Anda di halaman 1dari 15

Peranan Sekolah Untuk Merealisasikan Hasrat FPK

1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja

boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

2.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI SATU INSTITUSI FORMAL YANG DAPAT MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Unsur intelek. Unsur intelek merupakan unsur yang penting untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Murid-murid juga akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Seterusnya, murid juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif dan mereka sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani. Unsur rohani ini ialah murid-murid sedar dan percaya kepada Tuhan, bersyukur kepada pemberian Tuhan, serta mereka berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi. Unsur emosi pula ialah murid-murid dapat mengawal emosi dengan baik serta mempunyai

emosi yang matang dan stabil. Mereka juga dipupuk dengan perasaan kasih sayang, contohnya sayang kepada ibu bapa. Mereka juga disemai dengan sifat kekitaan serta perpaduan dalam diri mereka.

Unsur jasmani. Unsur jasmani pula ialah murid-murid akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal mereka. Mereka juga dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Dan mereka dapat menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Aspek pertama yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting untuk merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai hasratnya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Ini bertepatan dengan elemen FPK iaitu, membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Perkara-perkara ini menjurus kepada eleman FPK iaitu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Seterusnya, aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama adda dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam kalangan murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.

Aspek seterusnya ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan seperti pertandingan bercerita boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, aspek ko-kurikulum juga memainkan peranan penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Sekolah perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara bukan formal. Gerak kerja kokurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak bukan formal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan

perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri.

` Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik muridmurid untuk mengembangkan bakat dan minat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan permainan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, pembelajaran dan sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang dalam kalangan murid, memupuk nilai-nilai akhlak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.

Dalam aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid. Selain itu, perhubungan antara guru dan murid juga akan dapat dieratkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahirkan dan membentuk muridmurid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab untuk berkhidmat untuk masyarakat, sejajar dengan elemen FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara amnya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa masyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuh integrasi dalam kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai program terancang bagi memperkembangkan bakat, minat, serta kemahiran masing-masing.

Aspek seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga perlu mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi konsep yang ingin disampaikan. Guru juga mesti menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar ini.

Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan pelbagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai.

Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam

merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan.

Aspek terakhir untuk merealisasikan hasrat FPK ialah disiplin. Sekolah sebagai agen utama yang bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa menangani masalah disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri muridd ke arah

kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya dapat menggapai hasrat FPK.

Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dilahirkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan berkualiti. Merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi...perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluangpeluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Guru Bilik Darjah Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.

Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.

Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

mempunyai pendapat bahawa halangan yang terdapat dalam diri bagi seseorang guru itu yang menjadi punca dalam masalah perlaksanaan KBSR di sekolah. Terdapat segologan guru yang kurang proaktif dalam apa jua bentuk pengajaran dan juga program serta aktiviti di sekolah. Jika guru sendiri yang bersikap sedemikian, bagaimana pula murid-murid akan mendapat segala manfaat yang diharapkan oleh pihak kerajaan dan masyarakat. Guru perlulah bersikap lebih aktif dan bersedia melakukan tugas dengan baik dan melaksanakan segala apa yag dirancangkan dengan baik seperti mana elemen yang terkandung dalam FPG iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Iaitu guru perlulah berusaha untuk menyumbang secara maksimum kea rah pencapaian aspirasi negara. Selain itu, ibu bapa juga kurang memainkan peranan dan memberi sokongan yang baik kepada pihak sekolah dalam segala aktiviti dan program yang dirancang di sekolah untuk anak-anak mereka. Sebagai contoh, seperti di SKSI 2, terdapat ibu bapa yang tidak menyokong dan tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai program untuk pelajar UPSR di sekolah. Ini mungkin disebabkan rasa kurang percaya kepada pihak sekolah dan anak-anak mereka untuk berada di sekolah selepas waktu persekolahan. Sebenarnya program-program yang dirancang oleh pihak sekolah bukanlah berdasarkan kurikulum sahaja, malah ia meliputi juga keperluan yang lain bagi seseorang murid itu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk perkembangan potensi murid-murid tersebut seperti mana prinsip kedua dalam KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. Perkara ini boleh diatasi dengan memberikan pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa akan kepentingan bagi sesuatu program tersebut. Ibu bapa juga perlu diberi keyakinan bahawa anak-anak mereka mendapat jagaan dan bimbingan yang sewajarnya di sekolah. Sistem kawalan seperti pengawal perlulah ditingkatkan bagi menjamin keselamatan murid-murid di sekolah. Halangan dalam kalangan diri murid-murid itu sendiri turut wujud bagi membantutkan proses perlaksanaan KBSR di sekolah. Terdapat pelajar yang tidak mengikuti program dan latihan yang disediakan oleh guru-guru. Jika perkara sedemikian berlaku, bagaimana program yang dilaksanakan akan berjaya? Malahan, terdapat juga murid-murid yang tidak hadir ke kelas tambahan yang disediakan secara percuma kepada mereka. Perkara ini amat mengecewakan para guru yang telah bertungkus lumus mahu meningkatkan prestasi diri mereka. Murid-murid perlulah memberikan kerjasama yang baik kepada guru-guru dan mengikuti segala program yang disediakan untuk mereka. Mereka harus mempunyai kesedaran akan kepentingan mengejar ilmu dan menyeimbangkan potensi dan kemahiran diri dalam kehidupan mereka. Perkara ini boleh diatasi dengan pendedahan dan nasihat oleh kaunselor dan para guru. Faktor jarak rumah ke sekolah dan masalah kemiskinan keluarga bagi murid tersebut juga menjadi halangan bagi guru untuk menjayakan program-program berdasarkan KBSR. Kerana masalah tersebut, terdapat ibu bapa yang bertindak untuk

memberhentikan anak-anak mereka daripada meneruskan persekolahan mereka. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana menurut prinsip dalam KBSR juga ada menyebut mengenai pendidikan seumur hidup. Ia merupakan suatu usaha berterusan untuk mendapatkan ilmu dan tiada had dari segi jangka waktu. Jika anakanak diberhentikan daripada meneruskan persekolahan mereka, kemungkinan pembelajaran secara berterusan tidak akan berlaku. Bagi setiap murid, mereka mempunyai hak untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan demi masa depan yang cerah. Maka seharusnya penyelesaian bagi masalah jarak rumah ke sekolah dan kemiskinan diatasi dan dibantu oleh pihak yang sewajarnya. Bagi keluarga yang miskin, bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dimohon dan didapatkan bagi meringankan beban yang ditanggung. Malah, pihak sekolah juga boleh memberikan bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada murid-murid miskin dan juga pengecualian bayaran yuran sekolah juga boleh diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Bagi masalah jarak rumah yang jauh untuk ke skolah, murid tersebut boleh memohon untuk tinggal di asrama bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan. Malahan, menurut Encik Sudirman juga, terdapat guru yang menawarkan bantuan untuk menumpangkan murid dengan menaiki kereta guru tersebut untuk pergi ke sekolah setiap hari. Guru sebegini biasanya ikhlas mahu melihat anak muridnya berjaya dalam pelajaran dan seimbang dari pelbagai segi, maka guru tersebut sanggup untuk membantu murid tersebut dengan cara menumpangkannya ke sekolah setiap hari. Faktor pengaruh daripada kawan juga memberi kesan kepada murid-murid untuk tidak mengikuti pembelajaran berasaskan KBSR yang dirancang oleh guru-guru. Mereka cenderung untuk mengikuti rakan-rakan yang berada di luar sekolah untuk melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti memonteng kelas tambahan dan sebagainya. Perkara ini juga berlaku kerana tiada penegasan daripada ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Perkara seperti ini boleh diatasi dengan memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh para guru di sekolah. Ibu bapa juga perlu diajak berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ibu bapa turut perlu diberi nasihat untuk lebih prihatin dan peka terhadap anak-anak mereka. Puan Sabariah turut berpendapat bahawa terdapat masalah berpunca daripada ibu bapa dalam pengurusan keluarga dan ekonomi. Ibu bapa tersebut menjadikan alasan masalah keluarga dan ekonomi yang menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat meneruskan persekolahan mereka. Namun begitu, walaupun terdapat keluarga yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah, tetapi disebabkan masalah keluarga yang dihadapi dalam keluarga, boleh memberi kesan kepada anakanak. Mereka mungkin tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Perkara ini boleh diatasi dengan peranan

kaunselor sekolah dalam menghubungkan ibu bapa dan murid dengan pihak sekolah untuk berbincang dan mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Selain itu juga, hanya terdapat segelintir ibu bapa yang benar-benar menginginkan anak-anak mereka memperolehi kejayaan dalam kehidupan mereka. Golongan ibu bapa ini, sentiasa memastikan anak-anak mereka melakukan yang terbaik dan mendapatkan pendidikan yang terbaik di sekolah. Para ibu bapa ini juga kebiasaannya menyokong dan member galakan kepada pihak sekolah untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti, program dan kelas untuk anak-anak mereka demi melahirkan generasi muda yang cemerlang. Namun begitu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang sekadar menghantar anak anak mereka ke sekolah tanpa pantauan oleh mereka sendiri. Mereka menyerahkan segala tanggungjawab untuk mendidik terhadapi guru-guru. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana sokongan dan pantauan daripada pihak ibu bapa dan keluarga juga adalah penting dalam merealisasikan objektif yang terkandung dalam FPK dan KBSR. Kurangnya pengetahuan agama, moral dan sivik dalam diri murid-murid juga menjadi faktor untuk menjadi penghalang dalam perlaksanaan KBSR di sekolah. Dengan itu, guru-guru menghadapi masalah untuk menjayakan segala program berlandaskan KBSR kerana murid-murid ini kurang mempunyai rasa hormat dan tanggungjawab terhadap guru mereka untuk mengikuti program-program dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, masalah ini perlu mendapat perhatian oleh semua pihak agar perkara ini tidak berlarutan sehingga menggagalkan objektif KBSR. Prinsip KBSR yang keempat iaitu pendidikan yang sama untuk semua murid. KBSR menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid di Malaysia. Semua murid pada tahap persekolahan yang sama bagi semua jenis aliran persekolahan mengikuti kurikulum yang sama. Secara umumnya, tiga bidang dalam KBSR itu ialah komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri individu. Halangan yang mungkin berlaku dalam menjayakan prinsip yang keempat ini ialah halangan daripada murid sendiri. Contohnya, penguasaan dan kefahaman bagi setiap murid mungkin berbeza walaupun kurikulum yang sama diberikan kepada semua murid. Oleh itu, tidak semua murid itu berjaya meningkatkan prestasi mereka sama seperti rakan-rakan sebayanya yang lain dalam tempoh masa yang sama. Ketiadaan minat bagi seseorang murid itu juga menjadi halangan bagi seseorang guru itu untuk menjayakan program KBSR yang dirancang. Contohnya, sekiranya murid tersebut tidak meminati kemahiran hidup dan kokurikulum, bagaimana perkembangan diri individu itu dapat ditingkatkan? Ini kerana, tanpa minat yang tinggi murid tersebut tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan tidak berusaha untuk memajukan dirinya dalam bidang tersebut. Antara penyelesaian masalah tersebut ialah kaunselor dan guru-guru perlulah memberikan sokongan dan mendorong murid-murid agar memupuk minat mereka

terhadap pelajaran tersebut dan bersungguh-sungguh mengikuti P&P yang berlangsung. Dengan itu, hasrat dan objektif yang disasarkan akan dapat tercapai. Hasil daripada temubual untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapat simpulkan bahawa guru-guru perlu mempunyai ciri-ciri berdasarkan apa yang dikehendaki dalam FPG bagi merealisasikan objektif FPK dan juga KBSR. Tanpa penghayatan FPG dan FPK dalam diri setiap guru, apa yang ingin dicapai oleh kementerian pelajaran dan masyarakat tidak akan tercapai. Selain itu juga, peranan dan kesedaran daripada ibu bapa, masyarakat dan diri sendiri bagi murid-murid tersebut juga adalah perlu bagi menjayakan perlaksanaan KBSR di sekolah. Segala halangan dan masalah yang dihadapi oleh para guru dan lain-lain juga perlu diberi perhatian dan diselesaikan dengan sewajarnya agar ia tidak mengganggu perlaksanaan program KBSR.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai