di peringkat university di mana
penggunaan computer dan teknologi maklumat amatlah releven untuk pencarian maklumat yang
lebih baru dan mendalam.

Definisi keenam menekankan pelajar untuk mempersoalkan pihak atasan dan pencarian pandangan
komplex yang dihadapi oleh manusia. Kurikulum ini dapat dilihat di peringkat pembelajaran di aras
tinggi seperti di universiti di mana kajian atau teori yang wujud diperhalusi dan dibahas untuk
mendapatkan pengetahuan yang baru yang releven pada zaman ini untuk kelestarian masyarakat
sejagat.

Secara konklusi, semua definisi yang dikaji adalah releven dan seiring dengan falsafah pendidikan
Negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Definisi yang diutarakan oleh rakan-rakan saya di kelas lebih merujuk definisi yang asas yang
berpandukan definisi yang pertama.

Anda mungkin juga menyukai