Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan bentuk diskriminasi yang boleh dilakukan oleh guru.

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskriminasi juga boleh berlaku di sekolah. Antara diskriminasi yang berlaku di sekolah ialah diskriminasi guru terhadap murid. Guru boleh mendiskriminasikan murid dengan membezakan tahap kemampuan berfikir murid. Dalam sesebuah bilik darjah tahap berfikir antara murid-murd adalah berbeza-beza. Guru haruslah mengajar dan membimbing murid mengikut tahap kemampuan mereka. Ini dapat mengelakkan murid yang lemah berasa rendah diri dan tidak selesa ketika proses P&P berjalan. Diskriminasi ransangan pula boleh dilakukan guru dengan bersikap lebih tegas terhadap murid berbanding dengan guru-guru lain. Dengan itu, murid akan lebih fokus di dalam kelas ketika sesi P&P berlaku.

Sejauh manakah diskriminasi mempengaruhi pelaziman operan.

Diskriminasi berkesan dengan pelaziman operan. Contohnya apabila muridmurid ditanyakan soalan mengikut kemampuan masing-masing, murid-murid akan dapat menjawab soalan-soalan tersebut. Ini dapat meningkatkan keyakinan muridmurid di dalam bilik darjah. Murid-murid juga akan berasa lebih berminat untuk belajar. Diskriminasi juga lebih berkesan dengan pelaziman operan melalui peneguhan positif. Sebagai contoh, setiap kali murid dapat menjawab soalan, guru akan member pujian kepada murid tersebut dan jika murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan, guru memberi tunjuk ajar dengan positif. Kesan dari ini ialah murid-murid tidak akan berasa bimbang apabila tidak dapat menjawab soalan dan akan berasa lebih bersemangat apabila dipuji ketika Berjaya menjawab soalan.

Anda mungkin juga menyukai