Anda di halaman 1dari 14

UNIVERSITI MALAYA

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


SEMESTER 1 (2021/2022)

PQI6004
APLIKASI REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DAN REKABENTUK PENGAJARAN

KERJA KURSUS KUMPULAN:


PERBANDINGAN KOKURIKULUM ANTARA NEGARA MALAYSIA,
SINGAPURA, AMERIKA SYARIKAT DAN KANADA

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 11

NAMA NO.MATRIK
NURAQILAH HAIDAH AHMAD RIDUAN S2107327
JESYCA LOVERA JAKERY 17217604
ALYA AQILAH RUSLAN S2103527

NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. DOROTHY DEWITT

TARIKH PENGHANTARAN:
19 JANUARI 2022
ISI KANDUNGAN

1.1 PENGENALAN................................................................................................................................. 1

1.2 PERBANDINGAN FALSAFAH BAGI NEGARA MALAYSIA, SINGAPURA, AMERIKA


SYARIKAT DAN KANADA................................................................................................................... 2

1.3 PERBANDINGAN STRUKTUR KURIKULUM MALAYSIA, SINGAPURA, AMERIKA


SYARIKAT DAN KANADA................................................................................................................... 4

1.4 PERBANDINGAN STANDARD PENTAKSIRAN YANG DIUKUR PEMBELAJARAN


ABAD KE-21 MALAYSIA, SINGAPURA, AMERIKA SYARIKAT DAN KANADA.....................7

1.5 KESIMPULAN................................................................................................................................ 11

RUJUKAN.............................................................................................................................................. 12

1
1.1 PENGENALAN

Setiap negara mempunyai kurikulum yang tersendiri untuk mencapai


matlamat atau hasrat pendidikan dalam negara masing-masing. Begitu juga dengan
negara Malaysia, Singapura, Kanada dan Amerika syarikat. Bagi mencapai objektif-
objektif dalam pendidikan sesebuah negara, beberapa elemen atau unsur perlu
digariskan dan dititkberatkan. Perkara yang menjadi keutamaan dalam membentuk
pendidikan yang baik adalah memerlukan falsafah pendidikan yang jelas, struktur
kurikulum dan standard pembelajaran yang terseusun. Apabila kita mendalami erti
diseballik falsafah pendidikan, kita boleh mentafsirkan bahawa falsafah adalah
perkara yang paling utama kepada pembentukan negara. Falsafah pendidikan
adalah salah satu unsur yang penting kerana berperanan sebagai panduan, hala tuju
serta bimbangan dalam membina masyarakat atau generasi yang menyeluruh dan
seimbang.
Unsur penting yang seterusnya adalah struktur kurikulum dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Kurikulum yang dijalankan di setiap negara juga
adalah berbeza bergantung dengan subjek yang dipelajari. Terdapat beberapa
kepentingan kurikulum yang boleh dijelaskan antaranya adalah menjadi panduan
kepada seorang pendidik untuk memberi atau menyampaikan pengajaran mengenai
sesuatu topik, membantu dalam peningkatan potensi para pelajar dan melahirkan
satu generasi yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Pada era
glabalisasi ini, hampir seluruh dunia menumpuhkan matlamat bagi mencapai
masyarakat 5.0 yang mana perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Oleh yang demikian, penerapan standard pembelajaran abad ke-21 adalah penting
untuk melahirkan modal insan yang berfikiran lebih kritis.
Jika kita lihat sistem pendidikan di Malaysia masih dalam fasa membangun
dan berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan. Bagi menningkatkan mutu dan
kualiti lagi pendidikan di negara kita, kita perlu mencontohi negara-negara yang
mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik dan stabil. Dengan mengambil
langkah ini kita boleh membandingkan sudut yang perlu kita perbaiki dan perlu
ditingkatkan dari semasa ke semasa.

1
1.2 PERBANDINGAN FALSAFAH BAGI NEGARA MALAYSIA, SINGAPURA,
AMERIKA SYARIKAT DAN KANADA

Terdapat beberapa persamaan antara falsafah pendidikan Malaysia,


Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat yang dapat kita perhatikan pada keempat-
empat negara ini. Persamaan yang ketara bagi ketiga-tiga negara ini adalah
melahirkan insan atau generasi yang berintelek iaitu berkemampuan untuk berfikir
dan memahami atau menganalisis sesuatu. Sebagai contoh, negara Amerika
Syarikat berpegang teguh dengan falsafah pendidikan yang bersifat perenialsme,
essentialism dan progressinism dan yang terkini adalah falsafah barat modern iaitu
rekonstruktionisme. Melalui perkembangan falsafah ini, falsafah pendidikan utama
yang dipegang oleh negara adalah Amerika Syarikat adalah melahirkan individu
yang menyeluruh. Sama seperti falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia iaitu
melahirkan masyarakat yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial1.
Manakala di Singapura, falsafah pendidikan mereka lebih mengutamakan
pembentukan pelajar yang mampu berdaya saing untuk masa hadapan mereka di
alam pekerjaan. Di samping itu, negara mereka juga ingin melahirkan individu yang
mempunyai identiti nasional dalam diri masing-masing. Seterusnya bagi negara
Kanada, falsafah pendidikan adalah menekankan empat aspek iaitu proses
perkembangan minda, persediaan vokasional dan pembangunan moral dan sivik
serta pembangunan individu2. Falsafah pendidikan yang dipegang oleh negara
Singapura dan Kanada adalah sama dari segi memberi pendidikan serta kemahiran
vokasional bagi memberi persediaan masyarakat mereka ke alam pekerjaan. Oleh
yang demikian, dapat disimpulkan bahawa setiap negara ini amat menitik beratkan
perkembangan masyarakat mereka dalam pendidikan untuk melahirkan individu
yang lebih baik.

1
Rohayati Abd Hamed (editor), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Selangor Darul Ehsan, 2017, hlm 16.
2
Dr. Karen L. Robson, Sociology Of Education in Canada,
https://ecampusontario.pressbooks.pub/robsonsoced/ (tarikh diakses 04 Januari.2022)

2
Jadual 1.1 Perbandingan falsafah pendidikan negara Malaysia, Singapura, Amerika
Syarikat dan Kanada
Negara Falsafah pendidikan
Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Singapura Pendidikan di Singapura mementingkan pendidikan yang holisitik


dan setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan.
Selain itu, perkembangan pembelajaran dalam persekitaran yang
kondusif, pemikiran yang aktif, kemahiran berfikir dengan kritis dan
pentaksiran untuk menentukan kecenderungan pelajar.

Amerika Syarikat Ciri khas sistem pendidikan Massachusetts, ialah meletakkan


Komanwel di hadapan pendidikan secara nasional, iaitu setiap
daerah sekolah boleh bebas mewujudkan program pendidikan dan
keperluan pengijazahan yang memberi perkhidmatan terbaik kepada
komunitinya, pada masa yang sama menyediakan piawaian negeri
yang berkualiti tinggi dan rangka kerja yang memupuk persefahaman
bersama antara daerah yang merupakan suatu yang menyeluruh
dan liputan menyeluruh bagi setiap disiplin.

Kanada Pendidikan di Kanada menekankan empat aspek penting iaitu proses


perkembangan minda, persediaan vokasional, pembangunan moral
dan sivik, dan pembangunan individu.

3
1.3 PERBANDINGAN STRUKTUR KURIKULUM MALAYSIA, SINGAPURA,
AMERIKA SYARIKAT DAN KANADA

Secara ringkasnya kurikulum dimaksudkan sebagai satu pelan atau


rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi
untuk mencapai matlamat yang dihajati. Ia merupakan panduan bagi para guru untuk
mendidik pelajar berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Struktur kurikulum
atau kerangka kurikulum merupakan komponen menjadi tunjang utama untuk
membina Standard Kurikulum Sekolah. Berikut merupakan perbandingan dan
persamaan struktur kurikulum bagi subjek Sains Komputer untuk empat buah negara
iaitu Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat dan Kanada.
Bagi struktur kurikulum subjek Sains Komputer di Malaysia, terdapat enam
komponen utama yang menjadi tunjang untuk membina Standard Kurikulum Sekolah
Menengah iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan
diri, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi. Standard kurikulum
bagi subjek Sains Komputer sekolah menengah ketika ini telah dibina berdasarkan
enam tunjang tersebut yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Enam komponen ini dipilih bertujuaan
untuk membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan
keagamaan, berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta
inovatif. Berdasarkan enam komponen ini, pendidikan di Malaysia telah memberi
fokus kepada pengukuhan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam empat bidang
utama iaitu Pengkomputeran, Pangkalan Data, Pengaturcaraan, Interaksi antara
Manusia dan Komputer.3
Bagi Singapura pula, mereka membina Standard Kurikulum Sekolah mereka
berdasarkan 3 komponen utama iaitu mereka menekankan komputer sebagai sains,
komputer sebagai alat dan komputer dalam masyarakat.4 Dimensi Komputer
Sebagai Sains atau maksud lainnya aspek saintifik Sains Komputer akan
menekankan pelajarnya untuk memberi tumpuan kepada komponen teras pengiraan
dan pemikiran sistem. Komponen ini digunapakaikan untuk memupuk pemikiran
komputasi yang akan membangunkan kemahiran pelajar dalam penyelesaian
masalah melalui algoritma pemikiran dan reka bentuk. Untuk komponen kedua,
pendidikan di Singapura menggunakan istilah Komputer Sebagai Alat untuk
membina kurikulum mereka. Ini kerana, bagi mereka penggunaan komputer akan
mendedahkan pelajar kepada perkakasan, teknologi dan peranti dimana ini dapat

3
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 3.
4
O-Level Computing Syllabus, 2016, hlm. 7.

4
memupuk pelajar mereka mahir dan bersedia di alam perkerjaan kelak. Komponen
yang terakhir yang menjadi tunjang bagi Singapura ialah Komputer dalam
Masyarakat. Dimensi ini memberi tumpuan terutamanya kepada isu etika, undang-
undang dan keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan ICT
dalam masyarakat. Isu yang biasa dikaitkan dengan dimensi ini termasuk
keselamatan internet, harta intelek, ketagihan komputer dan privasi data.
Berbeza dengan kedua-dua buah negara yang dibincang di atas, Amerika
Syarikat tidak secara langsung mempunyai komponen yang umum untuk
menetapkan standard kurikulum bagi subjek Sains Komputer negara mereka. Tetapi
mereka menekan terus konsep dan latihan teras yang mereka mahu di dalam
kurikulum mereka. Komponen yang disenaraikan di dalam konsep teras ialah Sistem
Komputer, Rangkaian dan Internet, Data dan Analisis, Algoritma dan Pengaturcaraan
dan Kesan Pengkomputeran. Manakala, komponen di dalam latihan teras ialah
memupuk budaya pengkomputeran inklusif, berkerjasama melibatkan
pengkomputeran, mentakrifkan dan memahami penyelesaian masalah,
membangunkan dan menggunakan abstraksi, mencipta pengiraan artifak, Pengujian
dan penambahbaikkan pengiraan artifak dan berkomunikasi tentang
pengkomputeran.5
Negara akhir yang akan dibincangkan ialah Kanada. Kanada juga
mempunyai struktur kurikulum yang berbeza daripada negara-negara lain yang telah
dibincangkan sebelum ini. Di dalam dokumen kurikulum pendidikan Kanada, sistem
pendidikan mereka terus menekankan tema yang pelajar mereka perlu belajar tanpa
membincangkan kerangka stuktur kurikulum standard mereka. Terdapat empat
komponen iaitu Konsep dan Kemahiran Pengaturcaraan. Pembangunan Perisian,
Persekitaran pengaturcaraan dan kursus persediaan universiti yang menekankan
program modular reka bentuk dan komponen yang terakhir, peranan komputer dalam
masyarakat termasuk mengenai bimbang akan alam sekitar, etika penggunaan
komputer dan penerokaan kerjaya di masa hadapan.6
Bagi persamaan kerangka kurikulum untuk keempat-empat buah negara ini
ialah, keempat-empat negara ini menekankan tentang asas pengkomputeraan,
pangkalan data dan kesan komputer terhadap manusia. Selain daripada itu,
persamaan bagi tiga buah negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat dan Kanada
ialah mereka membina kurikulum bagi subjek Sains Komputer untuk standard
pendidikan mereka dengan terus menekankan secara langsung kepada Sains
Pengkomputeran dan Teknologi itu sendiri. Berbeza dengan Malaysia, Malaysia

5
K12 Computer Science Framework, 2016, hlm. 2.
6
The Ontario Curriculum Grade 10 to 12 Computer Studies, 2008, hlm. 11.

5
membina standard kurikulum pendidikan mereka berasaskan enam tunjang utama
dimana ia lebih kepada ingin memupuk pelajar menjadi insan yang seimbang dari
segi bukan sahaja pembelajaran tetapi juga segi kerohanian, sikap dan nilai.

Jadual 1.2 Perbezaan struktur kurikulum negara Malaysia, Singapura, Amerika


Syarikat dan Kanada

Negara Perbezaan struktur kurikulum

Malaysia Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri,


Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi.
& (Pengkomputeran, Pangkalan Data, Pengaturcaraan, Interaksi antara
Manusia dan Komputer)

Singapura Komputer sebagai Sains, Komputer sebagai Alat dan Komputer dalam
Masyarakat

Amerika Konsep Teras - Sistem Komputer, Rangkaian dan Internet, Data dan Analisis,
Syarikat Algoritma dan Pengaturcaraan dan Kesan Pengkomputeran.

Latihan Teras - Memupuk budaya pengkomputeran inklusif, Kerjasama


melibatkan pengkomputeran, Mentakrifkan dan memahami penyelesaian
masalah, Membangunkan dan menggunakan abstraksi, Mencipta pengiraan
artifak, Pengujian dan penambahbaikkan pengiraan artifak dan Berkomunikasi
tentang pengkomputeran

Kanada Konsep dan kemahiran pengaturcaraan, Pembangunan perisian, Persekitaran


pengaturcaraan dan kursus persediaan universiti yang menekankan program
modular reka bentuk dan komponen yang terakhir, Peranan komputer dalam
masyarakat termasuk mengenai bimbang akan alam sekitar, etika penggunaan
komputer dan penerokaan kerjaya di masa hadapan

Jadual 1.3 Persamaan struktur kurikulum negara Malaysia, Singapura, Amerika


Syarikat dan Kanada

Persamaan Malaysia Singapura Amerika Kanada


Syarikat

Menekankan tentang asas ✔ ✔ ✔ ✔


pengkomputeran, pangkalan data dan
kesan komputer terhadap manusia

6
1.4 PERBANDINGAN STANDARD PENTAKSIRAN YANG DIUKUR
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 MALAYSIA, SINGAPURA, AMERIKA SYARIKAT
DAN KANADA

Dari segi bidang yang menjadi fokus kurikulum subjek Sains Komputer,
negara Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat dan Kanada tidak jauh berbeza
kerana keempat-empat buah negara ini memberi penumpuan terhadap kemahiran
yang hampir sama iaitu kemahiran pengkomputeran, pangkalan data lanjutan,
algoritma dan pengaturcaraan. Sebagai contoh, Malaysia, Singapura, Amerika
Syarikat dan Kanada menyenaraikan topik algoritma dan pengaturcaraan sebagai
salah satu fokus utama kurikulum mata pelajaran Sains Komputer kerana topik ini
menguji kreativiti dan melatih murid untuk berfikir secara kritikal sesuai dengan
kaedah pembelajaran abad ke-21 yang memberi fokus dalam kemahiran berfikir
secara kritikal, kreativiti, komunikasi dan kolaborasi7. Walau bagaimanapun,
Singapura kurang memberi penumpuan terhadap etika penggunaan komputer dalam
kurikulum mata pelajaran Sains Komputer manakala Malaysia, Amerika Syarikat dan
Kanada menyenaraikan etika dan impak pengkomputeran sebagai salah satu fokus
utama pendidikan Sains Komputer8. Ini dapat dilihat melalui senarai subjek kurikulum
mata pelajaran Sains Komputer yang diajar di sekolah oleh keempat-empat negara
berdasarkan hasil analisis yang telah dibuat.

Dari segi kaedah pentaksiran kurikulum bagi mata pelajaran Sains Komputer,
negara Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat mempunyai persamaan
pentaksiran iaitu pentaksiran berasaskan projek9. Pentaksiran berasaskan projek ini
merupakan pentaksiran yang memberi peluang untuk murid mengaplikasikan segala
ilmu teori pengkomputeran yang telah dipelajari sepanjang pengajian. Pentaksiran
berasaskan projek ini juga bermatlamat untuk menguji permahaman
pengkomputeran, kemahiran algoritma, kemahiran penyelesaian masalah dan
kemahiran pengaturcaraan murid. Pentaksiran berasaskan projek ini boleh
dijalankan secara individu mahupun secara berkumpulan. Pentaksiran ini
merangkumi pembinaan aplikasi berasaskan web, aplikasi atas talian mahupun
perisian. Sebagai contoh, Malaysia meletakkan pembinaan aplikasi berasaskan web
sebagai kaedah penilaian kurikulum berasaskan projek manakala Amerika Syarikat

7
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 4, O-Level
Computing Syllabus, 2016, hlm. 16, K12 Computer Science Framework, 2016, hlm 152, The Ontario
Curriculum Grade 10 to 12 Computer Studies, 2008, hlm. 4.
8
O-Level Computing Syllabus, 2016, hlm. 16.
9
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 19, O-Level
Computing Syllabus, 2016, hlm. 35, K12 Computer SQcience Framework, 2016, hlm 156

7
memberi kebebasan kepada murid untuk memilih jenis projek yang mereka
inginkan10. Tempoh perlaksanaan projek bagi ketiga-tiga buah negara ini tidak jauh
berbeza iaitu di sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Oleh itu, murid mempunyai masa yang mencukupi untuk mempelajari,
mengkaji, melaksana dan menguji kemahiran pengkomputeran mereka selepas
tamat silibus pendidikan Sains Komputer. Kaedah penilaian ketiga-tiga negara ini
juga sama iaitu berasaskan piawai rubrik yang telah dirangka oleh kerajaan
berdasarkan matlamat dan objektif pendidikan negara masing-masing. Para guru
akan menilai projek melalui pemerhatian, amali, lisan, dan laporan projek yang telah
dilaksanakan oleh murid dan mengisi markah ke dalam rubrik sebagai bukti penilaian
pentaksiran kurikulum Sains Komputer11.

Dari segi perbandingan kaedah pentaksiran, kaedah pentaksiran boleh


terbahagi kepada dua iaitu kaedah pentaksiran berasaskan hierarki atau piawai dan
kaedah pentaksiran berasaskan peperiksaan. Negara Malaysia dan Kanada
mengamalkan kaedah pentaksiran hierarki atau piawai di mana perkembangan murid
dalam menguasai pembelajaran pengkomputeran akan dinilai berdasarkan tahap-
tahap prestasi tertentu mengikut matlamat dan objektif kurikulum negara masing-
masing12. Sebagai contoh, pentaksiran Malaysia terbahagai kepada enam hierarki
dan diukur berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif murid manakala
Kanada terbahagi kepada empat hieraki dan diukur berdasarkan kadar pengetahuan
dan permahaman, kemahiran berfikir, komunikasi dan aplikasi pengkomputeran13.
Berbeza dengan Malaysia dan Kanada, Singapura dan Amerika Syarikat
menggunakan kaedah peperiksaan di mana murid diuji secara peperiksaan di
peringkat sekolah dan umum yang terdiri daripada soalan objektif dan bertulis14.
Contohnya, peperiksaan di Singapura dilaksanakan secara umum di seluruh negara
mengandungi Kertas 1 dan 2 yang menguji permahaman, pengaplikasian dan
menguji kemahiran berfikir murid manakala Amerika Syarikat pula melaksanakan
pentaksiran secara objektif dan dinilai melalui rubrik yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian pendidikan.

10
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 19, K12
Computer Science Framework, 2016, hlm 156
11
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 19, O-Level
Computing Syllabus, 2016, hlm. 35, K12 Computer Science Framework, 2016, hlm 156
12
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 16, The
Ontario Curriculum Grade 10 to 12 Computer Studies, 2008, hlm. 12.
13
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, 2016, hlm. 17, The
Ontario Curriculum Grade 10 to 12 Computer Studies, 2008, hlm. 116
14
O-Level Computing Syllabus, 2016, hlm. 41, K12 Computer Science Framework, 2016, hlm 156

8
Jadual 1.3 Perbandingan Standard Pentaksiran yang diukur berdasarkan
pembelajaran abad ke-21

Negara Standard Pentaksiran yang Diukur Berdasarkan


Pembelajaran Abad ke-21

Malaysia Pentaksiran Berasaskan Projek

 Penilaian berdasarkan tugasan, pembinaan atau siasatan


spesifik yang dilaksanakan secara teratur oleh murid

 Murid tingkatan 5 perlu menghasilkan satu projek


Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web

 Murid beroleh pengetahuan dan kemahiran semasa peroses


penyediaan projek melalui kajian yang dibuat oleh murid

 Penilaian dijalankan melalui pemerhatian, amali, lisan dan


laporan

Pentaksiran Berasaskan Standard

 Merupakan proses mendapatkan maklumat perkembangan


murid dalam menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
penyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-
tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum

 Merupakan suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-


tahap prestasi yang perlu dikuasai murid

 Dibina berdasarkan rubrik yang menunjukkan tahap


penguasaan murid melalui proses p&p.

 Rubrik dibina bagi mengukur tahap pencapaian berdasarkan


domain kognitif, psikomotor dan afektif

 Mengandungi enam tahap penguasaan yang disusun secara


hierarki dari Tahap Penguasaan 1 sehingga Tahap
Penguasaan 6

 Setiap tahap ditafsir secara generik yang menggambarkan


pencapaian murid secara holistik,

Singapura Pentaksiran Berasaskan Projek

 Perlaksananan projek pengaturcaraan selama enam minggu


untuk murid berkolaborasi secara berkumpulan

 Murid belajar untuk menerokai kaedah penyelesaian masalah


pengaturcaraan melalui pelbagai kaedah dan menggalakkan
kemahiran berkomunikasi

 Murid juga diberi tugasan-tugasan penilaian oleh guru

 Tugasan penilaian merangkumi latihan teori dan amali dalam


menguji permahaman murid terhadap modul dalam silibus

9
 Format latihan penilaian juga perlu berasaskan atau
bermodelkan peperiksaan umum

Peperiksaan Umum (National Examination)

Menguji 3 perkara:

 Pemahaman dan pengetahuan murid dalam asas teknologi


pengkomputeran dan sistem, konsep, algoritma, teknik dan
alatan pengkomputeran

 Kaedah pengaplikasian pengetahuan dan permahaman sedia


ada dalam menyelesaikan masalah pengkomputeran

 Membina, menguji dan memperhalus penyelesaian masalah


pengkomputeran menggunakan aplikasi perisian dan
pengaturcaraan yang betul

Murid akan menjawab jenis kertas, Kertas 1 & 2 dan semua soalan
wajib dijawab

Amerika Syarikat Pentaksiran berasaskan projek

 Menggalakkan pelajar menunjukkan pemahaman mereka


dalam pelajaran komputer sains dan mengetengahkan
kreativiti, minat dan pemahaman mereka terhadap konsep
yang telah dipelajari

 Mengira kaedah algoritma, pemikiran pengkomputeran dan


penyelesaian masalah

Pentaksiran berasaskan portfolio

 Melalui kaedah soalan objektif

 Melalui kaedah perlaksanaan tugasan dan dinilai melalui rubrik


yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pendidikan

 Perlu memenuhi lima konsep utama dan tujuh latihan rangka


kerja kurikulum pendidikan

Kanada Pentaksiran berdasarkan Standard

 Perkembangan murid dalam menguasai pembelajaran


pengkomputeran akan dinilai secara berterusan di sepanjang
semester oleh guru

 Terbahagi kepada empat hieraki dan diukur berdasarkan kadar


pengetahuan dan pemahaman, kemahiran berfikir, komunikasi
dan aplikasi pengkomputeran

10
1.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, falsafah pendidikan kebangsaan bagi Malaysia, Amerika


Syarikat dan Kanada mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu untuk melahirkan
generasi yang bersifat menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Walau bagaimanpun, Singapura mempunyai pandangan yang
berbeza kerana bermatlamat untuk melahirkan generasi yang mampu berdaya saing
di alam pekerjaan di samping mempunyai idenititi nasional dalam diri masing-masing.
Selain itu, falsafah pendidikan kebangsaan bagi Singapura dan Kanada turut
memberi fokus terhadap pendidikan kemahiran vokasional untuk perkembangan
masyarakat umum. Dari segi kurikulum subjek Sains Komputer, keempat-empat
negara ini memberi penumpuan kemahiran yang sama iaitu kemahiran
pengkomputeran, pangkalan data lanjutan, algoritma dan pengaturcaraan.

Kurikulum di keempat-empat negara ini turut menggunakan kaedah


pembelajaran yang sama iaitu pembelajaran abad ke-21 yang memberi penumpuan
terhadap kemahiran berfikir secara kritikal, kreativiti, komunikasi dan kolaborasi.
Kaedah pentaksiran bagi keempat-empat negara ini juga tidak jauh berbeza kerana
Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat melaksanakan pentaksiran berasaskan
projek manakala hanya Kanada melaksanakan kaedah pertaksiran berasaskan
hierarki atau piawai yang telah ditetapkan berdasarkan matlamat kurikulum negara
tersebut. Seterusnya, dari segi struktur kurikulum, Malaysia dan Sinagpura
mempunyai komponen standard kurikulum yang tetap manakala Amerika Syarikat
dan Kanada tidak tetapi kedua-dua negara ini terus menekan konsep
pengkomputeran dalam standard kurikulum bagi mata pelajaran Sains Komputer di
institusi pendidikan.

11
RUJUKAN

Rohayati Abd Hamed (editor), (2017), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Selangor Darul
Ehsan, hlm 16

Dr. Karen L. Robson, Sociology Of Education in Canada,


https://ecampusontario.pressbooks.pub/robsonsoced/ tarikh diakses 04 Januari.2022)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Komputer Tingkatan 5, (2016), hlm. 3.

O-Level Computing Syllabus, (2016),Singapore, hlm. 7.

K12 Computer Science Framework, (2016), Canada, hlm. 2.

The Ontario Curriculum Grade 10 to 12 Computer Studies, (2008), Ontario, United State of
America, hlm. 11.

12

Anda mungkin juga menyukai